Lelaki Ini Tampil Dedah Punca Sebenar Berlaku Rusuh4n di Kuil Sri Maha Mariamman

SUBANG JAYA: “Ketika kejadian kami sedang sembahyang, sebelum dikejutkan dengan bunyi orang menjerit dari luar pagar kuil,” kata Ng Vijai, 38, yang juga ahli jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi tadi, berlaku rusuh*n di kawasan kuil terbabit berikutan perselisihan faham antara dua kumpulan mengakibatkan beberapa individu ced3ra.

Vijai berkata, beliau melihat sekumpulan individu memakai pakaian hitam dan bertopeng membawa senj4ta seperti p!sau, pa®ang dan kayu menjerit meminta mereka yang berada di dalam kuil berkenaan keluar.

“Mereka melakukan prov0kasi terhadap kami dengan melaungkan isu sensitif, malah ada di antara mereka masuk dengan memotong pagar sebelum mengacu parang serta pisau ke arah kami. Sebelum polis tiba, ada sekumpulan lelaki yang juga ahli kuil ini datang membantu.

“Suasana ketika itu kecoh dengan ada di antara mereka memecah tingkap kuil, mer0sakkan kerusi meja dan membak4r kenderaan di sekeliling kuil. Kira-kira lima individu yang berada di dalam kuil ini c3dera dan dibawa ke hospital swasta di USJ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Sami Kuil Sri Maha Mariamman, Jeyakumar Subramaniam, berkata ketika ru$uhan itu berlaku, ada di antara individu luar terbabit yang memecah masuk setiap bilik di kuil berkenaan dan melarikan barangan berharga serta wang tunai.

“Saya dimaklumkan ada yang kehilangan telefon bimbit dan wang tunai ketika kekecohan itu, malah pejabat juga dipecah masuk menyebabkan dokumen berkaitan kuil ini serta wang tunai dianggarkan berjumlah RM2,000 lesap.

“Saya percaya ru5uhan ini tiada kaitan dengan isu perkauman tetapi berkaitan isu pemindahan tanah yang sedang dialami kuil ini. Ada pihak yang cuba memutarbelit fakta mengenai insiden ini,” katanya.

Pemindahan kuil itu diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014 menerusi penghakiman persetujuan selepas empat pihak bersetuju menyerahkan kembali tanah itu kepada pemiliknya.

Empat pihak terbabit ialah kerajaan negeri, pemilik tapak kuil berkenaan One City Development Sdn Bhd (One City) serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil itu, K Chellappa dan M Nagaraju.

Chellappa memfailkan bantahan terhadap usaha One City mengambil tapak kuil berkenaan pada 1996. Dalam penghakiman persetujuan itu pemilik tanah, (One City) juga bersetuju mendepositkan wang sebanyak RM1.5 juta kepada pihak kuil dan difahamkan wang terbabit sudah didepositkan kepada peguam kuil.

Maklumat siasatan awal;

Assalam YDH Dato’..

*Insiden Di Kuil Sri Mariaman – Identiti Kumpulan Melayu*

Utk mklmn DP difahamkan (2) group Melayu sahaja yang hadir awal pagi di Kuil tersebut iaitu :-

a) Selempang Merah
b) Kucing Merah

Difahamkan ‘Kanda Nizam Kajang’ dari group Kucing Merah mengajak ahli untuk buat ‘Job’. Pada awalnya ahli yang menyertai menyangka ‘job’ adalah di beberapa Club di kawasan USJ.

Namun apabila tiba di USJ mereka diterangkan akan melakukan tugas mengawal kuil. Dikatakan mereka akan mendapat bayaran sebanyak RM300 jika berjaya masuk dan mengawal kuil sehingga ketibaan pihak pemaju One City dan phk polis.

Bayaran disediakan oleh seorang lelaki cina yg pada sangkaan mereka dari syarikat keselamatan One City.

Kumpulan Melayu yang memasuki kuil diketuai oleh ABANG EBAR dari – Kucing Merah CHERAS.

Kumpulan melayu yang lain dipercayai dtg dari kawasan sekitar USJ, PUCHONG, SG BULOH,PUTRAJAYA dan KUALA LUMPUR.

*Mangsa Melayu Cedera*

M4ngsa dikenali dengan gelaran ‘gemuk’ dan dari kumpulan Kucing Merah KUALA LUMPUR. Menurut mangsa dia mendapat arahan dari individu dipanggil ‘Boy Cina’ yang merupakan ketua kumpulan Kucing Merah KUALA LUMPUR. Mangsa bukan kakitangan One City.

*Ulasan*

Semasa insiden sejumlah 22 buah kereta dan 5 buah motor dipercayai kepunyaan kumpulan melayu tersbt dan staf One City tlh dib4kar. Setakat ini difhmkan 2 L India dan 1 L Melayu cedera. Sehubungan ini risikan bg mengenalpasti ketua kumpulan diteruskan dan segala perkembangan akan dimaklum pd Dato’.

Sekian, terima kasih.
*Salam Hormat*

Ru5uh@n kuil: Waytha Moorthy salahkan polis

BEBERAPA menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya, susulan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, awal pagi tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata, polis daerah Subang Jaya mengeluarkan kenyataan salah apabila mendakwa ®usuhan bnerpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil.

Katanya, kenyataan salah dan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat India kerana kelewatan serta tindakan polis yang tidak berkesan untuk mengawal insiden berkenaan.

“Kami dimaklumkan pada jam 2.30 pagi, sekumpulan 50 orang ber$3njatakan batang besi dan p4rang masuk ke kuil di Seafield dan menyerang orang di dalamnya termasuk wanita.

“Difahamkan, ramai yang ceder4 dan beberapa kenderaan dib4kar, selain lima penganut dalam kuil itu dijadikan tebusan sebelum mereka melarikan diri dan mendapat kad pengenalan beberapa individu kumpulan penyerang.

“Persoalannya, mengapa hanya satu kereta peronda Polis Daerah Subang Jaya di tempat kejadian pada jam 4.15 pagi manakala FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) tiba jam 6 pagi,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Sidang media turut dihadiri Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Jelutong, R S Rayer; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus.

Waytha Moorthy berkata, pihaknya mahu polis Bukit Aman melaksanakan siasatan penuh dan bebas bagi mengenal pasti dalang di sebalik rusuhan dan serangan terhadap kuil itu.

“Ketua Polis Negara wajar mengeluarkan kenyataan yang betul berhubung insiden ini. Kami mengutuk ser4ngan ini dan pihak bertanggungjawab dalam insiden ganas ini perlu ditangkap serta dihukum,” katanya.

Difahamkan, insiden itu sudah berada dalam perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, dalam satu sidang media di Kajang, menegaskan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, awal pagi tadi tiada kaitan dengan masalah perkauman, sebaliknya perselisihan membabitkan isu perpindahan kuil.

Beliau dilaporkan berkata, sebanyak 18 kereta dan dua motosikal r0sak dalam kejadian itu, dan Polis Selangor sudah menempatkan 700 pegawai dan anggota di lokasi kejadian

Sumber: Berita Harian