Ramai Mula Bertukar Dari RnR Gambang Ke RnR Perasing Walaupun Sebelum Ini Pernah Dikaitkan Dengan H4ntu

Baru baru ini tular 1 insiden dimana pekerja salah sebuah gerai RNR Gambang telah bertindak memukul seorang pemandu bas express.

Setelah disiasat punca sebenar adalah kerana nasi lemak yang pemandu bas enggan membayar lagi RM1. Majikan pekerja RNR tersebut ada memuat naik kenyataan bahawa pemandu bas tersebut adalah kaki buli.

Rata rata netizen mengecam pemilik dan pekerja kedai di RNR Gambang tersebut kerana sekiranya betul ada kes buli kenapa tiada laporan polis dibuat? Dan adakah dengan kekasaran memukul pemandu bas tersebut dapat selesaikan masalah.

Diboikot oleh semua pemandu bas

Selepas kejadian itu, satu mesej telah tular di media sosial memberitahu supaya semua pemandu bas dan lori supaya memboikot semua gerai di RNR Gambang.

Ramai Mula Bertukar Dari RnR Gambang Ke RnR Perasing Walaupun Sebelum Ini Pernah Dikaitkan Dengan H4ntu

Samada arahan ini sahih atau tidak, kami tidak dapat pastikan tetapi yang pasti selepas kejadian tersebut RNR Gambang yang dahulu banyak bas berhenti membawa penumpang sekarang sudah kurang. Ada hari hari tiada langsung bas berhenti.

Jadi Dimana Mereka Berhenti?

RNR Perasing menjadi pilihan semua pemandu bas, sebelum ini RNR perasing ini selalu dikaitkan dengan benda benda mistik atau berhantu. Disebabkan tularnya perkara tersebut, RNR disitu tidak dikunjungi ramai orang terutama Bas Express atau Lori. Tetapi sejak semua boikot RNR Gambang, keadaan di RNR Perasing menjadi sibuk.

Video Viral cerita mistik di R&R Perasing

Menurut Nur Akmal Alias, 36, seorang peniaga keropok, beliau kerap kali tidur di kiosk ditemani suami dan anak-anak. Sepanjang tidur dan berniaga memang kami tidak pernah jumpa makhluk halus.

“Cerita yang diviralkan itu TIDAK betul sama sekali kerana saya yang selalu bermalam di R&R itu tidak pernah melihat dan mendengar apa-apa gangguan selama setahun berniaga disini”, katanya. – Youtube Terengganu Times

KENAPA RNR PERASING PATUT DIJADIKAN TEMPAT PERHENTIAN WALAUPUN ‘BERHANTU’?

Ramai Mula Bertukar Dari RnR Gambang Ke RnR Perasing Walaupun Sebelum Ini Pernah Dikaitkan Dengan H4ntu

Seorang lelaki bernama Mat Yoe memberitahu di laman facebook beliau berkenaan RNR Perasing dan kenapa kita harus berhenti disitu. Mari baca nukilan Mat Yoe berkenaan RNR Perasing.

Ni kali ke 2 aku tulis mengenai rnr ni. Ada banyak sebab kenapa aku suka singgah di hentian ini.

1-Luas.

Hentian ni adalah hentian terbesar di LPT 2. Memang sangat luas.

2-Bersih

Sangat bersih persekitaran di hentian ini. Memang tak akan jumpa sampah di atas lantai atau di atas tanah.
Pekerja pembersihan aku bilang tadi ada lebih 5 orang.

3-Tandas besar

Ya sangat besar. Tandas lelaki ada 40 (20 tandas duduk dan 20 tandas cangkung),ada 16 bilik mandi.
Begitulah juga tandas perempuan. Total keseluruhan adalah 80 tandas dan 32 bilik mandi.

4-Surau

Surau hentian ni pon sangat besar dan selesa. Tempat wuduk pon luas. Dalam surau siap ada pokok. Memang menyegarkan. Nak lelapkan mata sekejap untuk rehatkan badan pon selesa.

5-Tempat makan

Ramai Mula Bertukar Dari RnR Gambang Ke RnR Perasing Walaupun Sebelum Ini Pernah Dikaitkan Dengan H4ntu

Tempat makan juga besar. Hampir sekeliling hentian ada kedai makan. Pelbagai masakan ada termasuk masakan panas.

6-Parking

Juga sangat luas. Parking asing antara kenderaan ringan dan kenderaan berat. Luas macam 6 biji padang bola.

7-Taman Permainan

Ada taman permainan yang agak besar disini. Kanak-kanak bole bermain dengan gembira. Peralatan mainan pon bersih dan terjaga

8-SHELL

Stesen minyak shell akan dibuka dalam masa terdekat. Nampak gaya macam lagi sebulan dua sebab semuanya dah hampir siap dibina.

Hentian ni kurang mendapat sambutan sebab ada yang kata hentian ni berhantu. Aku rasa dah lebih 20 kali aku singgah di hentian ni. Waktu malam la paling kerap. Tak pernah pon terserempak dengan hantu.
Lagi 1,pekerja kat sini bekerja 24 jam sehari. Tak ada pon aku dengar cerita mereka pernah terserempak dengan hantu. Jadi,hentikan khabar angin yang tak betul dan manfaatkan kemudahan yang disediakan.

#Singgah sekali pasti akan singgah lagi lain kali.percayalah.

Facebook : Mat Yoe

Rezeki RNR Perasing

Sebelum ini ramai peniaga di RNR Perasing mengadu kurang mendapat pelanggan kerana cerita hantu yang tular. Tetapi sekarang ramai yang singgah, ini yang dinamakan rezeki. Semoga semua dipermudahkan ..

Sumber dari KLViral