Sempat bisik kalimah Allah sebelum suami ‘pergi’ buat selamanya

“SAYA segera ke hospital sebaik menerima berita dan sangat sedih melihat da®ah mengalir laju daripada kepala suami.

“Saya sempat beberapa kali membisikkan kalimah Allah di telinganya sebelum keluar dari bilik ke¢emasan,” kata Ruzilawati Hussin, 32, yang kehilangan suami akibat kemal4ngan di Kilometer 97, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan atas Jambatan Paka, Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 9.45 pagi itu, Shamsul Norkhairul Anuar Ali, 32, m@ut selepas motosikal ditungganginya berlangg4r dengan motosikal lain. Beliau yang p4r4h di bahagian kepala dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, m@ngsa yang juga seorang penyelia sebuah syarikat kejuruteraan disahkan men!ngg4l dunia pada jam 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Sewaktu kejadian, m@ngsa yang beralamat dari kampung Padang Jambu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di kawasan industri Kerteh.

“Bagaimanapun, motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lagi motosikal ketika tiba di Jambatan Paka.

“Jen4zah mangs@ yang siap dibedah siasat diserahkan kepada keluarga untuk dikebum!kan, manakala seorang lagi m@ng$a turut dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana c3dera p4rah,” katanya.

Sempat bisik kalimah Allah sebelum suami 'pergi' buat selamanya

Ruzilawati berkata, suaminya seorang penyelia syarikat kejuruteraan dalam perjalanan pulang dari bekerja di kawasan Industri Petrokimia di Kerteh.

“Dia keluar dari rumah kira-kira 7 pagi dan beritahu perlu menyiapkan kerja sekejap dan akan pulang segera.

“Saya mendapat panggilan daripada rakan suami kira-kira 10 pagi yang memaklumkan suami terbabit kem*langan dan bergegas ke tempat kejadian, namun suami sudah dihantar ke Hospital Dungun,” katanya.

Beliau berkata, Shamsul Norkhairul seorang suami yang baik dan sanggup memilih untuk tidak bekerja tetap dengan syarikatnya kerana mahu manjaga ibu yang menghidap sakit jantung selain anak mereka, Muhammad Rafique Ikhwan, 8, yang menghidap Talasemia.

‘Ya Allah, isteri ku…’

Dalam kes berasingan, nahas 7 pagi semalam, Mohd Fakrul, 25, bersama isterinya, 37, dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke Kuala Lumpur.

Dia yang memandu kereta Proton Wira dipercayai terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya sebelum keretanya berpusing sehingga menyebabkan isterinya terc4mpak keluar.

“Saya dalam perjalanan dari kampung saya di Kuala Nerus untuk balik ke Kampung isteri di Teluk Gong Klang, Selangor.

“Saya tak tahu bagaimana kema1angan terjadi, namun sebaik sedar saya dapati kami terbabit kema|angan dan isteri saya tiada di dalam kereta… rupanya dia tercampak keluar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

“Mana isteri saya, macam mana kejadian ini boleh berlaku,” kata Mohd Fakrul Razi Awang Salleh, mangsa kem4langan di Kilometer 324.7, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2, dekat Kerteh, yang turut mer4gut nyawa isterinya, Rohana Zaini.

Mohd Fakrul yang ketika itu sedang dibawa keluar anggota bomba akibat tersepit di tempat duduk pemandu, tidak menyedari isterinya tercampak keluar dari kereta dan men!ngga1 dunia di tempat kejadian.

Sebaik dibawa keluar dan dibawa di atas pengusung oleh kakitangan perubatan menuju ke ambulans, Mohd Fakrul terlihat jasad isterinya di atas jalan raya.

“Berhenti sekejap, ya Allah isteri ku, saya nak lihat j3nazah isteri saya seketika kerana selepas ini saya tak dapat lagi melihatnya,” katanya kepada kakitangan perubatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Said Ibrahim berkata, Mohd Fakrul yang cedera di kepala dan kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Katanya, isteri m*ngsa meningg*l dunia di tempat kejadian dan jenaz*hnya dibawa ke Bilik Forensik Hospital yang sama untuk siasatan lanjut.

“Kita percaya ketika kejadian, m*ngs4 duduk di bahagian belakang tempat duduk pemandu sebelum tercampak keluar kira-kira 10 meter ke tengah lebuh raya.

“Kejadian itu disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber dari Berita Harian