Isu YB Naik Suara : Syed Saddiq Menteri Pertama Tempelak ADUN Terlibat

Nampaknya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menjadi menteri yang pertama bertindak balas dan memberi komen mengenai satu video yang tular, di mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dilihat menaikkan suara terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong yang mendapat banyak kecaman dari netizen.

Lantas dari kejadian itu, YB Syed Saddiq dilihat menjadi menteri pertama bercakap mengenai isu ini apabila memuat naik status di twitternya.

“Kuasa terletak ditangan rakyat. Gelaran “YB” pun sebab sokongan rakyat. Jangan sesekali angkuh, kerana keangkuhan itu lah yang bakal menghukum kita pada masa hadapan” katanya.

Syed Saddiq juga menjadikan kejadian ini sebagai peringatan terhadap dirinya yang juga sedang memegang amanah dari rakyat.

“This reminder applies to me as well. May Allah keep me away for this”. tambahnya lagi.

Ramai orang tidak gemar dan berpuas hati dengan layanan atau cara YB Norhizam menangani persoalan dari penduduk kampung yang dilihat beremosi dan kurang ajar.

‘Nama Bapa Dia Baktee Bukan Bakuteh,’ Syed Saddiq Tegur Netizen

Ekoran tularnya rakaman video tersebut yang kemudiannya dikongsikan oleh beberapa pihak di media sosial, YB Norhizam teruk dikecam netizen dengan sesetengahnya mendakwa sikap yang ditunjukkan beliau ketika berunding dengan penduduk kampung sebagai keterlalun.

Sementara itu, Syed Saddiq menerusi Twitter miliknya memuatnaik status menegur pengguna sosial media yang dipercayai keterlaluan kerana samakan nama bapa Norhizam dengan perkataan yang tidak sepatutnya.

Kecewa dengan tindakan tersebut, Syed Saddiq menekankan bahawa Adun Pengkalan Batu itu telah pun memohon maaf dan berharap semoga pengguna tersebut belajar untuk merendah diri.

Isu YB Naik Suara : Syed Saddiq Menteri Pertama Tempelak ADUN Terlibat

Sumber dari OhMedia