Budak lelaki ini leka bermain lumpur di bukit selepas sekolah, ibu bapanya terkejut apabila melihat dia membina ‘pekan kecil’ di situ

Kita sering melihat kanak-kanak hari ini akan leka bermain gajet seperti pemainan komputer, tab dan telefon pintar serta menonton rancangan kartun di televisyen sehingga kadang-kadang tidak menghirau orang dewasa yang  menegur.

Namun berlainan kisahnya dengan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dari wilayah Sichuan di China ini. Minat dan bakatnya yang unik kerana suka bermain lumpur dan tanah liat telah menjadi bualan netizen di media sosial.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun sering dilihat oleh ibu bapanya akan segera ke bukit berhampiran selepas sekolah dan pulang ke rumah dengan tangan dan pakaiannya bergelumang lumpur dan tanah liat.

Budak lelaki ini leka bermain lumpur di bukit selepas sekolah, ibu bapanya terkejut apabila melihat dia membina ‘pekan kecil’ di situ

Pada mulanya, ibu bapa kanak-kanak ini tidak berasa curiga kerana berfikir anak mereka suka bermain dengan lumpur dan tanah liat, lalu membiarkan dia bersendirian dengan kegemarannya itu.

Akan tetapi, suatu hari mereka membuat keputusan untuk menjejaki anak lelaki mereka ke bukit itu kerana ingin tahu benda apa yang telah menarik perhatian anak ini sehingga setiap hari perlu ke sana.

Budak lelaki ini leka bermain lumpur di bukit selepas sekolah, ibu bapanya terkejut apabila melihat dia membina ‘pekan kecil’ di situ

Alangkah terkejutnya kedua ibu bapa ini apabila melihat anak mereka sedang bermain lumpur dan tanah liat kerana membina miniatur pekan kecil yang terdiri rumah-rumah dan kedai yang comel, siap dengan pintu gerbang dan temboknya sekali.

Budak lelaki ini leka bermain lumpur di bukit selepas sekolah, ibu bapanya terkejut apabila melihat dia membina ‘pekan kecil’ di situ

Miniatur pekan kecil yang lengkap dan cantik dibina serta diukir secara sendirian oleh seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang ternyata berbakat besar lagi kreatif dalam bidang seni dan bina.

Ibu bapanya berasa sangat kagum dan bangga lalu merakam hasil karya seni anak mereka dan memuat naiknya di halaman Weibo lalu mendapat perhatian para netizen.

Budak lelaki ini leka bermain lumpur di bukit selepas sekolah, ibu bapanya terkejut apabila melihat dia membina ‘pekan kecil’ di situ

Seorang netizen yang turut berasa kagum memberi komen, ibu bapa wajib mengetahui minat dan bakat anak-anak mereka supaya ia boleh terus diasah dan diperkembangkan pada masa hadapan.

Sumber : EraBaru