Restoran ‘mamak’ kant0i siang biawak ketika operasi oleh penguatkuasa.

KPDNHEP Selangor serbu restoran ‘mamak’ siang biawak

Satu pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah restoran yang didakwa menyamar sebagai restoran mamak Islam yang menjual makanan halal.

Dalam satu kenyataan, KPDNHEP Selangor memaklumkan serbuan dilakukan berikutan aduan yang tular di media sosial mendakwa pekerja restoran tersebut menyiang biawak di kedai tersebut selain mengantungkan gambar ayat suci al-Quran bagi mengaburkan mata pengunjung.

Serbuan yang dilakukan bersama anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mendapati restoran yang terletak di Jalan Harmoni Indah 1 Balakong di Selangor itu tidak lagi beroperasi.

Restoran ‘mamak’ kant0i siang biawak ketika operasi oleh penguatkuasa.

Papan tanda di hadapan restoran tersebut juga telah diturunkan selain pintu pagar hadapan dan belakang telah ditutup dan dikunci dengan mangga.

Seorang pengguna Abdul Rahim Manan dalam satu hantara di Facebook sebelum ini mendakwa restoran berkenaan menyamar sebagai kedai mamak Islam dan mengantungkan ayat-ayat al-Quran.

Beliau turut memuat naik satu rakaman video mendakwa seorang pekerja restoran itu sedang menyiang seekor biawak di restoran tersebut

Restoran ‘mamak’ menyamar Islam tetapi buat upacara sembahyang Hindu

Teknik penyamaran pemilik restoran mamak yang dimiliki orang bukan Islam bukanlah baru. Pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan.

Restoran ‘mamak’ kant0i siang biawak ketika operasi oleh penguatkuasa.

Tular video dalam media sosial Restoran mamak milik hindu atas nama Bismillah Biryani lokasinya tidak diketahui.

Sebelum ini banyak restoran mamak tertangkap kerana memperdaya orang Islam kononnya halal tetapi sebaliknya malah menyediakan makanan yang kotor.

Modus operandi restoran mamak ini ialah mereka mengaku  kononnya adalah penganut agama Islam tulen.

Namun rata-rata serbuan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan KPDNHEP pekerja restoran ‘mamak’ muslim disoal siasat langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.

Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.

JAKIM dan KPDNHEP perlu menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap penipuan penyamaran kedai mamak seperti orang Islam tetapi sebaliknya.

Sumber: LubukCerita