Amboi, Kemain Fesyen Para Selebriti Kita Melaram Di Karpet Merah ABPBH 31

Majlis anugerah tahunan, Anugerah Bintang Popular tahun ini sekali lagi menjadi medan buat para selebriti menggayakan persalinan rekaan pereka fesyen tempatan selain meraikan kemenangan masing-masing.

Tentunya juga, dewan utama Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) turut digamatkan dengan sorakan para peminat apabila kehadiran nama popular melangkah penuh gaya dalam tema tahun ini, Infiniti.

Sesi permaidani merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 bergema dengan sorakan peminat yang teruja melihat barisan artis kesayangan melintasi laluan tumpuan itu.

Paling menarik perhatian, kemunculan pelakon, Fasha Sandha yang bergaya mengenakan gaun hitam berkilau, ditemani Aidil Aziz yang mengenakan rekaan rona sepadan.

Kemain Fesyen Para Selebriti Kita Melaram Di Karpet Merah ABPBH 31

Lebih menggamit perhatian apabila calon kategori Pelakon TV Wanita Popular itu turut ditemani adiknya, Elisya Sandha yang memakai persalinan hampir sama umpama pasangan kembar.

Sorakan kuat juga ditujukan kepada bintang Pulang, Remy Ishak yang mengiringi pelakon jelita, Mira Filzah yang juga gandingannya dalam drama bersiri, Lelaki Kiriman Tuhan.

Pasangan lain yang mencuri perhatian ramai, Fattah Amin yang ditemani isteri tercinta, Nur Fazura.

Kemain Fesyen Para Selebriti Kita Melaram Di Karpet Merah ABPBH 31

Dah usha beberapa gaya selebriti kita yang mencuri tumpuan di ABP tahun ini. Mana satu yang jadi pilihan korang?