Kongsi Foto ‘Baby Shower’, Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Niena Baharun

Meriah nampaknya sambutan ‘baby shower’ pelakon yang cukup sinonim menerusi watak bernama Husna di dalam drama bersiri, Jangan Benci Cintaku yang berlangsung semalam di Glass House Ampang Kuala Lumpur.

Pelakon Datin Niena Baharun telah berkongsi beberapa keping foto majlis ‘Baby Shower’ bersama rakan dan ahli keluarga terdekat yang berlangsung semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Niena telah diraikan oleh rakan-rakannya dan ahli keluarga terdekat secara tertutup.

Majlis tersebut adalah kejutan kepada Niena yang bakal menyambut kelahiran anaknya itu tidak lama lagi.

Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Niena dan bayinya sentiasa sihat.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak Niena bersama suaminya, Aliff Firdaus.

Niena dan Datuk Aliff  Firdaus telah selamat bernikah pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Membawa tema rona biru cair dan putih, majlis yang meraikan pemilik nama lengkap Amaniena Kamarul Baharun bersama bayi yang dijangka bakal lahir November depan itu diraikan dengan kehadiran para tetamu yang terdiri daripada keluarga dan rakan selebriti itu.

Niena, 25, tampak cantik mengenakan gaun ibu mengandung dalam corak abstrak. Jom tatap beberapa foto menarik sekitar majlis.

Sumber dari Gempak