Pengarah Teknikal dan Juruteknik Lion Air Dipecat

Berikutan dengan terhempasnya pesawat Lion Air JT610 yang membawa 189 penumpang dan anak kapal, akhirnya dimaklumkan, pengarah teknikal dan beberapa orang juruteknik dipecat.

Ini dimaklumkan sendiri oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia. Namun ia belum dapat dipastikan samaada arah pemecatan itu bersifat sementara atau sebaliknya.

“Hari ini kami mengarahkan agar Pengarah Teknikal penerbangan termasuk kakitangan teknikal yang mengesahkan pesawat terbang tersebut boleh berlepas, dipecat dan digantikan,” kata jurucakap kementerian, Budi Karya Sumadi dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Lion Air dalam kenyataannya pula memaklumkan, pihaknya akur dengan arahan tersebut dan telah memecat Muhammad Asif dari tugas rasminya.

Tempat beliau kini disandang oleh Muhammad Rusli. – Utusan Online