“Nurse are not our level” – Zizan Razak

‘..Dari Jam 3 pagi hingga 1 petang tak tukar cadar..!’ – Linda Rafar

Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi Linda Rafar dan Diana Rafar telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah. Disebabkan itu juga, ibunya terpaksa menjalani pembedahan potong tangan yang terkena jangkitan.

Terbaru, menerusi Instagram Story Linda meluahkan rasa kesal dengan sikap jururawat yang didakwa biadap dan kurang ajar. Dia mendakwa hanya meminta ditukarkan cadar yang terkena najis namun tidak diendahkan.

Isunya kecik sahaja, cuma bila ada yang viral, kami jururawat terpaksa respon:

Kronologi Ringkas:
1. Maknya si linda rafar (maaf, tak kenal pun artis nie) telah admit wad di Hospital XX.

2. Dia ada letak maid (orang gaji) untuk cuci najis maknya di Hospital.

3. Pada 27 Dis (Khamis) jam 1pm, dia telah upload di IG story (lindarafar) meluahkan perasaan di sebabkan tak tukar cadar.

4. Maka berpusu-pusulah makcik bawang MUNCUL tabur fitnah kepada kerjaya Jururawat yang entah betul entah tidak.

– Saya pasti jururawat telah menukar cadar mak awak melainkan dah tukar kemudianya kotor balik (takkanlah 3pagi sampai 1petang tak tukar kan).

– Saya agak Linda datang melawat mak di Hospital dalam tenghari dan lihat cadar kotor. Tak salah kalau Linda minta cadar dari nurse dan tukar bersama-sama dengan maid yang awak upah.

– Itu mak awak Linda, bukan orang lain. Setakat awak tukar cadar hanya perkara kecil, kalau lagi baik basuh najis dan mandikan mak awak, Allah, banyaknya pahala kita dapat.

– Ya kami kena akui mungkin ada jururawat yang tidak ‘mesra’, kita manusia biasa, artis juga ramai yang tidak ‘mesra’. Jangan disebabkan seorang buat salah, anda tuduh kami jururawat ni semua sama.

Meh saya ajar bagaimana nak complaint jika perkara sebegini berlaku:
1. Linda boleh suarakan kepada yang incharge (samada sister @ matron) supaya teguran dapat diberikan kepada jururawat terbabit.
2. Linda bolah ke link ini: http://moh.spab.gov.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do untuk membuat pengaduan. Ini adalah Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Ini bermakna, Linda tak perlu nak viral pun sebab kes anda sangatlah kecil, ‘tak tukar cadar’ sedangkan anda boleh selesaikan sendiri.

Isu ambil gambar di dalam premis kerajaan:


1.) Pengambilan gambar di premis Hospital/ klinik atau dan penyalahgunaan gambar petugas juga membolehkan tindakan undang2 diambil dibawah akta Rahsia rasmi 1972.

2.) Mengambil gambar dalam premis hospital/klinik atau petugas kemudian menyebar fitnah atau menyebarkan maklumat palsu ke media sosial ( facebook, twitter dan sebagainya juga boleh didakwa dibawah seksyen 233, 241 akta komunikasi multimedia.)

3.) Perbuatan memfitnah atau memburukkan petugas hospital/klinik boleh disabitkan dibawah kanun keseksaan jenayah seksyen 499, 500, 505.

4.) Perbuatan atau kata-kata yang berniat ugutan kepada petugas hospital/klinik, boleh didakwa dibawah seksyen 506 kanun keseksaan

5.) Perbuatan menghalang, menghina, mengganggu dan memfitnah penjawat awam yang melakukan tugas boleh dikenakan tindakan dibawah seksyen 186 kanun keseksaan.

Ingat, bila anda Viral, ianya akan mengeruhkan lagi keadaan, isu sekecil ini boleh diselesaikan secara dalaman.

Saya doakan mak awak sembuh seperti biasa, jagalah mak dengan kasih sayang, pesanan ini buat kita semua yang sentiasa lalai dalam duniawi.

Sekian
Amin
Jururawat Lelaki

Ketidakpuasan hati selebriti ini mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Ada yang berkongsi pengalaman sama di mana mereka pernah berhadapan dengan jururawat yang bersikap endah tidak endah sebegini.

Di Facebook pula, Dr Rusyaini Ramli membuat teguran buat Linda Rafar.

Teguran doktor buat Linda

“Nurse are not our level” - Zizak Razak

Untuk PUAN LINDA RAFAR

Mula-mula sekali Puan Linda, saya bukan doktor KKM. Saya doktor tapi dengan kementerian lain. Saya bukan nak membela sesiapa. Tapi saya rasa sebagai doktor yang dikelilingi misi-misi, saya terpanggil untuk menjelaskan keadaan.

Saya minta maaf di atas ketidakpuasan hati Puan Linda pada jururawat-jururawat yang bertugas di dalam wad tempat mak Puan ditempatkan. Saya mungkin tidak faham apa sebenarnya berlaku tapi di sinilah ada silap dari Puan Linda.

Puan Linda tahu kan status Puan sebagai selebriti kan. Ramai kenal Puan. Bila Puan tuliskan perkara begitu, apa yang Puan harapkan Puan dapat darinya? Walaupun Puan ni terkenal, saya tak pasti sama ada Pengarah Hospital, Matron dan Ketua Jururawat wad tu baca IG story puan. Saya yang rakyat marhaen ni dapat cerita ni pun dari kawan saya. Maaf ya saya tak jadi pengikut Puan di IG.

