Lamaran kahwin di Stadium Bukit Jalil, semua orang cari ‘Shinna’

Tahniah Malaysia!

Pasukan bola sepak negara berjaya menundukkan Myanmar 3-0 dalam aksi final Kumpulan A Piala AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil, semalam.

Dan mestilah sorakan kegembiraan rakyat Malaysia dan para pemain bergema di seluruh stadium meraikan kemenangan itu.

Di sebalik gegak gempita dan kemeriahan sambutan kemenangan Harimau Malaya dalam perlawanan menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, ada lagi sambutan yang lebih membahagiakan.

Ketika perlawanan berehat di separuh masa, seorang lelaki melamar teman wanitanya dan lebih istimewa, lamaran itu turut dipancarkan melalui skrin gergasi di stadium.

Imej skrin yang tertulis ‘Jom kahwin saya Shinna’ itu rancak dikongsi pengguna media sosial, sekali gus menimbulkan pertanyaan siapakah gadis bertuah itu.

Pengguna laman sosial juga berkongsi video saat lelaki berkenaan melutut dan melamar gadis bertuah itu, malah video yang sama juga dikongsi oleh laman Facebook rasmi AFF Suzuki Cup.

Menerusi video itu, dapat dilihat pasangan itu dikelilingi keluarga dan si jejaka turut membawa bunting yang tertulis ‘Let’s Get Married Lah’.

Disaksikan ratusan penonton, gadis itu dilihat menyekat air mata kegembiraan dan memberikan jawapan ‘ya’, sebelum disarungkan cincin.

Wow, memang hebat bro ni sebab berani melamar depan penonton di stadium.

Cara melamar paling ‘rare’

Netizen yang tengok lamaran ni pun sama-sama excited untuk diorang. Ye la, cara lamaran ni jarang-jarang kita nampak kat Malaysia.

Lamaran kahwin di Stadium Bukit Jalil, semua orang cari ‘Shinna’
Lamaran kahwin di Stadium Bukit Jalil, semua orang cari ‘Shinna’

Identiti pasangan sweet ini masih belum dikenal pasti. Tetapi siapa pun anda, tahniah dan selamat berbahagia dari kami!