“Mujur polis tak rampas gambar ni masa geledah rumah Tun Rahah,” – Najib Muat Naik Gambar Graduated, Kali Ni Dengan Imej Rambut Kerinting

Kalau dua hari lepas Dato’ Seri Najib ada memuat naik gambarnya lengkap dalam persalinan ijazah doktor falsafah, hari ini bekas Perdana Menteri ni ‘buat hal’ lagi dengan memuat naik gambar baru pulak.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya,Najib telah memuat naik gambar graduasinya yang admin agak pada tahun 70-an ketika menuntut di Universiti Nottingham, England. Fuh bergaya lain macam dato seri! 

“Ashman habiskan masa hampir satu jam untuk mencari gambar yang sudah 45 tahun ini dari rumah bonda saya” 

Gambar yang baru dimuat naik kurang daripada sejam ini telah mendapat 33,000 likes dan Najib juga telah memuat naik gambar lain bersama ibu dan adiknya.

“Agak old school tapi inilah foto dari majlis graduasi saya pada tahun 1974.

Saya turut bergambar bersama bonda, Tun Rahah dan adik saya Johari.

Masa itu, saya nampak cool sebab trend masa itu di England memang berambut panjang.

Ok, saya mengaku saya juga terpengaruh masa itu.

#MaluApaBossKu

Terima kasih kepada anak saya Ashman.

Kalau DAP masih tak percaya dan ingin fitnah saya lagi, boleh pinjam mesin masa kawan Menteri Kewayangan untuk balik ke tahun 1974 cari saya.”

Menurut anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak ini, anaknya Ashman telah menghabiskan masa lebih kurang satu jam untuk mencari gambar-gambar tersebut yang sudah berusia 45 tahun di rumah bondanya, Tun Rahah. 

Tambah Najib lagi, gambar tersebut diambil pada tahun 1974 ketika majlis graduasinya dan ini adalah bukti kepada fitnah yang dilemparkan parti DAP yang mengatakan bekas PM ini tidak menghabiskan pengajiannya.

“Ni mesti zaman rock kapak ni… sebelum balik Malaysia mesti potong pendek dulu rambut tu” 

Ternyata gambar ini mendapat perhatian hangat netizen kerana rata-rata penyokong bekas PM ni teruja lihat gambar lama Dato’ Seri Najib. Ada yang siap suruh beliau simpan semula rambut gaya macam tu dan ada pula yang kata rupa beliau ada iras-iras pelakon Mustapa Kamal. Amboi! 

Style jugak rambut Dato’ Najib dulu-dulu. Korang cuba korek balik gambar graduate lama-lama tu. Ada lagi yang lebih hensem dari Dato’ Najib tak? 

Apa Reaksi Pengguna FB

– Kalau dilihat trend skrg ini…seolah² rakyat tertunggu² setiap posting DSN di facebook beliau. Inikah yg dikatakan fenomena…Allah is The Best Planner, MaashaaAllah. Dalam 9 min likers cecah 6k

– Polis lupa nk rampas gmbaq ni masa geledah rumah tun rahah.. Sia2 naik smpai siling.. Mst polis tu kena maki dgn guan eng

– Saya syorkan semua ahli politik diwajibkn memaparkan gambar graduate sbg pengetahuan dan semangat utk adik adik kita yg masih menuntut.
#graduatechallenge
#apamalubossku
#salute

-Terbaik datuk seri najib… kawan2 sy yg jd mahacai PAkatan hancing dulu masa menang pilihan raya semua ejek dan bahan sy sbb sokong datuk seri… hari2 dlm group wasap mereka bahan sy tnpa henti smpai bermasam muka dan pulaukan sy kerana berbeza fahaman politik..tp sy tetap steady dgn mnyokong datuk seri tnpa mempedulikan kata2 mereka…

– baru2 ni rata2 kwn sy yg jd mahacai Pakatan hancing mengeluh sbb sara hidup yg tidak berubah,tol x d hapuskan,ptptn kena bayar dan BRIM yg mereka dpt setiap tahun telah d mansuhkan..skrg mula nk berbaik dgn sy dan nk pnjam duit pd sy…sy sruh mereka pinjam duit pd atuk 93 tahun,lim guan eng,azmin ali,mat sabu….dan sy mampu berhuhu je melihat mereka skrg atas keriakan dan kesombongan mereka masa demam pilihan raya dahulu..

Sumber dari Lobak Merah