Lagi kes mengamuk kereta kena clamp. Lihat tindakan diambil lelaki ini

Seorang lelaki ‘naik angin’ apabila mendapati tayar keretanya dikunci  menyebabkan beliau mengamuk. Dalam kejadian  lelaki berusia lingkungan 40-an itu  meletakkan kenderaannya di depan sebuah kedai.

Bagaimanapun, tayar kereta itu dikunci  kerana mungkin ia diparkir di kawasan larangan. Menyedari kenderaan itu dikapit, lelaki berkenaan mengamuk sebelum mengacukan kayu.

Bagi pekerja tempat letak kereta mereka sudah biasa dengan maki hamum dan kata-kata kesat yang dilemparkan ketika menjalankan tugas bukan sesuatu yang luar biasa.

Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki sedang bertengkar dengan seorang pekerja tempat letak kereta begitu cepat mendapat perhatian di media sosial.

Video berdurasi 2 minit lebih itu bermula apabila lelaki berkenaan yang memakai baju biru memarahi pekerja tersebut kerana mengunci tayar kenderaannya.

Lelaki berbangsa cina itu cuba menghubungi seseorang untuk memberitahu pekerja di situ bersikap kurang ajar dan akan bergaduh dengannya (dalam bahasa cina).

“you kerja sini? saya berapa tahun sini you tahu ka, sekarang you tahu saya siapa? mau cuba? you pergi tanya management saya siapa, nama saya Ah seng. Itu antara kata-kata individu yang berang apabila pekerja disitu enggan membuka kunci tayar walaupun dia mahu membayar sejumlah wang.

Lagi kes mengamuk kereta kena clamp. Lihat tindakan diambil lelaki ini

Benda ini tak ada siapa yang suka kena kapit (clamp), kena keluar duit untuk buka clamping. Siapa-siapa pun pun akan marah, melenting. Kalau yang memang dalam diri dia ada perasaan panas baran selalu, (mereka akan) maki hamun.

Bila dah ada caj macam ni mesti ada yang cuba-cuba nak bukak sendiri clamp tu nanti, betul tak? Tapi kalau cuba nak buka sendiri, korang boleh dikenakan tindakan di bawah kesalahan vandalisme dan denda hingga RM1,000 tau! Banyak tu!

Jadi sentiasalah berhati-hati dan mengikut peraturan ketika menaiki kenderaan demi keselamatan diri dan orang tersayang. Lagi satu, nanti tak pasal-pasal duit melayang!

Lagi kes mengamuk kereta kena clamp. Lihat tindakan diambil lelaki ini

Tetapi bila melibatkan kekerasan mereka boleh didakwa mengikut Sekyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu jika didapati bersalah.

Video lelaki berkenaan mengamuk  itu tular di laman sosial.