‘Selamat jalan wiraku’ – Mufti sahkan Abdul Bari syahid.

WALAUPUN saling tidak mengenali, orang ramai yang bersimpati dan kagum dengan sifat terpuji serta keberanian Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, tidak mahu melepaskan peluang mengikuti majlis pengbumian Allahyarham dan memberi penghormatan terakhir.

Kehadiran lebih 500 ahli keluarga, saudara mara, rakan dan orang awam dalam keadaan cuaca panas terik itu membuktikan mereka mahu menjadi sebahagian yang mengiringi pemergian wira yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, hari ini.

Malah, suasana sedih melihat raut wajah insan kesayangan Abdul Bari yang kehilangan anak tersayang turut meruntun hati orang ramai yang berada di tanah perkuburan itu.

Dalam suasana pilu itu, jenazah Abdul Bari selamat dikebumikan jam 2.15 petang di tanah perkuburan itu.

Ibu bapa Allahyarham, Mohd Mustafa, 66, dan Masitah Awang, 60, dilihat sugul tetapi tenang menyaksikan upacara pengebumian.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, termasuk Ketua Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail dan Pengarah JBPM negeri, Azlimin Mat Noor.

Terdahulu, jen4zah Abdul Bari Asyraf dibawa ke Masjid Kampung Merbau Patah bagi menyempurnakan solat j3nazah selepas jemaah menunaikan solat Zohor kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Solat jenazh dipimpin Imam Masjid Kampung Merbau Patah, Abdul Muim Khatib Mohamed.

Abdul Bari ditemui lemas jam 7.23 pagi tadi di muka kuala Sungai Terengganu, kira-kira 2.5 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan hilang selepas membantu menyelamatkan lima beranak dalam insiden pacuan empat roda Mitsubishi Storm terjunam ke sungai berkenaan, malam kelmarin.

May4t Abdul Bari ditemui dalam keadaan terapung oleh pasukan penyelamat dan orang ramai.

Budi Abdul Bari tidak terbalas. Dia syahid – Mufti

KESUNGGUHAN dan kegigihan Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, menyelamat bukan sahaja bagaikan memberi ‘nyawa baharu’ tetapi budi yang tidak akan terbalas selamanya.

Nordiana Alwani Jaafar, 33, seorang daripada mangsa kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu pada Jumaat lepas berkata arw4h adalah orang pertama yang muncul untuk menyelamat.

Nordiana Alwani berkata beliau masih teringat-ingat bagaimana reaksi Allahyarham di dalam air yang bagaikan memberi semangat supaya menyelamatkan diri.

“Paling tidak dapat dilupakan tindakan pantas menyelamatkan anak saya yang berusia tiga tahun,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, Ahad.

Selain beliau, ibu tirinya, Suryati Rosli, 37, adik ibu tirinya, Asmaa Rusly, 23, anaknya, Iman Nur Hana Luthfia Mohd Amiruddin, 3, dan adiknya, Safawani Jaafar, 11, berada di dalam kenderaan tersebut dan tiga daripada mereka berjaya diselamatkan oleh Allahyarham.

Menceritakan kejadian tersebut, Nordiana Alwani berkata ketika itu apa yang difikirkannya hanyalah m4ti namun kehadiran Abdul Bari Asyraf menaikkan semangatnya dan perkara pertama yang dilakukan adalah menyerahkan anaknya yang berusia tiga tahun kepada arw4h.

“Kejadian berlaku terlalu pantas dan dalam sekelip mata sahaja kenderaan sudah tenggelam ke dasar.

“Selepas kereta terjunam ke dalam sungai, saya dan ibu tiri segera membuka tingkap di bahagian kiri dan kanan tempat duduk hadapan dan dalam masa sama nampak orang (Abdul Bari Asyraf) terjun ke sungai untuk membantu menyelamat,” katanya.

Katanya ketika kejadian itu, arwah dilihat kepenatan tetapi tetap gigih meskipun berulang kali terjun ke sungai terutama apabila melihat orang awam lain yang turut sama menyelamat sudah mengalami kekejangan otot.

Nordiana Alwani yang dibenarkan keluar dari hospital kira-kira 10 pagi tadi turut menemui keluarga arw4h hingga menarik perhatian orang awam apabila dilihat menangis sambil memeluk keluarga terdekat arw4h sambil mengucapkan permohonan maaf serta terima kasih berkali-kali.

Ibu Abdul Bari Asyraf, Masitah Awang, 60, yang turut ditemui berkata walaupun sedih kehilangan anak ketiga daripada lapan anaknya itu, beliau tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya anaknya ditemukan dan dapat dikebumikan.

Katanya, arw4h yang masih bujang dan bekerja sebagai jurukimpal itu adalah seorang yang periang dan disenangi rakan dan taulan.

“Meskipun hanya mampu melihat jasadnya yang kaku, tetapi saya tetap bersyukur kerana anak saya ditemui. Kami telah berkampung di lokasi kejadian sejak malam Jumaat dan akan pulang sekejap ke rumah pada awal pagi untuk solat Subuh sahaja,” katanya.

J3nazah Abdul Bari Asyraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah di sini kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.

Suasana pilu menyelubungi hampir 500 anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk kampung yang hadir.

Sebelum itu, jen4zah Allahyarham telah disembahyangkan di masjid kampung sama selepas solat Zuhur.

PEMUDA yang terk0rban m4ti lem4s kerana menyelamatkan empat sekeluarga dalam kenderaan pacuan empat roda yang terjunam di Sungai Terengganu, malam Sabtu diiktibarkan sebagai syahid.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pengorbanan Abdul Bari Asyraf Mohd untuk menyelamatkan mangs4-m4ngsa insiden berkenaan adalah amat mulia.

“Dan dengan izin-Nya, termasuk dalam kategori syahid, insyaAllah. Ini berasaskan kepada nas hadis Riwayat al-Bukhari bermaksud orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang m4ti kerana taun, penyakit perut, l3mas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Abdul Bari Asyraf atas pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Zulkifli turut mencadangkan agar keluarga Abdul Bari dan anggota penyelamat yang lain diberikan anugerah setimpal dengan keberanian dan akhlak mereka yang disanjung tinggi.

“Almarhum adalah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya yang terpuji.

“Alhamdulillah di sebalik musibah ini, Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohi almarhum,” katanya.

May4t pemuda berusia 31 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan terapung di kawasan muka kuala Tanjung, Sungai Terengganu iaitu kira-kira 2.5 km dari lokasi kejadian kira-kira pukul 7.24 pagi Ahad.

Jen4zah Abdul Bari Asyraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.

Suasana pilu menyelubungi hampir 500 anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk kampung yang hadir.

Sumber dari mStar