Mahligai Impian Buat Hal Lagi. Esok Nak Kenduri, Hari Ni Tutup Syarikat

Katering Lari Tutup Operasi?

Pejabat dah kena serbu oleh bakal pengantin. Majlisnya esok tapi bila sampai tengok tempat kosong! Pejabat tutup langsung ibarat semua dah lari. Yang ni kat cawangan Johor. Negeri lain pun dikatakan sama juga.

Staf pulak katanya diberi cuti tapi sampai tarikh yang tak diberitahu

Kepada bakal pengantin lain, harap bertabahlah.

Cawangan Katering MI Tutup!

Mengikut kata staf katering, semua dah clear di ofis cawangan Melaka. Boleh tengok gambar, keadaan dalam ofis lengang, fail semua dah takda. Kakitangan diorang pun dah ke balai untuk buat report polis. Aduh.

Cawangan di Kampung Melayu Subang pun sama. Lori dah kena tarik!

Syarikat kata henti operasi bermula 5 Oktober. Allahu. Bakal pengantin yang dah tempah dan majlis dalam masa terdekat ni macam mana pulak. Haiya.

Pengakuan Staff MI Negeri Sembilan!

Ada pengakuan staff teraniaya pulak. Aduh. Yang ni dapur pun habis kosong.

Assalamualaikum Semua. Saya sebagai salah seorang staff MAHLIGAI IMPIAN NEGERI SEMBILAN yang teranaiya hari ini ingin membuat permohonan maaf kepada semua pelanggan & bersihkan nama staff yg teraniya.

Hari ini, 5/10/2018 pkul 9.00 pagi semasa masuk ke office saya dan staff lain terkejut tercabut jantung lihat office & kitchen tempat memasak kosong. Dalam fikiran saya ingatkan dicuri. Rupa-rupanya ceo telah ambil semua barang termasuk duit customer, peti besi, fail-fail dan dokumen customer & barangan memasak di dapur juga telah diambil secara senyap-senyap.

Secara tiba-tiba juga kami mendapat wasap mengatakan syarikat MAHLIGAI IMPIAN TELAH DITUTUP!! dan secara tiba-2 juga owner kedai datang mintak kunci kedai dan kami terpinga-pinga.

Owner kedai dah bagi notis selama seminggu awal untuk kosongkan kedai. tapi kami staff di branch tak diberitahu apa-apa notis. Owner mintak clearkan kedai dalam masa 24 jam & akan hantar notis saman kepada MAHLIGAI IMPIAN. patutlah semalam 4/10/2018 tiba-tiba bgi cuti sehari sruh rehat semua branch.

Rupanya nak bawak lari semua barang !!!!dengan ni saya bersama branch SEREMBAN, JB & SELANGOR dah beramai-ramai membuat report polis & akan ke pejabat buruh disebabkan tak dapat gaji 1 bulan dan komisen 2 bulan!! Kami juga dapat tahu setelah fail customer dirampas secara senyap.

Mereka telah blast msg pada customer mengatakan bahawa Mahligai Impian ditutup. Duit semua telah dibawa lari bersama. Semua yg tertinggal sisa-sisa dari CEO masalah di tinggalkn atas kami staff marketing. Di sini saya share serba sedikit wasap group branch yg teraniya. ic CEO Mahligai Impian. & laporan polis.

Saya mintak jasa baik semua untuk share & viralkan. agar nama kami dapat dibersihkan atas jenayah dr CEO kami yang tak bertangunggjawab. dan tiada lagi pihak yang mempercayai Mahligai Impian.

Masak la MI kali ni.

Katering Lari Tutup Operasi?Pejabat dah kena serbu oleh bakal pengantin. Majlisnya esok tapi bila sampai tengok tempat…

Gepostet von Netizenmy am Donnerstag, 4. Oktober 2018

Sumber: FB Netizenmy