Di mana Aishah sebelum GV? Tiada niat buli tapi bantu naikkan artis ‘sendu’ – DS Vida

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman menegaskan beliau tiada sebarang niat untuk membuli artis demi kepentingan diri sendiri sebagaimana didakwa penyanyi Aishah.

Sebaliknya, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) berkata program Gegar Vaganza (GV) diadakan bertujuan untuk mengangkat martabat artis yang ‘sendu’.

“Sebenarnya Aishah silap… saya menaja itu satu platform tapi nawaitu saya buat program ini dengan Michael Ang adalah untuk mengangkat artis yang sendu supaya mereka boleh cari makan balik.

“Sekarang semua artis GV meletup-letup, sedangkan kalau artis nak naik ini memang susah, kena marketing tapi mereka dah dapat red karpet.

“Daripada tak ada show buat show. Motif kita mahu menaikkan artis bukan membuli artis. Jadi jangan ingat program ini hanya sekadar hiburan semata-mata, tidak ya,” katanya kepada mStar Online.

Di mana Aishah sebelum GV? Tiada niat buli tapi bantu naikkan artis 'sendu' - DS Vida

Vida berkata nama Aishah kembali mewarnai industri hiburan tanah air selepas beliau menjuarai program realiti musim keempat itu.

“Di mana Aisyah sebelum GV? Dia pula banyak kali buat salah tapi kita terima dia, tak ada nak keluarkan dia semua.

“Adakah dia anggap itu buli? Apa motif saya berbuat demikian sedangkan saya sebenarnya mahu bantu naikkan dia,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh tujuh hari yang diberikan Aishah kepada dirinya untuk membuat permohonan maaf dan menggantikan hadiah rantai berlian yang diterimanya kepada yang asli, Vida berkata, tunggu Selasa ini.

Di mana Aishah sebelum GV? Tiada niat buli tapi bantu naikkan artis 'sendu' - DS Vida

“Saya dah bincang dengan peguam saya. Segalanya akan terjawab pada sidang media khas yang diadakan di ibu negara Selasa ini,” katanya.

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu sekali lagi mempertahankan bahawa rantai berlian yang dihadiahkan kepada Aishah adalah tulen.

“Rantai yang dia cakap palsu tu bukan saya beli dekat pasar malam atau tepi jalan. Saya beli dekat kedai berlian.

“Kalau beli cincin berlian Tiffany & Co pun boleh cecah ratusan ribu, lepas itu dah setahun berapa susut nilainya? Kedai mana yang akan terima dan berapa harganya? Namun tidak ramai yang faham mengenainya,” kata Vida.

Menurut carian di laman web Tiffany & Co, harga cincin emas putih 18K tertahtakan berlian yang termahal adalah sekitar RM107, 822.

Terdahulu, mStar Online melaporkan Vida tetap enggan memenuhi permintaan sahabatnya Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang mahu menjernihkan hubungannya dengan penyanyi lagu Janji Manismu itu.

Vida berkata permohonan maaf tidak dapat melenyapkan kecaman terhadap dirinya.

Malah katanya, kontroversi mengenai rantai berlian itu turut menjejaskan perniagaannya.

“Kontroversi itu dah memalukan saya, perniagaan saya turut terjejas.

“Kalau saya minta maaf sekali pun dua bulan punya sales dekat sejuta dah hilang… siapa yang nak bertanggungjawab?,” soalnya.

Aishah beri Vida 1 minggu!

k
Kemelut antara Aishah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida terus berpanjangan apabila penyanyi itu memberi tempoh tujuh hari kepada Vida berhubung hadiah barang kemas didakwa palsu selain permohonan maaf.Aishah menerusi peguamnya Mohammad Izwan Azmi, berkata, ahli perniagaan tersebut perlu bertanggungjawab terhadap hadiah yang dihebohkan selepas Aishah menjuarai Gegar Vaganza musim keempat.
“Kami sudah menghantar satu surat tuntutan bermula hari ini.
Menerusi surat tersebut terdapat dua tuntutan iaitu seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 seperti dihebohkan.”Manakala tuntutan kedua satu permohonan maaf terbuka atas representasi yang salah yang telah dibuat berkenaan rantai berlian tersebut,” ujarnya kepada mStar Online.
Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu ini bersama peguamnya ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat.Tambahnya, tindakan undang-undang akan diambil jika usahawan berkenaan gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari yang diberikan.Sementara itu, Aishah berkata, dia juga menolak jemputan untuk hadir pada minggu kedua Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bagi menyelesaikan isu berkenaan seperti dicadangkan pihak Astro.Kata Aishah, pentas nyanyian tersebut bukan tempat yang sesuai untuk menyelesaikan itu.
“Saya dapat jemputan rasmi untuk hadir pada minggu ini GV5 tapi saya tidak akan hadir berikutan pentas nyanyian bukan tempat yang sesuai untuk selesaikan isu itu.

Di mana Aishah sebelum GV? Tiada niat buli tapi bantu naikkan artis 'sendu' - DS Vida

Aishah bersama peguamnya.

“Mungkin penaja baru iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menganggap perkara itu kecil dan saya anggap ia seperti memperlekehkan isu ini sahaja.

“Ia hanya berkaitan ‘rating’ sahaja, perkara itu tidak boleh selesai dalam tempoh dua tiga minit siaran langsung itu,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah berkata, tindakan yang dilakukan ini adalah bagi menyedarkan pihak penaja dan badan penyiaran agar tidak terus membuli artis untuk kepentingan mereka.

“Kalau saya tidak bercakap dan menuntut keadilan ini sampai bila artis ingin ditipu dan dibuli? Ramai yang melalui perkara sama tapi hanya berdiam diri,” ujarnya.

Pada 25 Ogos lalu, Aishah mendedahkan masih belum menerima hadiah tersebut selain mendakwa barangan kemas tajaan usahawan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 adalah palsu.

Bagaimanapun hadiah lain seperti wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan baucer beli-belah sudah diterimanya.

Sumber dari mStar Online