Meloyakan, Premis Sate Tulang Popular Diarah Tutup.

SEREMBAN 21 Okt. – Sebuah tempat penyediaan bagi sate tulang popular di Senawang di sini diarahkan tutup selama 14 hari selepas premis tersebut didapati kotor.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, arahan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dibuat susulan pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban di premis berkenaan hari ini.

Secara keseluruhan premis menyediakan makanan itu didapati tidak bersih.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah pengendali makanan tidak mengambil suntikan tifoid, peralatan memasak kotor dan amalan pengendalian makanan tidak bersih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainudin berkata, pemeriksaan dibuat ekoran tular dalam media sosial berhubung premis tersebut yang didapati beroperasi dalam keadaan kotor semalam.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas makluman orang awam dan menasihatkan supaya memilih premis makanan yang bersih bagi mengelakkan keracunan.

Posting FB

Tadi gerai Satay Tulang Jelebu dekat Dataran Senawang ni beroperasi lagi, tapi dalam beberapa jam lepas tu KKM datang bagi notis.

Spy Amran kata masa gerai tu bukak tadi ada jugak pelanggan yang datang makan satay, harap dia tak muntah lah lepas tahu tempat proses satay tu macam kandang babi.

Cuma Amran kesian dekat budak-budak Melayu yang tukang bakar satay tu. Lepas KKM bagi notis tadi terus semua duduk termenung. Sebab dorang tak tau pun tempat proses satay tu macam kandang babi. Kerja dorang cuma bakar satay je.

Bertabah lah bang, ada rezeki dekat tempat lain nanti tu.

Viralkan Sampai SEMUA ORANG TAU!!
SATAY TULANG JOLOBU hanya BOLEH DI DAPATI di KUALA KLAWANG JELEBU sahaja tiada yang lain…!!

Wakil sebagai salah seorang ANAK JOLOBU

Jarang nak update status kt FB.

Tapi harini terpaksa.
Gara-gara Sate Tulang Jelebu yg viral tu. Tahap kotor boleh kembang tekak.
Meh sini nak bagi pencerahan. Sebab takut effect kepercayaan customer-customer kami.

1. Nama diaorg, Satay Tulang Jelebu. Nama kedai kami, ABM Sate Tulang Jelebu. Tak sama!

2. Sate Tulang Jelebu yg viral, terletak di Senawang. Dataran Senawang to be exact! If ada yg baca post di page Amranfans, sate ni terletak belakang kedai sate Hj. Samuri. Tiada kena mengena dgn sate kami. Kami hanya berniaga di Pekan Kuala Klawang.

3. Gambar premis kotor yg viral, terletak di Seremban Jaya. Production sate kami masih di Jelebu.

4. Berdasarkan komen2 yg dibaca, sate mereka busuk. Tapi bukan sate kami ye. Sorry. Kami produce setiap hari. Kebersihan sentiasa diutamakan. Lebih 50 tahun nama Sate Tulang Jelebu menapak di Jelebu, Negeri Sembilan, tiada masalah sate busuk atau pelanggan sakit perut. Tp yg pelik, masalah sate busuk ni, mmg ramai yg complain. Tpi masih ramai yg makan.

Setakat ni, itu sahaja pencerahan yg mungkin dpt membantu. Dapat meyakinkan semula pelanggan kami. Jika anda tidak yakin, blh berhubung dgn saya. Boleh datang ke kedai untuk check sama ada sate kami berbau atau tidak.

Tolong jangan kaitkan ABM Sate Tulang Jelebu dgn Sate Tulang yg viral ni ye.
Saya mohon.
Terima kasih.