Kecoh! Setelah Aliff Syukri Teruk Dikecam Netizen Gara-Gara Menghina Ayat Menghina Penonton,Ini Tindakan Yang Diambil Oleh Beliau Datin Shahida. Boleh Menangis Dato’ Aliff..

Hari ini, nama Aliff Syukri tidak henti-henti meniti di bibir rakyat Malaysia gara-gara aksinya yang agak kurang menyenangkan semua pihak pada malam konsert Gegar Vaganza musim ke-5.

Malam tadi, Dato’ Aliff dilihat bermulut ‘lancang’ apabila menghina warna kulit penyanyi India, Santesh dan juga wajah salah seorang penonton pada konsert tersebut.

“Kurang Ajar Aliff Syukri Panggil Wanita Itu Hodoh”

Siapa yang menonton Gegar Vaganza hujung minggu lalu pastinya perasan akan slot selingan penaja yang menunjukkan Aliff Syukri mempromosikan produk beliau selama dua minit.

Tindakan Aliff Syukri yang mahu mencari ‘ugly woman’ atau wanita hodoh di kalangan hadirin ke program itu dilihat sebagai kurang ajar kerana tidak beradab dan tidak menjaga perasaan wanita tersebut.

Dalam video di atas boleh dilihat yang Aliff Syukri berkata beliau melakukan perkara itu untuk mencari rezeki halal selain seakan berjanji untuk memberikan wang kepada wanita yang terpilih itu.

Tindakan beliau mengundang banyak komen negatif di internet termasuklah selebriti Imran Ajmain yang mengatakan ianya tidak perlu dan biadap walaupun slot itu dirancang terlebih awal oleh pihak penganjur.

“Saya sangat malu dan terkesan dengan tindakan Datuk Aliff Syukri membuat statement tentang warna kulit “anak” Santesh & juga mencari “ugly women” dalam audience utk mencuba produknya. Tak kisahlah staged gimmick. That was unnecessary, racist, chauvinist & so wrong on many levels,” tulis Imran Ajmain.

Menurut penyanyi Datuk Fazley Yaakob, 40, banyak lagi cara pemasaran yang boleh dilakukan Aliff tanpa perlu menggunakan perkataan keterlaluan yang berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

Fazley turut menegur tindakan Aliff meletakkan bedak asas dengan menggunakan tangan pada wajah individu tersebut ketika program itu bersiaran secara langsung.

“Maaf… Terlalu melampau jika sekadar untuk pemasaran. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

Datin Mula Tak Tahan

Tidak tahan melihat dan mendengar suaminya dikecam, beberapa jam yang lalu, Datin Shahida memuat naik satu foto di laman Instagramnya dan memberikan kata-kata amaran terhadap suaminya.

Tak semua orang faham cara you!

I dah cakap dengan you tak perlu keluar TV sebab tak semua faham cara you cakap sebab you suka terlepas cakap @aliffsyukriterlajaklaris .

Tak pasal-pasal banyak betul orang yang sekolahkan you hari ni, antaranya Dato, Dr, Chef, artis semua adalah.  Yang kenal tahu lah, yang tak kenal mcacam-macam ayat dorang keluar, semua perkataan maki hamun dah keluar sampai dorang pun tak tahu dah nak maki apa.

Minggu depan, jangan pergi GV lagi!

Minggu depan @aliffsyukriterlajaklaris jangan pergi GV lagi! Kalau you pergi anggap je you cari gaduh dgn I. So lepas ni minggu depan you tak perlu pergi Gegar Vaganza lagi, duduk rumah je lagi bagus.

Tak perlu keluar TV nak promote, kita dah niaga lama

Tak perlu keluar TV pun nak promote, kita dah niaga lama. Insya-Allah dah banyak pengguna setia.

Kutuk-kutuk pun, ramai jugak yang mintak sponsor, sumbangan!

Bila time kita, semua pun jadi isu. Tapi yang dorang dok bahan-bahankan kita selama ni dalam media sosial, takde pulak orang nak pertahankan?

Sikit-sikit kaya tapi bodoh, money can’t buy class la. Kita bukan niaga cari duit nak beli class, kalau nak bagi keluarga senang pun dah bahagia. Mengutuk-mengutuk juga, tapi semua pun sibuk cari minta sponsor la, sumbangan la.

kita kena sedar satu je manusia suka pandang keburukan dan kekhilafan kita, baik kita, langsung x pernah orang nampak. jadi jomlah kita pindah duduk kampung bela kambing jaga ayam itik lagi bagus. yg nak sambung kutuk silakan kot x habis lagi ada ayat2 yg belum keluar, kutuk la sampai subuh, nanti penat berentilah tu….

Tidak kurang pula, ramai pengikut Datin Shahida yang memberi sokongan dan berharap agar dato’ Aliff mengambil iktibar terhadap apa yang telah terjadi.

Tak tahan suaminya disekolahkan netizen, Datin Shahida 'haramkan' Aliff Syukri pergi GV minggu hadapan

Bagaimanapun, Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sumber : IG Datin Shahida via OhMyMedia