“Dari Kecil Dia Digelar Arang,” – Ibu Buka Kisah Haneesya Dihin4 Sejak Sekolah Rendah, Kongsi Gambar Dari Kecil

Tentu ramai yang teruja dengan kemenangan Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee semalam yang dilihat berjaya membuang spektikal isu warna kulit yang agak taboo selama ini pada sesetengah individu.

Isu warna kulit sememangnya terutama mereka yang memiliki kulit gelap berasa kecil hati dengan ejakan-ejekan  biar pun sebahagian rakan mahu bergurau. Dipanggil buntut kuali, arang, tahi cicak dan lain-lain gelaran yang mana kalau hati tisu boleh nangis jadinya.

Bagi korang yang masih teruja dengan kemenangan Haneesya Hanee yang dilihat membawa satu titik perubahan “hitam is awesome”, kami kongsikan gambar-gambar Haneesya ketika kecil dan alam persekolahan yang diambil dari instagramnya, Haneesyahanee.

Okay, jom tengok Haneesya ketika kecil.

Ehh sebijikan, macam Moana pulak. Comel pula Haneesya ketika kecilkan.

Mukanya tak berubah pun kan. Dah nampak kecantikannya dari kecil lagi. Itu senyum ada manis. Ada cerita juga ketika dia lahir seperti dikongsi emaknya. Semua bawa maknya beli putih saja sebab tak tahu anak dalam kandungan lelaki ke perempuan.

Then lahir secara enduse (memang sakit wei) dan akhirnya Haneesya lahir. It’s a girl. Jom tengok Haneesya ketika sekolah pula.

Kalau korang peminat Haneesya Hanee mesti korang nampak dia mana satu!Katanya kenangan dari 5 Unggul.

Ini zaman ambil skrol ijazah main-mainlahkan. Yeay tamat graduasi sekolah tinggi.

Tamat graduasi sekolah menengah. Diambil pada tahun 2017

Nampak tak mana satu Haneesya. Sure mata korang tajam kanHokay, ini zaman Haneesya Hanee mencipta nama di usia mudanya. Dia bermula dengan modelling dan banyak menerima tawaran sehinggalah dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2018/2019.

Hokay, sejuk tak mata memandang Haneesya Hanee bertudung begini? Ini semua tuntutan kerjanya ya. Jangan speku lak.

Ada gaya puteri Gunung Ledang tak begini?

Betullah hitam itu awesomekan,. Kecantikannya memang terserlah pada usia remaja

Ada yang samakan Haneesya Hanee sebagai Priyanka

So korang yang nak tengok semua gambar-gambar Haneesya Hanee, boleh saja follow ignya ya.

Ibu Buka Kisah Sedih Sejak Sekolah Rendah

Isu warna kulit agak gelap yang mana agak cliche bagi individu yang merasakan berkulit putih lebih cantik pernah membuatkan  Haneesya menangis.

Menurut ibunya, Norhasnida binti Hassan, 47 isu warna kulit anaknya sudah bermula ketika anaknya di sekolah rendah lagi.

Biar terluka tentang isu warna kulit  namun bila anaknya diejek termasuk kawan-kawan pernah meletakkan perkataan arang di atas meja anaknya yang kemudian menangis pulang dari sekolah tapi Norhasnida sentiasa memberi galakan buat anaknya.

Percaya atau tidak, sebagai ibu  Norhasnida sanggup menjemur dirinya di tengah panas agar kulitnya menjadi gelap.

“Ini pengorbanan yang saya lakukan. Saya tak sanggup tengok anak menangis bila balik dari sekolah,” katanya memaklumkan isu warna kulit juga dihadapi anaknya ketika memasuki sekolah menengah hingga ke hari ini.

Menjelaskan berbangga dengan kejayaan anak sulungnya dinobat sebagai Dewi Remaja 2018/2019 jelas Norhasnida kejayaan anaknya ini adalah kejayaan bagi remaja yang sama seperti anaknya.

Malah untuk menginspirasikan anaknya jelas Norhasnida, dia menjadikan kejayaan Tyra Banks dan mereka yang berkulit gelap lain sebagai inspirasi.

So korang semua, tak kisahlahkan warna kulit. Paling penting korang boleh buat apa saja asalkan berbakat.

Kalau Haneesya Hanee boleh buat, korang juga boleh..