Perodua bakal keluarkan model baharu, Perodua Aruz. Harga bermula dari RM72,000

KUALA LUMPUR – Model terbaharu keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) iaitu Perodua Aruz dilaporkan bakal dilancarkan dalam masa terdekat dan orang ramai yang berminat boleh menempahnya bermula 3 Januari 2019.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, model baharu berkenaan ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5 X serta 1.5 Advance. Anggaran harga bagi kedua-dua varian ini adalah di antara RM72,200 dan RM77,200.

Perodua bakal keluarkan model baharu, Perodua Aruz. Harga bermula dari RM72,000

“Perodua Aruz adalah model transformasi keempat kami yang menetapkan piawaian baharu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan. Dengan pelbagai aspek yang dipertingkatkan, Perodua Aruz adalah antara SUV yang menawarkan nilai terbaik di Malaysia.”

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Zainal menjelaskan bahawa Perodua Aruz turut menerima pengiktirafan lima bintang bagi ujian Program Penilaian Keselamatan Kereta baharu di Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Perodua bakal keluarkan model baharu, Perodua Aruz. Harga bermula dari RM72,000

“Turut menyumbang kepada penarafan lima bintang ASEAN NCAP bagi model baharu ini adalah ciri seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. Ciri-ciri ini terdapat pada kedua-dua varian.”

Model baharu Perodua Aruz ini turut ditampilkan dalam lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan juga Amazon Green.

Perodua bakal keluarkan model baharu, Perodua Aruz. Harga bermula dari RM72,000

Di samping itu, bagi Perodua Aruz varian Advance, ianya dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang telah dipertingkatkan iaitu ASA 2.0.

“Pembaharuan ciri ini adalah pengesan pejalan kaki sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100km/j untuk Amaran Pra Pelanggaran dan 80km/j untuk sistem brek Pra-Pelanggaran.”

Sumber dari Harian Metro