“Patut La Marshall Kena Tolak Kepala, Perempuan Pun Dia Sepak Macam Tu Je”. Kantoi VR Tendang Seorang Wanita Di Litar Pula.

Dalam perlumbaan motosikal Grand Prix yang berlangsun di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan pelumba lagenda hidup Valentino Rossi terjatuh ketika perlumbaan berbaki 5 pusingan dan memberi laluan mudah kepada Marq Marquez untuk muncul juara.

Namun Rossi kembali bangkit untuk menamatkan perlumbaan di tangga ke-18 bagi tidak mengecewakan peminat beliau yang hadir membawa panji-panji kuning yang tertera nombor keramat 46. Semangat 46?

Usai tamat perlumbaan, Rossi telah menghentikan jenteranya dan menyantuni peminat beliau yang hadir dengan melambai-lambai tanda penghargaan.

Marshall : Rossi nak selfie.

Ketika itu Marshall yang bertugas telah menyerbu Rossi kerana teruja melihat lagenda hidup itu dan ada yang mahu berswafoto lalu terjadi lah insiden ini.

Rossi : Ini makan dia

Rossi telah menolak kepala Marshall yang mahu berswafoto dan kejadian ini dirakam melalui kamera di atas motosikalnya. Korang tengok dan nilai sendiri situasi ini.

Maka berlaku perdebatan insiden Rossi tunjal kepala marshall yang terdiri dari peminat, peminat fanatik, haters dan pengundi atas pagar. Inilah antara luahan sempat dicedok.

Yang membawang pasal insiden ni bukan fans dari Malaysia je tapi dari seluruh dunia.

1. Marshall datang dengan telefon ketika Rossi sedang melambai-lambai. Itu tindakan tepat.

2. B*bi hanat punya Rossi. Malaysia ni banyak peminat kau. Tunjal2 kepala cib*i

3. Kita adalah sama, tak kisah kau Marshall atau kau Rossi, tak perlu kot nak tunjal-tunjal orang lagu tu. menegejutkan.

4. Apa aku suka pasal video ni Rossi bukan saja tunjal kepala marshall je, dia ada tolak sorang lagi. Marshall kedua tak buat salah menda kot.

Marshall kedua ni kena tolak ketepi je. Tak kena tunjal.

5. Marshall nak gambar untuk Instagram beliau tapi Rossi tolak marshall tu sebab nak menyantuni peminat di litar.

6. Valentina Rossita, whats your excuse now? Too much pressure? MM93 was pushing hard? Shame on you, The marshall only wanted to congratulat you…

Sementara itu, dalam perebutan rookie terbaik, pelumba negara Hafizh Syahrin nyata tidak menghampakan peminat di tanah air apabila menamatkan aksi dalam kelompok 10 pelumba terbaik, iaitu di kedudukan kesepuluh dengan meraih 6 mata berharga.

Namun, pesaing rookie paling hampir, Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) pun tidak jauh  ditinggalkan, iaitu di tempat ke-12 dengan mengumpul 4 mata.

Jadi, secara keseluruhan, Hafizh masih di belakang Morbidelli dengan beza 10 mata. Cuma keajaiban mampu melakarkan sejarah buat Hafizh di Sepanyol, dua minggu nanti.

Valentino Rossi kantoi menendang seorang wanita di litar

Rossi, kantoi ditangkap  pada pagi ini di litar Cheste, membuat pusingan, memberikan tendangan , dalam kes ini, tidak kepada Marquez, tetapi kepada seorang wanita kerana menghalang laluannya  di paddock.

Dirakam oleh kawan yang baru menghantarnya kepada saya.
Sila kongsi supaya pemandu ini berhenti menjadi sombong kata orang yang memuat naik video

Insiden “tendangan” oleh Valentino Rossi terhadap penonton yang juga peminat setianya bernama Ana Cabanillas sebelum bermula balapan MotoGP Valencia pada Sabtu lepas menjadi berita buruk buat Rossi.

Isu tersebut diajukan ke Mahkamah Valencia walaupun pada awalnya, Cabanillas mengaku tidak perlu mendakwa Rossi.

“Jika bukan kerana disengajakan, saya akan menerima permintaan maaf, tapi setelah menonton video, saya melihat itu bukan sekadar tendangan, tapi dia juga memukul saya dengan sengaja menggunakan siku.

“Itu saya tak dapat terima,” kata Cabanillas kepada COPE Radio seperti dilaporkan berita sukan CNN.

Sumber Tuttomotoriweb menulis, Mahkamah Valencia mengesahkan menerima tuntutan terhadap Rossi.

Insiden Canabalis yang mahu mengambil gambar selfie di padok Litar Valencia sebelum Rossi beraksi di balapan berakhir dengan dia ditolak ke tepi oleh pelumba dunia itu.

Ketika itu Rossi bersama pembonceng salah seorang kru Movistar Yamaha cuba menuju padok Yamaha melewati sekumpulan penonton dan peminat dengan Cabanillas membelakangi Rossi untuk mengambil foto selfie.

Melalui video Rossi terlanggar Cabanillas dan terlihat menendang wanita warga Puerto de Santa Maria, Andalusia itu.

Rossi meminta maaf sebelum ini melalui media selepas dia hanya mampu meraih tempat keempat pada balapan GP Valencia, Ahad lepas.

“Saya meminta maaf kepada wanita itu. Seperti saya katakan sebelum ini, sukar saya menuju padok dalam keadaan seperti itu.

Tambah Rossi, “terutama di Valencia banyak orang yang mengejar saya untuk mengambil foto ada yang cuba mencuri topi saya.

Kata Rossi, “dalam situasi seperti itu mereka harus memahami hal seperti ini terjadi.” – Sarawakvoice