Buat 4-5 kerja sekaligus semata-mata nak kahwin, kesungguhan lelaki ini tarik perhatian ramai

Kadang kala, tidak mustahil impian yang dihajati oleh seseorang akan mampu dicapai dengan semangat serta usaha yang bersungguh-sungguh. Itulah yang dirasai oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Amin Fadhil Shaari, 24.

Meskipun masih muda, dia sanggup melakukan 4 hingga 5 jenis pekerjaan serentak semata-mata untuk mengumpul wang bagi membolehkannya membina

mahligai bahagia dengan insan yang tersayang dalam tempoh dua tahun lagi. Perkongsiannya di laman Twitter baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian ramai.

Buat 4-5 jenis kerja

Servis repair iphone, jual gadjet & kelas mengajar

Jual air koko di pasar malam

Tolong ibu berniaga di Jalan TAR

Delivery services

Tanpa disangka, tweet tersebut telah mendapat lebih daripada 8K retweetdan 21K bilangan likes. Rata-rata ramai warga Twitter yang mendoakan agar impian lelaki tersebut berjaya dicapai.

Secara tidak langsung, pintu rezekinya telah terbuka melalui tweet berkenaan setelah dilihat ramai pengguna Twitter yang cuba untuk menggunakan servis yang disediakan oleh lelaki muda ini.