Elak gadis seksi jadi ‘umbrella girl’, Hafizh Syahrin pilih isteri teman di atas litar

Kehadiran Umbrella girl di litar perlumbaan MotorGP sentiasa menarik perhatian.

Apa tidaknya, gaya gadis payung yang seksi, tinggi seperti model, serta memiliki tubuh badan yang menggoda pastinya memukau mata yang memandang.

Namun, baru-baru ini viral di laman sosial apabila pelumba MotorGP negara Hafizh Syahrin membawa isterinya, Noor Suzana sebagai gadis payung pada perlumbaan MotorGP di Buriram, Thailand.

Kemunculan Noor Suzana atau dikenali sebagai Zana mencuri perhatian peminat dunia permotoran seluruh dunia.

Zana yang manis bertudung berwarna hitam dilihat sedang memayungi Hafizh di litar sebelum perlumbaan bermula.

Ketika pelumba lain ditemani gadis payung yang seksi, Hafizh Syahrin memilih isterinya sebagai gadis payung yang menemaninya pada perlumbaan hari itu.

Jangan kata bini tak payung

Di laman Instagram pelumba Motor GP itu, rata-ratanya netizen memuji tindakannya. Hafizh Syahrin dan Noor Suzana yang baru sahaja berkahwin pada Disember tahun lepas mencuri hati netizen yang menyifatkan perkara itu sebagai ‘sweet couple‘ dan turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Umbrella Girl pakai hijab!

Pemakaian Noor Suzana yang berhijab dan menutup aurat menjadi pujian netizen. Bagi netizen tindakan itu disifatkan sebagai pertama kali dalam dunia permotoran.

Sumber dafi OhMyMedia