Kantoi Curi Emblem Honda Gold Ori. Harap Muka Je Cantik

Kata orang kalau dah minat pada sesuatu tu, kita sanggup lakukan apa sekalipun. Betul?

Dan apabila bercakap pasal kereta, sudah tentu kaum lelaki lebih arif dan topik ini adalah topik kegemaran kebanyakan lelaki di luar sana. Sesetengah mereka ini juga malah sanggup berhabis duit bagi mendapatkan dan makeup kereta mereka seperti yang diimpikan.

Rasanya normal lah kalau lelaki ada minat sebegitu. Tetapi bagaimana pula dengan kaum wanita. Mereka ni minat ke makeup-makeup kereta ni?

EMBLEM HONDA PUN NAK CURI..

Cubaan mencuri Emblem Gold Honda Original Japan. Hati2 kepada yang pakai emblem gold. Yang local pun kena curi, inikan pula yang ori.Sila berhati2 guys. park kereta di kawasan yang ramai orang. elakkan park kereta di kawasan yang sunyi dan tak ramai orang.
Credit to mohd alif
(Honda owner club)

Lokasi kejadian: Sunway Putera Mall
Jam/Tarikh: 11:01 AM 6 OCT 2018
Jenis kereta: Honda City
No pendaftaran kereta: WYB 8056

Mahal rupanya benda kecil ni

Sebenarnya jangan terkejut sebab ada sesetengah wanita yang punya minat sama seperti lelaki. Seperti seorang wanita yang bernama Cik Puan Auni ini, dia mempunyai minat mendalam terhadap kereta sampai sanggup berhabis duit. Yang ni boleh buat contoh, bukan macam si pencuri tu.

Kantoi Curi Emblem Honda Gold Ori. Harap Muka Je Cantik

Jom baca perkongsiannya mengenai hobinya itu di Facebook:

Ada yang tanya kenapa laa Auni minat sangat sport car dan makeup kereta unik sangat. Ini jawapannya.

Uools mesti ada hobikan? Ada yang hobi dia kumpul barang makeup, ada yang hobi melancong, ada yang hobi dia suka makan, ada yang hobi pelik jenis suka mengumpat. Tapi hobi Auni ini lain sikit.
Selain makeup muka sendri, Auni suka gila makeup kereta bagi power, bagi cantik bagi unik.

Antara sebab-sebab Auni suka sport car, sebab Auni suka bentuk dia. Tergoda mak. Yang paling best part bunyi ekzos. Meleleh air liur kalau dengar. Ini antara kereta-kereta yang Auni dah beli tunai dari standart.

Dari rim tak ada yelek, warna pun tak menarik, semua Auni tukar buat lain. Makeup bagi cun dan unik. Bila dah tak ada benda nak dimakeup, Auni akan jual dan akan ulang benda yang sama untuk kereta lain. Ini lah hobi Auni.

Auni beli kereta tunai, Auni tak suka hutang sebab ada faedah. Biar kecil ke buruk ke janji tak hutang. Kalau tak mampu atau beban Auni tak beli.

Ini antara kereta-kereta yang Auni dapat kumpul, syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Jangan ingat lelaki saja hobi kereta, perempuan pun ada, sayalah orangnya.

Kantoi Curi Emblem Honda Gold Ori. Harap Muka Je Cantik

Image viaCik Puan Auni

1. Honda Civic FD 2.0 kereta pertama setelah tiga bulan buat bisness beli tunai. Kereta ni asal standart hitam rim tak ada. Ini Auni pasang bodykit Mugen RR, buat cat Firered luar dalam, tukar rim 18. Syok tak kira masa, dah tak ada menda nak makeup Auni jual la, beli kereta baru.

Kantoi Curi Emblem Honda Gold Ori. Harap Muka Je Cantik

Image viaCik Puan Auni

2. BMW 350i kereta kedua, selepas jual Honda FD ini, sama juga Auni buat cat warna Grey Metal, tukar Full Bodykit M3, rim sama 18. Pakai tak lama, ada orang nak beli jual la, beli kereta nombor 3 pulak.

#3 Chevrolet Cruze 1.8

Kantoi Curi Emblem Honda Gold Ori. Harap Muka Je Cantik

Menurut Auni, kereta ini pada asalnya adalah berwarna hitam. Auni kemudian menukar body kit dan rim 18 serta mengecatnya dengan warna kuning supaya kelihatan seperti Transformer.

#4 Chevrolet Cruze 1.8

Ini adalah kereta yang sama seperti kereta Transformer tersebut tetapi selepas enam bulan menggunakannya, Auni mengambil keputusan untuk menukar kepada warna biru seperti warna pada kereta Subaru Empreza.Tambah Auni lagi, kereta ini masih belum dijual.

#5 Nissan 3.5 Nismo Fairlady Z

Kantoi Curi Emblem Honda Gold Ori. Harap Muka Je Cantik

Auni memberitahu bahawa dia amat meminati kereta ini kerana namanya sesuai dengan nama perempuan. Auni turut mengakui bahawa dia telah menghabiskan kira-kira RM15,000 untuk menukar tayar, cat, rim dan ekzos sahaja. Kereta ini juga belum dijual.

#6 Honda City 1.5 Full Spec

Kantoi Curi Emblem Honda Gold Ori. Harap Muka Je Cantik

Kereta kelima beliau yang dibeli dan dihadiahkan untuk bapanya sebagai tanda penghargaan. Auni turut memesan supaya tidak kedekut dengan kedua ibu bapa kerana doa dan restu orang tua adalah penting.

Bagaimana? Terliur tak? Kagum tak dengan kereta-kereta yang dimiliki oleh Auni?