Gadis Promoter ‘Kena M@ki’ Rupanya Dapat SPM 7A! Lelaki Yang Mengecamnya Dibuang Kerja 24 Jam

Semalam panas isu di media sosial berkaitan seorang gadis promoter yang sedang melakukan kerja promosi di bahagian Non Halal di Giant Ampang Point dimaki dan “dimalukan” oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Edi Rejang.

Ekoran tindakan luar biasa lelaki berkenaan yang memalukannya di media sosial termasuk disuruh berbahasa Melayu kerana berada di Bumi Melayu, kes buli di media sosial ini mendapat perhatian meluas dari rakyat Malaysia yang mempertikaikan tindakan lelaki berkenaan.

Gadis Promoter ‘Kena M@ki’ Rupanya Dapat SPM 7A! Lelaki Yang Mengecamnya Dibuang Kerja 24 Jam

Teo Nie Ching  menyeru netizen tamatkan kebencian dalam masyarakat dan jangan bawa ia ke sekolah.

Isu ini menjadi semakin panas apabila netizen “memulakan perang” dengan menyebarkan pula gambar anak kepada lelaki berkenaan sehingga kes ini mendapat perhatian dari Timbalan Menteri Pendidikan,  Teo Nie Ching yang menyeru agar netizen berhenti berbuat demikian

“Jangan kongsi gambar mahupun butiran sekolah anak-anaknya belajar. Marilah tamatkan kebencian dalam masyarakat dan jangan bawa ia ke sekolah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Gadis Promoter ‘Kena M@ki’ Rupanya Dapat SPM 7A! Lelaki Yang Mengecamnya Dibuang Kerja 24 Jam

Lim Lip Eng membuat satu laporan polis bagi memastikan polis mengambil tindakan bagi menangani ketegangan kaum yang semakin menjadi-jadi di negara ini. Foto Malaysia Kini.

Kes ini juga mendapat perhatian dari Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng yang telah membuat satu laporan polis bagi memastikan polis mengambil tindakan bagi menangani ketegangan kaum yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

“Niat saya membuat laporan polis hari ini adalah bagi meminta pihak kerajaan, pihak berkuasa serta pelbagai agensi termasuk polis untuk tampil dengan satu penyelesaian yang dapat menangani ketegangan kaum di Malaysia,” katanya.

Gadis Promoter ‘Kena M@ki’ Rupanya Dapat SPM 7A! Lelaki Yang Mengecamnya Dibuang Kerja 24 JamGadis promoter ini mendapat 7 A dalam SPM dan kerja promoter itu hanya kerja sampingan untuk dia memperoleh wang saku

Dalam pada itu, apa yang menariknya, gadis promoter yang dimaki ini merupakan seorang pelajar cerdik apabila keputusan peperiksaan SPMnya didedahkan di mana dia mendapat 7 A seperti disiarkan oleh Malaysiantalk.com. CONGRAT!.

Kerja-kerja promoter dilakukannya itu hanyalah sekadar mengisi masa lapang di samping mencari duit lebih untuk pengajiannya.

Dalam pada itu, REMAJA difahamkan kes buli dan rasist ini memberikan satu pengajaran buat Edi Rejang apabila dia diberhentikan kerja 24 jam seperti diberitahu oleh jirannya. Malah dia mengakui tiada niat politik dalam isu ini. Ini dinyatakan dalam satu hantara fb atas nama Asrul Muzaffar Mohamed kira-kira jam 1 pagi semalam.

– Edi Rejang sudah memohon maaf terbuka pada awek Carlsberg dan masyarakat Malaysia di atas keterlanjuran beliau memaki hamun promoter berkenaan di Giant Ampang Point.

– Beliau amat kesal dengan insiden terbabit dan mendakwa ia tiada bermotifkan politik.

– Seorang jiran kenalan memaklumkan Edi Rejang telah diberhentikan kerja serta merta oleh majikan tempat beliau berkhidmat selama 10 tahun. Isteri beliau tak bekerja dan ini bermakna keluarga mereka hilang sumber pendapatan.

– Ada kemungkinan anak beliau yang kini bersekolah di SJK(C) didesak untuk berhenti dari meneruskan pembelajaran di situ. Mohon rakan seperti Marina Ibrahim, Yaakob Osmandan Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin bantu untuk mengelak perkara ini dari terjadi.

– Jangan dihukum isteri dan anak Edi Rejang (2018)

Dalam kes di atas, sebenarnya rakyat Malaysia patut kembali kepada erti perpaduan di mana Malaysia dikenali di pentas antarabangsa kerana keunikan kaumnya, Melayu, Cina, India serta lain-lain.

Jangan rosakkannya kerana semangat Malaysia Baru di mana media sosial boleh menjadi medan fitnah utama dan menyemarakkan lagi isu perkauman yang sudah dipupuk sejak Merdeka lagi.

Semoga kita terus istiqomah dalam kehidupan. Berkawanlah, bergaullah biar kita berlainan bangsa. Pandang nenek dan datuk kita dahulu, bahagia duduk bersama  bangsa lain di kampung. Tiada masalah apa pun.

Jangan jadikan media sosial “gendang” berlawan kerana perang paling utama ialah memerangi nafsu dalam diri. Hayati pengajaran dibawa Nabi Muhammad SAW sentiasa berbuat baik kepada orang lain tanpa mengira apa agamanya.

Klip video Edi Rejang meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia juga sudah tersiar.

Nak maafkan dia tak ni?