“Betul la tu. Saya pencvri hati rakyat” – Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dirinya sebagai pencuri hati rakyat.

Itu reaksi ringkas Najib sebagai membalas dakwaan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menggelar beliau seorang pencuri.

“Saya pencuri hati rakyat,” katanya kepada pemberita di Tesco Semenyih malam Rabu.

Najib berkata beliau tidak menduga kehadirannya menerima sambutan luar biasa di kalangan penduduk di situ.

Kehadiran Najib kira-kira pukul 8.40 malam disambut dengan laungan ‘Bossku’, ‘Malu apa’ dan ‘Hidup’.

Ditanya mengenai harga barang setelah meninjau pusat beli-belah berkenaan, najib berkata tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar kerana terlampau ramai pengunjung yang menggerumuni beliau.

“Saya dapat beli, tapi tidak dapat buat tinjauan kerana terlalu ramai kerumun keliling saya, jadi saya tidak dapat buat tinjauan sebenarnya,” katanya.

Najib turut sempat membuat posting di FB seperti berikut :

“Tadi pusing-pusing Kuala Lumpur tiba-tiba rasa dahaga. Singgah sekejap Tesco Semenyih beli air dan barang dapur. Perlu permit tak untuk beli air?”

Saya pergi Tesco Semenyih beli barang dapur saja. Ini kenapa semua ikut saya?

Antara komen pengguna FB

– Mereka sayang Dato. Baru terbuka mata banyaknya fitnah. Baru terasa kehilangan. Baru tahu syukur banyaknya jasa…

– Terima kasih ajar kami fakta. Terima kasih tak ajar kami berdemo jalanan. Maafkan saya dato.

– Semua orang dah sedar dato seri yang selamanl ni berlian(ibarat) depa buang..bila.. depa tau PH pitnah depa.akan menyokong dato seratus peratus

– Tahniah DSN. Tu baru tesco semenyih.. belum ronda semenyih selepas penamaan calon…. ayuh semua…. buktikan KUASA RAKYAT

– Bossku..ternyata Dakwaan Abg Min adalah benar. Bossku adalah PENCURI hati rakyat Malaysia. Malu Apa Bossku

Sumber dari mStar