Hos akui tak mampu bersikap neutral ketika debat vaksin

Netizen mula mempersoalkan kredibiliti doktor perubatan, Dr Nurulhuda Muhammed Zabedi selepas beliau dilihat memberikan hujah yang tidak meyakinkan terhadap soalan yang diajukan oleh pengacara program tersebut.

Topik yang dibincangkan dalam program Analis yang disiarkan menerusi stesen TV Al-Hijrah pada Jumaat malam itu adalah “Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan?”.

Seorang lagi panel yang dijemput ke program tersebut ialah pakar perunding pediatrik, Datuk Dr Musa Mohd Nordin bagi menghuraikan tentang kepentingan pengambilan vaksin.

Rakaman program bual bicara itu tular sebaik ia disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook televisyen berkenaan.

PENGACARA program bual bicara Analisis Finaz Yunus mengakui dirinya tidak mampu untuk bersikap neutral ketika debat vaksin yang dikendalikannya menerusi saluran televisyen Al Hijrah Jumaat lalu.

Finaz menerusi Instagramnya berkata, dia sudah membuat kajian mengenai gerakan anti vaksin sejak tahun 2014 dan mendapati statistik kematian akibat kegagalan program vaksinasi semakin meningkat.

“2014 adalah tahun saya mula mengkaji tentang gerakan anti vaksin/pro choice. Saya membuat laporan khas untuk @beritaalhijrah ketika itu.

“Selepas berminggu-minggu kajian, berhari-hari mendengar sudut pandang prochoice, agamawan dan doktor, sudah tentu saya memperoleh maklumat yang credible,” tulisnya.

2014 adalah tahun saya mula mengkaji tentang gerakan anti vaksin/pro choice. Saya membuat laporan khas untuk @beritaalhijrah ketika itu.

Saya dapatkan Pro Choice, Doktor & Agamawan untuk mengulas.Selepas berminggu2 kajian, berhari-hari mendengar sudut pandang pro choice, agamawan & doktor,sudah tentu saya memperoleh maklumat yang credible.

Dan akhirnya INILAH KEBIMBANGAN UTAMA saya sebagai rakyat Malaysia & seorang Ibu.

Kadar Liputan Immunisasi Negara .

Apa akan berlaku jika Liputan Immunisasi terus jatuh? Ia bermakna Herd Immunity atau Kelompok Immuniti makin kurang & wabak akan MUDAH merebak!

Selama ini kita tak dengar penyakit, difteria, measles sebab our herd immunity kuat berikutan lebih 95% Malaysian mengambil suntikan vaksin.

Namun gerakan pro choice telah ‘melonggarkan’ kelompok immuniti ini.

Bagaimana saya mahu bersikap ‘Neutral’ apabila segala statistik kematian di Malaysia, Filipina, US, Britain dek wabak ini berpunca daripada kegagalan program vaksinasi di kawasan tertentu.

Maaf. Saya tak mampu. Saya ada tanggungjawab di sini. Saya akan tetap berkata benar walau saya keseorangan.

Program bual bicara yang mengupas topik “Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan” mendapat perhatian netizen sejak Sabtu.

Menerusi program secara langsung, seorang doktor sambilan Dr Nurulhuda Muhammed Zabedi dikecam teruk pengguna media sosial kerana pendiriannya sebagai seorang anti vaksin.

Seorang lagi penal dijemput pada program tersebut pakar perunding prediatrik Datuk Dr Musa Mohd Nordin bagi menghuraikan kepentingan pengambilan vaksin.

Tambah Finaz, maklumat kematian disebabkan kegagalan program vaksinasi menjadi kebimbangannya sebagai seorang ibu dan rakyat Malaysia.

Katanya, dia juga bertanggungjawab dan akan tetap berkata benar walaupun keseorangan menghadapi isu sebegini.

“Kadar Liputan Immunisasi Negara. Apa akan berlaku jika Liputan Immunisasi terus jatuh?

“Ia bermakna Herd Immunity atau Kelompok Immuniti makin kurang dan wabak akan mudah merebak! Selama ini kita tak dengar penyakit, difteria, measles sebab herd immunity kuat berikutan lebih 95 peratus rakyat Malaysia mengambil suntikan vaksin.

“Namun gerakan pro choice telah ‘melonggarkan’ kelompok immuniti ini.

