“Mereka Bertiga Berpelukan Sebelum Hilang Ditarik Ombak” – Ini Yang Terjadi Sebelum Kejadian

“MEREKA bertiga berpelukan selepas dipkul ombak,” kata Aqif Khairullah Azhar, 7, selepas tiga sepupunya itu ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Sura Tengah, Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 6.40 petang itu, tiga beradik terbabit, Nur Ain Fatma Zawawi, 10, Nur Ain Sofea, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, dari Kampung Pegal Pisang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan, dikhuatiri lem4s dan gerakan mencari dan menyelamat mngsa dilakukan pihak berkuasa.

Tiga beradik terbabit mengikuti ibu saudara mereka bercuti dan menginap di sebuah inap desa di depan pantai terbabit.

Aqif berkata, dia bersama kakaknya, Anis Maisarah, 8, serta tiga beradik itu berada di tepi pantai dengan ditemani seorang ibu saudara mangsa.

“Mula-mula Nur Ain Sasabila bermain di tepi dan dua kakaknya datang untuk mengajak adiknya itu naik ke atas.

Kakak sulung yang melihat kejadian itu cuba untuk menyelamatkan dua adiknya namun gagal dan dia juga turut sama dihanyutkan ombak.

“Tiba-tiba ombak besar datang dan memukkul mereka sebelum ditarik ke laut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, bapa Aqif, Azhar, 43, berkata, mereka datang bercuti di Dungun dengan menaiki lima kereta.

“Kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu tidak turut serta. Kami tiba di inap desa pada 5 petang.

“Saya dan isteri dengan anak saudara serta ipar yang lain berehat di inap desa manakala dua anak dan manggsa turun ke pantai,” katanya.

Katanya, ketika terlelap dia dikejutkan isterinya yang memaklumkan tiga anak saudaranya dihanyutkan ombak.

“Saya bersama ahli keluarga yang lain turun ke pantai dalam jarak 300 meter dan mendapati ketiga-tiga m4ngsa sudah hilang.

“Saya meminta ahli keluarga supaya segera menghubungi talian kecmasan untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Dungun, Saifuddin Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemsan pada 7.14 malam sebelum 10 anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Mereka Bertiga Berpelukan Sebelum Hilang Ditarik Ombak” - Ini Yang Terjadi Sebelum Kejadian

Katanya, anggota polis dengan bantuan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

“Sehingga jam 9 malam ini usaha mencari dan menyelamat m@ngsa masih belum berhasil,” katanya.

Sumber Artikel: Hmetro Online