Lelaki British dakwa temui bangkai pesawat MH370 di Kemboja

DUA lelaki British yang mendakwa sudah menemui rangka pesawat MH370 telah memulakan misi pencarian mereka sejauh lima batu di hutan Kemboja.

Menerusi laporan Daily Star UK, namun, mereka membuat keputusan untuk membatalkan misi itu pada minggu ini dan menyifatkan laluan tersebut sangat berisiko dan mampu meragut nyawa mereka.

Pada mulanya, dua lelaki tersebut, Ian Wilson dan Jack Wilson menggunakan laluan menerusi sempadan daerah Pursat, empat batu dari utara Phnom Aoral.

Menerusi laluan itu, mereka terpaksa merentasi 20 air terjun yang berbahaya.

Bercakap kepada pemberita tempatan, mereka mengakui tidak mampu untuk meneruskan pencarian tersebut.

“Ia perkara paling sukar pernah kami lalui. Sampai satu tahap kami sudah tak mampu teruskan.

“Ada banyak air terjun, kami keletihan menggalas beg dan sudah tidak boleh teruskan.

Lelaki British dakwa temui bangkai pesawat MH370 di Kemboja

“Malah, kami juga mengalami kecederaan, banyak kali terjatuh dan terpaksa memanjat. Kaki rasa macam dah hancur,” ujar Jack.

Biarpun tidak dapat meneruskan misi, mereka berdua ternyata bangga dengan pencapaian mereka.

Ujarnya, bukan mudah untuk merentasi 20 air terjun dan mereka gembira kerana masih lagi terselamat.

Duo itu tiba di Kemboja pada Selasa sebelum menerap di Kampung Speu.

Mereka menjalankan pencarian itu berdasarkan laluan yang diperolehi melalui koordinasi Google.

“Selain air terjun dan laluan yang bahaya, ia juga sukar untuk kami kerana orang di sana tidak bertutur dalam bahasa Inggeris,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pakar teknologi Google Maps berpengkalan di Amerika mendakwa menemui pesawat Malaysia Airlines MH370 di bahagian paling dalam di sebuah hutan di Kemboja.

Ian Wilson percaya, imej yang dikesan di Google Maps itu adalah pesawat yang hilang sejak Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke ke Beijing, China, dengan membawa 239 penumpang.

Penyedia perkhidmatan pemetaan web itu turut merancang untuk melawat kawasan tersebut bagi membukti dakwaannya.

MH370 dilaporkan hilang dari radar ketika penyerahan antara pengawal tradik udara Malaysia dan Vietnam, empat tahun lalu. – Mirror