“Bagaimana saya mahu bersikap ‘Neutral’ apabila segala statistik kematian di Malaysia, Filipina, Amerika Syarikat, Britain kerana wabak ini berpunca daripada kegagalan program vaksinasi di kawasan tertentu,” ujarnya lagi.

Sementara itu, tambahnya, dia juga meminta maaf terpaksa mengajukan soalan berbaur provokasi.

Kenyataan Finaz di laman sosial peribadinya pada Ahad.

Saya mohon maaf, saya terpaksa ajukan soalan ini.

Soalan ini sebenarnya soalan yang pertama sekali terbit dalam pemikiran saya sewaktu dibentangkan isu ini.

Namun saya letakkan soalan ini sebagai soalan terakhir, dengan harapan masa tidak mencukupi utk tidak mengajukan soalan ini.

Namun Allah lah sebaik2 Perancang. Cuma satu, saya harap sahabat2 tersayang jangan terlalu berlebihan dalam mengecam golongan pro choice.

Objektif program @analisis.tvalhijrah semalam tidak lain hanyalah mahu memberi kesedaran & memberi rakyat peluang untuk menilai mana yang baik & mana yg lebih besar mudaratnya. Semoga Adab Ilmu itu sentiasa menjadi pegangan kita.

Soalan berbunyi “sebagai seorang Muslim, jika pandangan pakar perubatan tidak diikuti, pandangan ulama dan mufti tidak dipatuhi, nak ikut kata-kata siapa?” itu dianggap mematahkan hujah-hujah yang diberikan penal anti vaksin.

Katanya, soalan itu sepatutnya diletakkan pada penghujung rancangan dengan harapan masa tidak mencukupi untuk dijawab.

“Saya mohon maaf, saya terpaksa ajukan soalan ini. Soalan ini sebenarnya soalan yang pertama sekali terbit dalam pemikiran saya sewaktu dibentangkan isu ini.

“Namun saya letakkan soalan ini sebagai soalan terakhir, dengan harapan masa tidak mencukupi untuk tidak mengajukan soalan ini. Namun Allah sebaik-baik perancang,” ujarnya.

Bagaimanapun, Finaz berharap netizen tidak terus mengecam secara berlebihan golongan tersebut.

“Objektif program semalam tidak lain hanyalah mahu memberi kesedaran dan memberi rakyat peluang untuk menilai mana yang baik dan mana yang lebih besar mudaratnya sahaja,” ujarnya.

Susulan siaran program ‘Analisis’ tersebut, Dr Nurulhuda tampil mempertahankan dirinya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu.

Dr Nurulhuda mendakwa beliau tidak diberikan taklimat tentang soalan-soalan yang akan dikemukakan oleh pengacara tersebut, biarpun telah bertanya mengenainya beberapa hari sebelum bersiaran.

“Untuk pengetahuan semua, kami sampai awal, tiada sepatah pun briefing (taklimat) apa persoalan yang bakal dibangkitkan.

“Beberapa hari sebelum itu pun saya bertanya apa nak bincang, apa soalannya, tapi tidak mendapat feedback (maklum balas),” menurut catatan Dr Nurulhuda pada posting tersebut.

Seorang pelayar Facebook, Nur Faiezah Ismail yang memberikan reaksi pada posting tersebut, berpandangan bahawa seorang yang memiliki ilmu tidak perlu diberikan taklimat terlebih dahulu sebelum dijemput untuk menyampaikan hujah.

“Jangan hebat berhujah dalam Facebook je. Bila live (siaran langsung) macam-macam alasan pula.

“Orang yang tinggi ilmunya tak perlu nak briefing (taklimat) sebagainya, bersedia dengan segala persoalan dan hujah yang bakal dihadapi,” kata wanita itu.

Dalam pada itu, doktor sambilan tersebut turut menafikan bahawa beliau ingin menidakkan kebaikan vaksin atau mempertahankan mereka yang memilih untuk tidak mengambilnya.

Sebaliknya, Dr Nurulhuda mendakwa beliau memiliki kecenderungan sendiri dan tidak berniat mempengaruhi sesiapa untuk mengikut fahamannya.

“Saya ada kecenderungan sendiri, tapi bukan untuk pengaruhi (orang lain) supaya ikut.

“Pilihlah dengan cermat dan telitilah semua baik buruk,” ujarnya.

Sumber dari mStar