M4yat Anggota Polis ‘Dipinjam’ Sebentar Sebelum Dilepaskan. Misteri Sungai Paka Sudah Tel4n 10 Ny4wa

“Pinjam” sekejap sebelum apungkan. Ternyata pengalaman seorang penduduk kampung yang arif dengan keadaan Sungai Paka, Durian Mentangau yang memaklumkan mayyat Konstabel Wan Mohd Arif di’pinjam’ seketika benar-benar berlaku.

Daus Ibrahim, 62 seorang penduduk kampung dari Felda Kerteh 2, Dungun yang sudah 30 tahun tinggal berhampiran sungai berkenaan berkata, berdasarkan pengalamannya yang agak mahir dengan keadaan sungai berkenaan, mayaat kedua-duanya berada tidak jauh dari lokasi terjatuh. Sekitar 200-300 meter sahaja.

M4yat Anggota Polis 'Dipinjam' Sebentar Sebelum Dilepaskan. Misteri Sungai Paka Sudah Tel4n 10 Ny4wa

Daus mendakwa “myat” disimpan seketika oleh penunggu sungai dan akan dipulangkan jua (Atas)

Ternyata kata-katanya benar kerana m@yat suspek dikenali sebagai Zul Ayam ditemui pada jarak 200 meter selepas empat hari kejadian berlaku. Malah dalam satu temubual dia memaklumkan jenzah anggota polis iaitu Wan Mohd Arif juga berada tidak jauh dari lokasi mayt pertama ditemui, cuma arw4h “dipinjamkan” seketika oleh penungu sungai seperti didakwanya.

Tambahnya lagi, sepanjang pengetahuannya, Sungai Paka, Durian Mentangau ini sudah menelan 10 nyawa dan kali terakhir terjadi ialah lima tahun lalu.

“Maknanya sudah lima tahun tiada kejadian l3mas di sungai ini. Jika dicampur dua kes ini menjadikan kesemuanya 12 kes,” katanya yang ditemui dilokasi kejadian.

Tidak dinafikan, di muka bumi ini selain wujudnya manusia sebagai penghuninya, ada lagi penghuni tidak “nampak” pada mata kasar manusia iaitu alam j1n. Namun sebagai hambaNya, kita mempercayai apa jua yang berlaku adalah atas izin Allah taala.

M4yat Anggota Polis 'Dipinjam' Sebentar Sebelum Dilepaskan. Misteri Sungai Paka Sudah Tel4n 10 Ny4wa

M@yat 4rwah Wan Mohd Zaki ditemui terapung pada jarak 300 meter dari lokasi jatuh. Usaha menyelam sudah beberapa kali diadakan di lokasi mayatnya timbul tetapi tidak menemui apa-apa (Atas)

M4yat Anggota Polis 'Dipinjam' Sebentar Sebelum Dilepaskan. Misteri Sungai Paka Sudah Tel4n 10 Ny4wa

Al-Fatihah, akhirnya j3nnazah Kontabel Wan Mohd Zaki ditemui selepas lapan hari operasi mencarinya (Atas)

Hilang pada hari Jumaat dan ternyata pada hari ini, Jumaat penghulu hari, jenazah allahyarham Wan Mohd Arif ditemui sekitar jarak lebih kurang pada jarak suspek Mat Ayam ditemui selepas usaha menebang beberapa batang pokok di sungai berkenaan dilakukan oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat.

REMAJA difahamkan juga oleh rakan-rakan wartawan yang membuat liputan di lokasi kejadian, beberapa usaha telah dilakukan termasuk laungan azan dan menepuk permukaan air sungai bagi menimbulkan kedua-duanya. Malah pasukan penyelam juga ada membuat beberapa kali selaman namun air sungai yang keruh dan arus agak deras menyukarkan operasi dilakukan sebelum myat timbul sebelah tengahari tadi.

