Pesawat Airbus A320 Terpaksa Mendarat Cemas Kerana Dihentam Hujan Batu

Semua jenis pengangkutan termasuk perjalanan melalui udara juga mempunyai bahayanya, jadi tidak hairanlah sesetengah orang akan gementar setiap kali menaiki pesawat.

Bayangkan pesawat yang anda naiki sedang meluncur di udara dan baru sahaja hendak menghela nafas lega kerana perjalanan anda lancar, tiba-tiba pesawat anda dihemtam dengan hujan ais di udara.

Kejadian ngeri itu berlaku kepada Penerbangan LATAM Chile LA8050, sebuah pesawat Airbus A320, yang terpaksa mendarat cemas di lapangan terbang antarabangsa Buenos Aires Ezeiza di Argentina selepas mengalami kerosakan semasa terbang melalui ribut hujan batu.

Pesawat itu, yang dimiliki oleh LATAM Airlines Brazil, berlepas dari Lapangan Terbang São Paulo-Guarulhos, Brazil pada jam 04:49 UTC (01:49 LT) dalam penerbangan ke Santiago, Chile, Selasa lalu.

Penerbangan itu sedang dalam perjalanan di ketinggian 32000 kaki berdepan dengan cuaca buruk kemudian terpaksa berubah arah dan naik ke 34000 kaki di ruang udara Posadas, Argentina pada 06:21 UTC.

Pesawat Airbus A320 Terpaksa Mendarat Cemas Kerana Dihentam Hujan Batu

Kawalan trafik kemudian mencadangkan pesawat tersebut untuk menukar arah ke selatan Posadas dan turun lebih rendah untuk mengelak hujan ais yang sedang melanda dikawasan itu.

Kapten penerbangan kemudian memutuskan untuk beralih ke Buenos Aires, di mana pendaratan selamat dilakukan pada 07:52 UTC. Tiada kecederaan berlaku kepada penumpang serta anak kapal, tetapi pesawat mengalami kerosakan yang agak teruk di munjung dan cermin hadapan kokpit.