Penghuni Gempar Apabila Mereka Menemui Ular King Cobra Yang Amat Luar Biasa Saiznya

Rakaman video ular tedung atau lebih dikenali sebagai King Cobra dimuat naik hari ini di laman sosial Facebook. Ular tersebut dijumpai di salah sebuah kawasan kediaman Damai Perdana, Cheras.

Pasukan Bomba dipanggil untuk membantu menangkap ular tedung yang bersaiz agak besar dan menakutkan. Ketika dalam proses menangkap, ular tedung tersebut membuka kepak kepalanya dan badannya menjadi lebih kembang.

Anggota bomba sangat berhati hati dalam penangkapan ular jenis ini kerana sekali patukan amat bahaya untuk manusia.

Petikan posting.

“Ular tedung selar dekat kawasan Cheras damai perdana….dekat bawah flat aku jeww…. Ya Allah semoga kau permudahkan urusan bomba menangkap ular tedung selar… Aminn… Besar nye lah ular tedung nie”

Video Penangkapan Di Bawah

Tip Penting Jika Dipatuk Ular

1. Bertenang jangan panik.

Tenangkan sahabat anda sekiranya dia di patuk ular.

2. Beredar daripada kawasan bahaya pada kadar segera.

3. Hadkan pergerakan badan terutama kawasan yang dipatuk.

Sebarang pergerakan otot meningkatkan penyerapan bisa ular ke dalam saluran darah dan limpa.

4. BIARKAN sahaja kawasan patukan ular.

Jangan buat apa-apa pada kawasan luka seperti IKAT, SEDUT BISA ULAR, TOREH LUKA, GOSOK, PICIT LUKA, MENYAPU UBAT HERBA/BAHAN KIMIA dan lain-lain.

Ini kerana perbuatan ini akan meningkatkan risiko jangkitan kuman pada luka, bisa mudah masuk ke saluran darah dan pendarahan teruk pada kawasan luka.

5. Baringkan mangsa dalam keadaan yang selesa.

Kurangkan pergerakan kawasan luka patukan dengan bantuan ‘sling’/’splint’ (alat keras yang akan mengurangkan pergerakan kawasan luka).

6. Sekiranya bisa ular masuk ke dalam biji mata, curahkan air ke kawasan mata yang terjejas dengan sebanyakknya.

7. Tanggalkan barang kemas/peribadi

Barang-barang seperti jam tangan, rantai, gelang dan pakaian yang ketat HANYA SEMASA di dalam perjalanan ke hospital atau di hospital sahaja dan bukannya di tempat kejadian.

8. Hubungi pihak BOMBA/JPAM/ambulans untuk bantuan pengangkutan.

Segera ke HOSPITAL!

Tip-tip Lain

1. Jangan minum kafein ataupun alkohol.

Ini akan meningkatkan peredaran darah seterusnya mempercepatkan kesan bisa ular.

2. Jangan cuba-cuba untuk menangkap ular.

Serahkan tugas tersebut kepada pihak penyelamat seperti JPAM/Bomba. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengingati warna badan, bentuk kepalanya (tiga segi/bulat), keadaan ular (contohnya posisi menegak untuk mematuk bagi ular senduk).

Sumber dari KLViral