Selepas Emma Maembong buat tindakan mengejut dengan tidak lagi berhijab. Ini reaksi keluarga Emma

KUALA LUMPUR – Pelakon Emma Maembong mengesahkan dirinya sudah tidak bertudung sejak tiga hari yang lalu selepas lima tahun mengenakan hijab.

Hari ini, industri hiburan terlupa sikit tentang kehangatan Anugerah Juara Lagu 33 yang berlangsung Ahad lalu terutama persembahan Sufian Suhaimi.

Ini apabila pelakon jelita Emma Maembong tampil membuat pengakuan sudah lagi tidak bertudung apabila berada di khalayak umum sejak tiga hari yang lalu.

Emma Maembong mengumumkan hal ini di portal Berita Harian petang tadi menerusi satu temubual eksklusif.

Pengakuan itu didedahkan secara eksklusif kepada sebuah portal sebentar tadi dengan mengatakan bahawa keputusan itu bukanlah satu tindakan yang baik.

Emma dalam pada itu menafikan keputusannya untuk bertudung sebelum ini adalah kerana mengusahakan perniagaan tudung.

“Perniagaan tudung dibuat ketika saya belum lagi menutup kepala. Secara peribadi, saya suka membeli tudung dan selendang, malah mempunyai sedikit bakat melukis, termasuk menjadikan tudung sebagai kanvas lukisan,” katanya.

Bahkan pelakon drama Isteri Separuh Masa itu menafikan tindakan tersebut dibuat berikutan terkesan dengan kontroversi gambar panas membabitkan dirinya yang tular baru-baru ini.

“Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datangnya daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala biarlah antara diri saya dan Tuhan. Selepas ini saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah, pasti ada ujian menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman. Ia bukan contoh yang baik dan jangan ikut apa yang saya lakukan.

“Dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun saya tewas dan kemudian perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang tetapi saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail itu turut mengakui keputusan itu sukar diterima ahli keluarganya.

“Akan tetapi mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Namun itu tidak bermakna mereka menggalakkan saya membuka tudung. Keluarga sangat berharap suatu hari nanti agar saya kembali istiqamah, katanya.

Terbaru! Emma Maembong Akhirnya Muat Naik Gambar ‘Free Hair’ di Instagram

Selepas Emma Maembong buat tindakan mengejut dengan tidak lagi berhijab. Ini reaksi keluarga Emma

Beberapa jam yang lalu, Emma telah memuatnaik sekeping gambar tidak bertudung malah terlihat tersenyum bersama keluarga di Instagramnya. Hal ini telah menjadi bualan netizen di ruangan komen dan mempersoalkan tindakannya itu. Ramai yang kecewa kerana Emma kelihatan sangat cantik dan sopan apabila berhijab.

Sebelum ini, seorang pelakon popular yang juga sepupu Emma Maembong iaitu Uqasha Senrose pernah mengejutkan industri hiburan tanah air apabila membuat pengumuman tidak lagi bertudung. Kali ini memang tak disangka Emma pula berbuat sedemikian.

Hakikatnya, netizen ni pandai menegur dan sangat suka isu-isu begini sedangkan diri sendiri pun belum tentu elok. Memang lajulah nak kec4m dan lontarkan kata-kata kes4t.

Namun setakat ini, dari komen-komen yang ditinggalkan, tiada sebarang ulasan atau respon daripada Emma ataupun ahli keluarganya. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik sahaja.

Sumber dari Berita Harian