“Dayang kau pun dah kerepot nak menopause tu. Sultan konon” – Lagi lelaki mengaku Sultan Melaka dikecam netizen

Korang ingat lagi tak dengan Raja Nor Jan Shah Raja Tuah yang dulu menggelarkan dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’? Sekarang nampaknya Melaka ada sultan lagi bila seorang individu mendakwa dirinya sebagai sultan baru bagi negeri tersebut. Adoi sapa pulak tu?

Menurut Sinar Harian, beliau ialah Tengku Muhamad Jalil Md Nor, 63 yang kini viral di media sosial sebagai keturunan Kesultanan Melaka dan bawa gelaran Soltan Mansor III.

Ada Facebook rasmi dan muat naik gambar istiadat pemahsyuran, Balai Rong Seri dan alat-alat kebesaran. Sultan sekarang pun main Facebook rupanya apabila segala istiadat, alat kebesaran dan update mengenai sultan baru ni telah dimuat naik ke akaun Facebook rasmi, Soltan Mansor III. Pemahsyuran Sultan Melaka yang baru ni juga dikatakan telah dilaksana pada 21 Oktober lepas di Kuala Linggi, Melaka.

Antara alat-alat kebesaran yang dipaparkan di Facebook tersebut ialah keris dan pedang yang dibalut dengan kain kuning warna diraja.

“Lawak apa ni s1al.untunglah orang Melaka dah ada sultan. Kabel kuat lepas ni”

Macam biasalah, kalau dah muncul benda merapu macam ni di media sos1al, net1zen apa lagi.mulalah membahan.

Macam-macam troll yang dorang buat, antaranya mengkr1tik gaya Sultan Melaka yang nampak terlalu simple. Dayang-dayang pun dah tua. lepas tu sultannya down to earth sangat, pakai selipar je masa istiadat pemahsyuran. Gitew

“Yang follow jangan beria gelak ketawa. Dia ni dah ketara nampak sesatnya”

Benda ni memang pada asalnya nampak macam troll atau bahan lawak, tapi bila admin scroll bawah-bawah sikit, dah nampak macam pelik pulak. Ada upacara duduk atas kain putih la, lepas tu tunjuk Tongkat Siti Mariam yang konon diambil di syurga. Erkk apo pulak ni?

Macam manapun, net@zen yang bijak pandai dalam sibuk membahan sempat jugak beri alert kepada semua mungkin perkara ni boleh jadi ajaran sesat kalau tak dipantau. Hati-hatilah gaiss!

Apa-apapun diharapkan adalah pihak berwajib yang take note akan isu-isu macam ni. Takut pihak begini ambil kesempatan pulak dengan rakyat jelata yang tak tahu apa-apa.

Daulat tongku!

Masih ingat lagi dengan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah

Rakyat negeri Melaka di mainkan dengan seribu satu persoalan, berkenaan seorang individu yang mengaku sebagai pemilik takhta kesultanan Melaka. dakwaan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah sebagai Sultan Melaka dikatakan turun mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2013.

Geram, kelakar dan teruja itulah yang boleh di sifatkan dengan pengakuan yang dilakukan oleh Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mengaku bahawa beliau pemilik takhta Kesultanan Melaka.

Di fahamkan drama tuntutan ini bermula sekitar 13 november 2005, dimana beliau mengaku sebagai waris Sultan Perak yang ke-2 iaitu sultan abdullah muhammad 1. kemudian beliau mendakwa lagi, bahawasanya beliau merupakan pewaris Kesultanan Perak dan Melaka berdasarkan urutan fakta salahsilah keturunan beliau.

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman, sekali gus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

Raja Noor Jan Shah berkata, dalam buku Tempat-Tempat Bersejarah Perak yang ditulis oleh N.A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.

Beliau berkata, dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

Bagaimanapun Yang Dipertua PWKNP Raja Rozlan Raja Yaacob berkata bahawa dakwaan Raja Noor Jan Shah tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British menunjukkan Raja Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman dan tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak.

Hasrat dan impian Raja Noor Jan Shah Raja Tuah untuk begelar Sultan Melaka dilihat sukar untuk menjadi kenyataan apabila Kerjaan Melaka, melalui Ketua Menteri menolak tuntutan beliau untuk di iktiraf sebagai Sultan Melaka. Meneurut kenyataan Ketua Menteri Melaka Dato Idris Haron, beliau meminta pihak berkuasa tempatan mengambila tindakan kepada Raja Noor Jan Shah Raja Tuan ini.

Sumber : orangmelaka.com