Masih Ingat Lelaki Yang Menang Kuiz RTM Ini ? Dulu Dia Menjadi Jutawan Sekelip Mata Pada Tahun 1991 Kini Muncul Semula Selepas 27 Tahun !!

Jika anda sudah wujud di dunia ini pada tahun 1991 pasti anda masih ingat dengan rancangan televisyen yang bersiaran di RTM iaitu Kuiz More Jutaria.

Di dalam pertandingan kuiz itu, pemenang ditawarkan hadiah berupa sebuah kereta Ferrari model 328 GTS bernilai lebih RM1 juta. Ahmad Samerin Dzulkifli ketika itu menang kuiz yang dianjurkan oleh RTM pada usianya 23 tahun.

Pada asalnya dia dihadiahkan kereta Ferrari model 328 GTS tetapi menolak hadiah itu kerana tidak tahu memandu dan dia mahu ditukarkan kepada wang RM1 juta.

Jadi Jutawan Sekelip Mata Pada Tahun 1991, Setelah 27 Tahun Berlalu Ini Yang Terjadi Padanya

Keratan akhbar lama di Harian Metro hari ini menunjukkan Ahmad Samerin Dzulkifli bergembira bersama keluarga apabila memenangi RM1 juta pada 1991.

Dimanakah Ahmad Samerin Dzulkifli Sekarang?

“Sekarang ini orang pun dah tak tahu(lupa). Saya pergi mana pun bebas dan ini semua demi keselamatan keluarga,” kata Ahmad Samerin Dzulkifli, 49.

Bagi yang masih ingat, lelaki dari Bandar Pusat Jengka, Pahang ini pernah menggemparkan negara 27 tahun lalu apabila menjadi jutawan sekelip mata selepas membawa pulang wang tunai RM1 juta menerusi Kuiz More Jutaria pada 8 September 1991.

Pada 8 September 27 tahun lalu, seperti sudah ditakdirkan, huruf daripada namanya SAMERIN dipilih pembayang bagi mengisi petak-petak soalan pusingan bonus.

Ahmad Samerin perlu meneka dengan tepat dalam tempoh 15 saat untuk melayakkan dirinya merebut wang tersebut atau sebuah kereta Ferrari model 328 GTS bernilai lebih RM1 juta.

Namun beliau menolak Ferrari kerana tidak tahu memandu dan wang, bagi dirinya, lebih sesuai untuk keluarganya. Selain itu, kereta mewah itu tidak sesuai untuk dirinya yang tinggal di desa.

Ketika memenangi soalan terakhir kuiz siaran langsung anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dia baru berusia 23 tahun.

Dia ketika dihubungi dia mengakui sengaja ‘menyembunyikan’ diri kerana tidak mahu lagi menonjol di khalayak di sebalik kisahnya yang pernah bergelar jutawan sebelum ini.

“Memang ramai hendak tahu (kisah) saya tetapi sengaja saya tidak mahu keluarkan balik cerita kemenangan dahulu atas pelbagai sebab.

Masih Ingat Lelaki Yang Menang Kuiz RTM Ini ? Dulu Dia Menjadi Jutawan Sekelip Mata Pada Tahun 1991 Kini Muncul Semula Selepas 27 Tahun !!

Bermula dengan kedai basikal ketika berusia 23 tahun, Ahmad Samerin Dzulkifli tiba-tiba bergelar jutawan apabila memenangi “Kuiz More Jutaria” di RTM.

Dengan hadiah RM1 juta, lelaki dari Jengka Pahang itu tenggelam daripada tumpuan masyarakat dengan alasan “menyembunyikan diri” demi keselamatan diri dan keluarga.

Jadi Jutawan Sekelip Mata Pada Tahun 1991, Setelah 26 Tahun Berlalu Ini Yang Terjadi Padanya

Buat Apa Dengan Duit RM1 juta?

Kedai basikalnya sebelum ini diserahkan kepada adiknya untuk diuruskan. Hasil wang lumayan itu, beliau dengan gaya hidup sederhana menguruskan kedai elektrik di Bandar Baru Jengka.

Selebihnya wang itu, yang dimenangi daripada acara TV paling popular pada 1991, dilaburkan dalam perniagaan.

Sumber: Era Viral