“Jihan, Nabil tak tegur, team produksi pun tak layan. Ya Allah sedihnya…” – DS Vida

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehadirannya pada malam final Gegar Vaganza 5 (GV5) ibarat tetamu tidak diundang.

Bukan itu sahaja, Dr Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) yang juga penaja empat musim GV sebelum ini turut terkejut dengan layanan ‘team’ produksi program realiti itu.

“Mungkin orang tanya kalau saya dah tak menaja buat apa nak pergi? Sekurang-kurangnya saya bekas penaja GV selama empat musim hadir beri sokongan kepada Datuk Aliff.

“Tapi saya rasa macam tetamu tak diundang pula. Ya Allah sedihnya. Nabil dan Jihan dua kali saya lalu depan mata, (mereka) tak pandang… tak tegur pun saya. Mungkin mereka cakap tak nampak saya, tapi tak mungkin (mereka) tak nampak saya yang besar ni,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Vida, pada malam tersebut beliau dijemput oleh rakannya, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk menjadi sebahagian daripada penari di atas pentas bagi mempromosikan lagu baharunya berjudul Biar Apa Orang Kata.

Vida bersama peserta GV musim keempat.

“Datuk Aliff jemput saya untuk menari dengan dia. Kebetulan malam tadi saya pula sampai lambat kerana penerbangan saya dari Brunei mengalami sedikit kelewatan.

“Sampai-sampai je, saya diberitahu Datuk Aliff dah balik. Apa yang dirancang tak seperti diharapkan. Saya simpati dengan beliau kerana saya juga pernah melalui nasib yang sama sebelum ini,” katanya.

Insiden itu menyebabkan beliau sudah serik untuk menaja mana-mana program realiti selepas ini.

“Itu antara sebab mengapa saya sudah serik untuk menaja. Kita taja berjuta-juta tapi apa yang saya dapat… hanya makian dan cacian.

“Beginilah nasib sebagai penaja. Bila anda sudah tidak menaja, anda terus dilupakan,” katanya.

Pada Ahad malam, Aliff Syukri yang juga penaja GV5 meninggalkan malam akhir program realiti itu kerana tidak berpuas hati dengan Astro.

Malah beliau turut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Astro tidak membenarkan beberapa rakannya untuk menari bersama di atas pentas GV.

“Jangan layan saya macam budak sekolah, saya bayar berjuta-juta kot. Kalau saya tahu jadi macam ni, saya tak akan pergi GV dan tak payah menyanyi lagi bagus.

“Saya mohon maaf kat Datuk Seri Vida, Datuk Seri Salmah, Zoey Rahman dan Kak Girl yang datang jauh-jauh tadi sepatutnya mereka join sekali menari tapi berlaku perkara tidak dirancang dan tak tahu apa motif mereka aibkan saya,” tulis Aliff di Instagram miliknya.

Datuk Seri Aliff Syukri dikatakan meninggalkan malam akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) pada Ahad kerana tidak berpuas hati dengan Astro mungkin hanya salah faham.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, pada awalnya tiada sebarang isu yang timbul membabitkan kedua-dua pihak kerana semuanya sudah dinyatakan secara jelas dalam perbincangan.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut punca menyebabkan Aliff memuat naik rakaman video menyatakan perasaan kurang berpuas hati dengan layanan produksi kerana perlu mendengar terlebih dahulu kenyataan media yang akan dibuat usahawan tersebut.

“Sebenarnya, kita dah bincang dengan Datuk Aliff yang dia boleh menyanyi, semuanya dah dinyatakan dengan jelas.

“Bagi kami semuanya dah selesai, apa dia minta kita dah penuhi seperti telah dijanjikan cuma mungkin ada salah faham.

“Apa yang menyebabkan dia tak puas hati, kita tak boleh nak komen lagi kerana kita perlu dengar dulu kenyataannya dalam sidang media yang akan Datuk Aliff buat nanti,” katanya kepada mStar Online.

Ermarina ditemui semasa sidang media Konsert Akhir GV6 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Aliff selaku penaja utama program tersebut tidak kelihatan pada sidang media sejurus konsert dan dipercayai sudah pulang sebelum rancangan itu berakhir.

Menerusi Instagram, pengasas produk D’herbs itu meluahkan perasaan kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pihak produksi terhadapnya.

Aliff terkilan apabila beberapa orang rakannya tidak dibenarkan menari bersama di atas pentas GV bagi mempromosikan lagu baharu berjudul Biar Apa Orang Kata.

Aliff tidak puas hati apabila rakan-rakannya tidak dapat menari di pentas GV.

“Jangan layan saya macam budak sekolah, saya bayar berjuta-juta kut. Kalau saya tahu jadi macam ni, saya tak akan pergi GV dan tak payah menyanyi lagi bagus.

Difahamkan penyanyi lagu Bobo Dimana ini bakal mengadakan satu sesi sidang media bagi menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat.

Sumber Dari mStar