“Hati saya hancur tak siapa yang tahu” – Zulin Aziz kecewa tak jadi kahwin

PELAKON Zulin Aziz, 28, mengakui terlalu kecewa apabila impian perkahwinan yang diidamkan selama ini tidak kesampaian.

Namun, dia tidak pernah patah semangat dan terus bersedih dengan ketentuan sudah ditetapkan Allah SWT.

Zulin ketika dihubungi berkata, walaupun banyak caci maki terhadap dirinya di laman sosial, tetapi masih ramai juga yang mendoakan perkara baik buatnya.

“Kecewa memanglah kecewa sebab jodoh masih belum menyebelahi saya. Namun, saya harus bertindak positif.

“Saya juga terima dengan reda segala ketentuan ini kerana yakin perancangan Allah SWT adalah terbaik.

“Apa pun, kepada sesiapa yang tidak tahu cerita sebenar, saya minta supaya menghentikan kecaman.

“Saya ada hati keluarga yang perlu dijaga. Hormati perasaan kami dan beri saya ruang untuk bertenang,” katanya.

Terdahulu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz memuat naik status dalam IG story di Instagram miliknya mendedahkan majlis perkahwinanya tidak akan berlaku.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zulin menjelaskan dia sanggup menurunkan berat badannya supaya kelihatan cantik di hari perkahwinannya nanti namun niatnya itu tidak kesampaian.

Hubungan Zulin dan kekasihnya yang didakwa dari negara jiran itu sudah berakhir dan puncanya terlalu peribadi untuk dikongsi.

Zulin juga sudah menghasilkan lagu istimewa untuk ‘hari bersejarah’ itu khusus buat bakal suaminya, namun terpaksa menukar liriknya.

“Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumah tangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu. Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya, ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.

“Akhirnya saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya apa adanya.Saya sangat bahagia. Saya bersungguh-sungguh kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti.

“Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya… tidak dapat saya kongsi. Terlalu peribadi.

Hati saya hancur hanya tak siapa yang tahu. Zulin Aziz kecewa tak jadi kahwin

“Hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu. Jadi lagu yang saya dah cipta penat-penat tu untuk apa? Saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah di sebalik kejadian,” tulisnya.

Zulin yang juga bekas penyampai radio Suria FM menegaskan apa yang terjadi bukan gimik untuk dia mencari publisiti murahan.

Katanya, ia kerana sebelum ini memang dia sendiri pernah berkongsi mengenai perancangan perkahwinan itu.

“Untuk apalah saya nak buat gimik? Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya. Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu.

Hati saya hancur hanya tak siapa yang tahu. Zulin Aziz kecewa tak jadi kahwin

“Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya, ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku ke jalanMu.

“Akhirnya saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya seadanya. Saya sangat bahagia,” katanya.

Zulin juga menulis dia bersungguh-sungguh mahu menguruskan badan untuk kelihatan cantik pada hari perkahwinannya kelak.

Sumber dari mStar