“Pasir Gudang kian tenat..” – Selain pelajar sekolah, pekerja sekitar kawasan terlibat juga ‘diserang’

Jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan berikutan pencemaran udara akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, di sini meningkat lebih 742 orang sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata secara keseluruhan seramai 1,164 mangsa dirawat di dua medic base di Taman Pasir Putih dan Taman Desa Mawar di sini, sejak Isnin lalu, dengan 217 dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sehingga jam 8 malam semalam.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat kepada 1,906 sehingga tengah hari tadi dengan 276 orang dihantar ke HSI.

Katanya, selain itu, seramai 869 mangsa pula mendapatkan rawatan sendiri di pusat perubatan swasta, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa sebanyak 2,775 orang.

“Sebanyak 92 tadika dan taska di kawasan terjejas juga sudah diarahkan tutup bagi mengelakkan peningkatan jumlah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 426 petugas daripada 19 jabatan dan agensi kerajaan bertugas bagi memastikan kawalan insiden berada pada tahap terbaik.

Insiden pencemaran bahan kimia di sekitar Pasir Gudang sejak 7 Mac lalu menyebabkan mangsa mengalami beberapa simptom seperti loya, muntah dan sesak nafas.

Walaupun kebanyakan mangsa terlibat adalah murid, pelajar, guru, kakitangan dan pekerja di sekolah, namun gas beracun berkenaan turut ‘menyerang’ individu lain.

Terbaru, sebahagian pekerja di sebuah pasaraya yang terletak di daerah itu juga menjadi mangsa terhidu gas tersebut apabila terpaksa mendapatkan bantuan rawatan.

Semoga Allah sembuhkan & permudahkan!

“Pasir Gudang kian tenat..” – Selain pelajar sekolah, pekerja sekitar kawasan terlibat juga ‘diserang’

Antara mangsa2 terlibat

“Pasir Gudang kian tenat..” – Selain pelajar sekolah, pekerja sekitar kawasan terlibat juga ‘diserang’

Rata-rata semakin bimbang dengan tahap keselamatan penduduk di sana dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Pasir Gudang kian tenat..” – Selain pelajar sekolah, pekerja sekitar kawasan terlibat juga ‘diserang’

Belum sampai tahap isytihar darurat – PM

INSIDEN pencemaran Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih di Pasir Gudang sejak 7 Mac lalu yang berlarutan hingga ke hari ini dilihat belum sampai ke tahap untuk diisytiharkan darurat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan melihat insiden berkenaan masih terkawal dan tiada keperluan untuk mengisytiharkan penduduk sekitar Pasir Gudang mengosongkan kediaman mereka.

“Belum sampai tahap itu. Tidak perlu isytihar darurat. Tidak perlu memindahkan orang atau mengosongkan kawasan.

“Apa yang penting, kita perlu berhati-hati. Yang bertugas untuk mengawal keadaan ini pun kena dan mesti bersedia menghadapi apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang terjejas juga dilihat semakin baik dan keadaan masih terkawal tetapi diakui masyarakat menganggap insiden itu amat serius kerana ia pertama kali berlaku.

“Masyarakat mesti anggap ia satu perkara yang serius tetapi kita perlu ingat kebolehan mereka yang bertugas untuk menyelamatkan mangsa dan mengawal keadaan ini sangat baik dan berhasil.

“Oleh sebab itu, segala yang berlaku sehingga hari ini dalam keadaan terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melawat mangsa insiden itu yang ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI), hari ini.

Makin bertambah!

“Pasir Gudang kian tenat..” – Selain pelajar sekolah, pekerja sekitar kawasan terlibat juga ‘diserang’

Semoga dipermudahkan!

“Pasir Gudang kian tenat..” – Selain pelajar sekolah, pekerja sekitar kawasan terlibat juga ‘diserang’

Lindungi mereka di sana…

“Pasir Gudang kian tenat..” – Selain pelajar sekolah, pekerja sekitar kawasan terlibat juga ‘diserang’

Sumber : Facebook Viral Muafakat Johor