Kalau Puan tak berpuas hati dengan layanan yang mak Puan dapat di wad tu, Puan boleh buat aduan kepada hospital sendiri. Ada borang aduan. Kalau Puan nak kes ni sampai ke pihak paling tinggi pun boleh. Puan taip aduan kat laman sesawang SISPAA KKM. Dalam masa 14 hari, Puan wajib terima penjelasan dari pihak terbabit. Percayalah Puan, KKM ni memang tak bertoleransi dengan staf yang ada salah laku. Memang mana-mana penjawat awam kalau dilapor oleh masyarakat ke SISPAA, menjawab la nanti.

Lagi satu ya Puan. Mungkin Puan tak tahu, yang mengambil gambar atau video di dalam premis hospital adalah satu kesalahan dan Puan boleh didakwa. Tolonglah hormati undang-undang. Tu kan hospital. Kita ni kenalah pandai bawa diri. Saya pun biasa menjaga ahli keluarga di hospital kerajaan. Di situ, saya hanya pelawat. Bukan doktor. Jadi saya patuh dengan arahan. Nak minta tolong misi sesuatu pun, saya merendah diri.

Misi ni kerjanya banyak Puan. Duduk kat kaunter bukan bermakna mereka membawang. Mereka kena buat macam-macam kerja menulis. Dah macam kerani pun ada. Tanpa mereka, pincanglah hospital. Kadang kala mereka terlupa bila kita minta sesuatu. Tak apa. Pergilah cakap lagi sekali. Ingatkan dia. Kita berbaik sangka boleh kan.

Kerja mencuci pesakit bukan tugas hakiki misi. Tulah kerja kita sebagai anak, isteri, mak atau cucu. Saya buat semua tu Puan masa saya menjaga ahli keluarga saya. Kadang kala masa melawat pun saya tolong. Tak tahu tak apa. Jumpa misi, minta dia tolong ajar. Misi boleh tahu kita ni ikhlas dalam menjaga ahli keluarga kita.

Bila Puan buka cerita begini, maka menderulah manusia-manusia lain menambah garam pada luka. Menuang minyak pada api yang marak. Tak ke menambah dosa kering jadinya. Silap haribulan jatuh fitnah. Dek seorang dua misi yang Puan rasa teruk sangat, habis semua kebaikan misi-misi yang lain dah terus lenyap. Patut ke begitu?

Misi tak dilatih macam askar untuk duduk tegak, atau diri lama-lama. Takkan la letak kaki kat kerusi macam tu pun salah puan. Maaf. Saya tak tahu apa tujuan Puan buat tanda pangkah pada kaki misi tu. Tapi tulah kalau cara dia letak kaki pun jadi isu, bukan ke remeh tu.

Misi pun manusia Puan. Mereka juga ada kehidupan macam kita. Entah-entah, dia ada masalah bermain di fikiran dia. Nak ambil cuti kecemasan bukan senang. Terpaksalah datang kerja dengan minda berserabut. Ataupun dia baru saja kena marah dengan bos dia. Terpaksa lah dia hadap juga muka pesakit-pesakit walaupun hati tu pedih semacam. Maafkan lah dia ya Puan.

Saya doakan Mak Puan cepat sembuh. Semoga dipermudahkan urusan Puan sekeluarga. Harapnya lepas dah keluar wad nanti, Puan bantulah Mak untuk menjaga kesihatannya dengan lebih baik dengan mengambil ubat seperti yang disarankan, mengikuti tarikh temujanji seperti sepatutnya dan menjaga pemakanan.

Maaf sekali lagi kalau kata-kata saya mengundang rasa kurang senang ya Puan.

Dari saya, doktor marhaen untuk rakyat marhaen,
Dr. Ninie

NURSES ARE NOT ON OUR LEVEL – ZIZAN RAZAK

Ya, kami sedar kami jururawat ni bukan tahap kalian.

Kami bertungkus lumus bekerja untuk selamatkan nyawa dan kualiti hidup pesakit. Bukan lagha berpura-pura dalam alam lakonan, fantasi, fiksyen raih perhatian. Kami peroleh pendapatan melalui titik peluh tanpa penghargaan. Kalian sehari-hari tagih populariti dari peminat. Gaji kami ciput tak seperti kalian berpuluh ribu.

Tapi kami sedar, tugas kami jauh lebih mulia dari kalian yang hidup dalam kepuraan dan khayalan.

Yes, we are not on your level. In fact, we’re higher and better than you’ve ever been and will be.

Inilah sebabnya kenapa aku cukup benci waris yang sering guna ‘kuasa’ mereka untuk ‘buli’ jururawat dengan cara paling halus. Mereka akan gunakan pengaruh mereka untuk kenakan jururawat yang menjaga waris mereka, dan dihujung hari mereka dijulang wira oleh para penyembah idola mereka.

Dah tiba masa jururawat memboikot golongan artis sebegini yang memandang jururawat sebegitu hina walhal sedar tak sedar mereka sebenarnya memerlukan kita lebih dari kita perlukan mereka.

#DON #kamijururawat

Sumber dari fb delegacy of nurse