Dar4h bab! segar ramuan rahsia Laksa Penang terkenal?

SEJAK semalam tular keratan akhbar The Star versi cetak tentang resepi rahsia turun temurun Laksa Penang oleh sebuah keluarga di Pulau Pinang yang menggunakan d4rah b4bi segar sebagai salah satu ramuan penyediaan kuahnya.

Dar4h bab! segar ramuan rahsia Laksa Penang terkenal?

Dalam artikel itu, menceritakan bagaimana resepi rahsia Laksa Penang keluarga Tan tiba di Kuala Lumpur dalam tahun 1996. David Tan diminta menguruskan warung laksa makcik iparnya yang terletak di Seksyen 2, Petaling Jaya Selangor.

Selepas makciknya meninggal, David Tan mula membuka perniagaannya sendiri. Namun dia tidak dapat mengekalkan resepi asal keluarganya 100 peratus.

“Ketika di Pulau Pinang kami masak menggunakan d4rah b@bi segar,”

“Tapi di Kuala Lumpur pembekal tidak menjual d@rah (bab1) segar,”

“Jadi kami terpaksa membeli (dar4h bab!) berbentuk kiub dari mereka,”

“Darah babi dipercayai mempunyai ciri-ciri kesihatan,” katanya.

Artikel ini sebenarnya merupakan artikel lama yang pernah disiarkan juga dalam portal The Star, bertarikh 2 Jun 2016. Individu yang mula-mula menyebarkan artikel ini ialah salah seorang pemimpin PAS, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Dar4h bab! segar ramuan rahsia Laksa Penang terkenal?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), juga telah memberi maklum balas berhubung perkara ini. JAKIM telah mengesahkan bahawa “Penang Famous Laksa” memang tidak mempunyai sijil Halal.

“Merujuk kepada laporan akhbar The Star pada 2 Jun lalu, perakuan mengenai penggunaan darah b4bi dalam hidangan yang dijual di gerai di SS2, Petaling Jaya dibuat sendiri oleh peniaga berkenaan David Tan,”

“Untuk makluman pengguna, gerai jualan ini tidak pernah memiliki atau diberikan sijil pengesahan halal Malaysia,” kata Bahagian Hab Halal Jakim seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Menu Kari B4bi hotel ada tulisan halal, netizen cari kepastian

Kemudian tersebar pula di media sosial gambar menu kari bab! ada gambar karikatur babi berwarna pink, dan logo Hotel Earl’s Regency, namun diletakkan tulisan halal berwarna hijau.

Gambar itu mula tular di media sosial selepas dimuat naik oleh halaman Facebook

“Menu trending #MalaysiaBaru nama hotel kau orang boleh tengok sendiri, menu dia pun kau orang boleh nilai sendiri, hati-hati tau, Jangan salah memilih hotel, tak pasal-pasal dapat bala,”

“Kita tunggu je kenyataan dari kerajaan negeri PH tu jawab, dengar cerita Mujahid dah siap sedia nak buat spin! Makin hancus!” tulis halaman Facebook itu mengaitkan menu babi berkenaan dengan kerajaan Pakatan Harapan.

Dar4h bab! segar ramuan rahsia Laksa Penang terkenal?

Penyebaran gambar itu berjaya mencetuskan kemarahan orang ramai sekaligus menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan. Menteri Hal Ehwal Agama di JPM, Dr Mujahid Yusof Rawa juga turut menjadi bahan kutukan netizen berhubung perkara itu.

Dar4h bab! segar ramuan rahsia Laksa Penang terkenal?

Dar4h bab! segar ramuan rahsia Laksa Penang terkenal?

Namun, gambar yang disebarkan oleh halaman Facebook itu sebenarnya tiada kaitan dengan negara Malaysia.

Aku buat semakan, gambar itu pernah disebarkan sebelum ini di Hyderabad, India oleh laman Facebook “Andhra Pradesh Muslim Community” pada tarikh 15 Oktober 2018.

Dar4h bab! segar ramuan rahsia Laksa Penang terkenal?

Hotel Earl’s Regency yang menghidangkan kaki babi berlogo halal itu sebenarnya terletak di Sri Langka. Hotel itu juga telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf berhubung perkara itu pada 11 Oktober 2018.
Dar4h bab! segar ramuan rahsia Laksa Penang terkenal?

Laman facebook ternyata dengan sengaja sebar berita palsu perbodohkan orang ramai, malangnya ramai orang yang berjaya diperbodohkan. Apa pun, elok disiasat dahulu sebelum sesuka hati menghukum mana-mana pihak. Kalau kerajaan buat benda bagus kita sokong, benda yang menyusahkan baru la kita buat teguran.

Sumber dari Milo Suam