Ini Kata Dua Dari TMJ Dan FAM Kepada Harimau Malaya Selepas Tewas Kepada Vietnam

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penyokong atas sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang kempen Harimau Malaya dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang berakhir di tempat kedua.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi FAM hari ini, Hamidin berterima kasih kepada penyokong dan Ultras Malaya yang sama-sama hadir ke Stadium My Dinh, Hanoi untuk membakar semangat skuad kebangsaan sehingga tamat perlawanan.

Ini Kata Dua Dari TMJ Dan FAM Kepada Harimau Malaya Selepas Tewas Kepada Vietnam

Tidak lupa juga katanya kepada rakyat Malaysia di tanah air yang tidak putus mendoakan kejayaan pasukan dan kepada yang setia menyokong dari perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Kemboja hingga cabaran berakhir di tangan Vietnam.

“Kegagalan Malaysia pada malam ini bagaimanapun tidak seharusnya terus diratapi dan kita perlu terus memandang ke hadapan bagi mempersiapkan pasukan kebangsaan kita menghadapi pula Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula tahun depan,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga memberikan penghargaan khas kepada Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Malaysian Football League (MFL) atas sokongannya.

Muat naik di Facebook itu juga disertakan dengan grafik menunjukkan jumlah pemain dari setiap pasukan Liga Malaysia, paling ramai dari Johor Darul Ta’zim (JDT) seramai tujuh pemain, diikuti Perak (5 pemain), Kedah dan Kuala Lumpur (3 pemain) dan seterusnya.

“Ucapan terima kasih juga kepada semua pasukan negeri/kelab yang telah memberikan sumbangan dari segi pemain mereka untuk membarisi skuad 23 pemain kita ke saingan Piala Suzuki AFF 2018 ini.”

Akhir sekali tidak dilupakan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir ke Bukit Jalil dan Hanoi untuk memberikan semangat, juga seluruh ahli Exco dan kakitangan FAM.

TMJ Berikan Kata Semangat Kepada Harimau Malaya.

Ini Kata Dua Dari TMJ Dan FAM Kepada Harimau Malaya Selepas Tewas Kepada Vietnam

Tahniah Harimau Malaya

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana berjaya mara sehingga peringkat akhir dalam Piala AFF Suzuki 2018.

Bagaimanapun, beliau meminta pasukan bola sepak negara untuk lebih berusaha.

“Vietnam bermain lebih baik daripada Malaysia, tahniah Vietnam berjaya merangkul kejuaraan. Tahniah skuad Harimau Malaya kerana berjaya mara sehingga peringkat akhir. Kena berusaha keras lagi,” katanya dalam catatan Twitternya, malam ini.

Harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau lapan tahun menjulang Piala AFF Suzuki tidak kesampaian setelah kalah tipis 0-1 kepada Vietnam pada aksi final kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam ini.

Keputusan itu menyaksikan Vietnam muncul juara buat kali kedua selepas 2008 menerusi keputusan agregat 3-2, dan ia sekali gus meranapkan impian Malaysia meraih kejuaraan kedua selepas edisi 2010.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong menyifatkan Harimau Malaya sebagai juara di hati rakyat Malaysia walaupun menjadi naib juara kejohanan itu.

“Tahniah Harimau Malaya! Walaupun menjadi naib juara Piala AFF Suzuki, anda semua juara di hati kami. Keputusan akhir Vietnam 1-0 Malaysia (aggregat 3-2),” katanya.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata semangat berlawan yang ditonjokan oleh Harimau Malaya telah berjaya menjadi sumber inspirasi seluruh rakyat Malaysia.

“Walaupun tidak menjadi juara kali ini, semangat berlawan habis-habisan Harimau Malaya telah berjaya menjadi sumber inspirasi seluruh rakyat Malaysia. Jangan putus asa, kita terus berusaha demi Malaysiaku yang tercinta,” katanya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memuji jurulatih skuad bola sepak negara Tan Cheng Hoe kerana berjaya membina asas yang kukuh untuk pemain.

“Congratulations to Vietnam. Very tight unit. Well done to our boys. Tan Cheng Hoe (TCH) has built a good foundation with the right philosophy. Right man for the job,” katanya.

(Tahniah Vietnam. Satu pasukan yang kemas. Syabas kepada pasukan negara kita. Tan Cheng Hoe (TCH) telah membina asas yang kukuh dengan falsafah yang tepat. Pilihan yang tepat sebagai jurulatih)

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Harimau Malaya telah mempamerkan permainan yang terbaik dan mereka tetap juara di hati rakyat Malaysia. – Bernama