M4yat Anggota Polis 'Dipinjam' Sebentar Sebelum Dilepaskan. Misteri Sungai Paka Sudah Tel4n 10 Ny4wa

Wan Suraya lega apabila jenzah adiknya ditemui selepas solat hajat besar-besaran diadakan malam tadi (Atas)

Biarpun rasa sedih itu ada namun bagi kakak arw@h, iaitu Wan Suraya yang setia menunggu sejak seminggu lalu mengucapkan rasa syukur kerana jen4zah adiknya timbul juga.

“Walau pun sedih tapi sekurang-kurangnya ada kubornya untuk kami menziarahi nanti

Wan Suraya, 32 berkata, setiap hari sejak seminggu lalu iaitu bermulanya operasi mencari dan menyelamat dilakukan dia dan ahli keluarga lain setia menunggu di tebing sungai menantikan abangnya ditemui.

M4yat Anggota Polis 'Dipinjam' Sebentar Sebelum Dilepaskan. Misteri Sungai Paka Sudah Tel4n 10 Ny4wa

Alahyarham Wan Mohd Zaki men1nggal sebagai wira negara apabila l3mas dalam operasi menangkap penjenayah dikenali sebagai Zul Ayam (Atas)

Menurutnya, berkat solat hajat besar-besaran di Masjid Jamek Paka malam tadi, pagi ini jasad abangnya akhirnya ditemui.

“Memang kami tidak putus berdoa dan setiap hari lakukan solat hajat. Malam tadi sekali lagi solat hajat secara beramai-ramai dilakukan di Paka memohon usaha mencarinya dipermudahkan.

“Dengan izin Allah, hari ini jasadnya timbul dan walaupun operasi ini agak sukar, kami sekeluarga beramai-ramai tetap yakin dia akan ditemui,” katanya kepada Sinar Harian.

M4yat Anggota Polis 'Dipinjam' Sebentar Sebelum Dilepaskan. Misteri Sungai Paka Sudah Tel4n 10 Ny4wa

Ibu yang uzur sudah bersiap sedia dibawa ke lokasi namun berpatah semula ke rumahnya selepas mendapat tahu anaknya sudah  ditemui (Atas)

Katanya, walaupun sedih, keluarga berasa lega dengan penemuan jasad anggota dari Balai Polis Paka itu.

“Memanglah sedih tapi sekurang-kurangnya jasad ditemui. Ketika mayyat ditemui ibu yang sakit dalam perjalanan menuju ke sini tetapi berpatah balik apabila dimaklumkan berita penemuan abang. Jenazh akan dibawa pulang ke Pasir Mas untuk dikebumikan, “katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, m4ngsa ditemui kira-kira jam 12.25 tengahari.

“Hari ini sudah masuk hari ke lapan operasi dan akhirnya usaha semua pasukan penyelamat berhasil.

“Jasad mangs4 timbul dalam jarak 300 meter dari lokasi kejadian. Maayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk urusan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga, “katanya.

M4yat Anggota Polis 'Dipinjam' Sebentar Sebelum Dilepaskan. Misteri Sungai Paka Sudah Tel4n 10 Ny4wa

M4y@t Zul Ayam ditemui pada hari ke empat pada jarak sekitar 200 meter dari lokasi jatuh (Atas)

Dalam kejadian jam 8.30 malam Jumaat lalu, Wan Mohd Arif bersama suspek penjenayah dikenali sebagai Zul Ayam terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyut arus deras.

Myat suspek berusia 39 tahun ditemui tersangkut pada ranting pokok di tebing sungai pada hari keempat operasi. Malah difahamkan, isteri allahyarham, Sharifah Murni Sayed Ab Aziz, 27,  baru semalam habis peperiksaan akhir di Kolej Kejururawatan di Kuala Terengganu dan sudah berada di lokasi sejak semalam lagi. Ternyata Allah memberinya peluang untuk menatap wajah suaminya buat kali terakhir.

Al-Fatihah (dengan bacaan) untuk wira negara ini. Semoga r0hnya dicucuri rahmat dan diangkat darjatnya bersama orang beriman dan beramal soleh. Amin. – Remaja