Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Seorang wanita di Twitter memberitahu bahawa suaminya mendapati wang tunai RM 8 yang diberikan oleh penumpang untuk membayar tambang Grab telah bertukar menjadi daun kering.

Menurut wanita itu, dalam kejadian di Ipoh, suaminya positif yang diterima ialah lapan keping not kertas RM 1 tetapi apabila melihat dalam dompetnya kemudiannya, terdapat lapan helai daun kering yang telah menggantikan kepingan not tersebut.

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Lapan daun mewakili tambang RM 8

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Cakap loghat Indonesia.

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Penumpang seorang wanita

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Wanita itu suka gelak

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Pernah bawa nenek hilang dalam perjalanan

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Macam-macam cerita mengenai pengalaman pemandu Grab. Disebabkan terdapat ramai penumpang dengan pelbagai latar belakang, tidak mustahil perkara seperti ini boleh berlaku.

Sumber: @nardnarcotic via amazing nara

Pemandu Uber Kongsi Pengalaman Seram Ambil ‘Penumpang’ Di Kubur Mount Erskine, Pulau Pinang

Kalau dulu selalu kita dengar pemandu teksi menceritakan pengalaman mistik semasa mengambil penumpang pada waktu malam, kini pemandu Uber juga mengalami pengalaman yang sama. Kecanggihan teknologi bukanlah batas bagi seseorang untuk tidak diganggu perkara mistik. Hantu-hantu sekarang dah maju oi!

Melalui perkongsian Penang Kini di laman Facebook, seorang pemandu Uber telah dihubungi untuk mengambil seorang pelanggan di Mount Erksine pada pukul 12 tengah malam, namun di sebuah lokasi yang tidak diketahui. Dengan berpandukan peta pada aplikasi Uber, pemandu tersebut telah menerima permintaan si pelanggan dan bergerak ke tempat yang ditandakan pada peta.

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Aku terus saja ikut arah yang peta tu bawa aku. Sampai-sampai aku tengok depan mata aku adalah kvbur cina.” Aku dah mula hairan tapi aku layan dulu mana tahu pelanggan tu baru lepas siram kvbur mak dia, kan?”

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Yang lebih menarik, peta di aplikasi telefonnya juga menunjukkan dia sudah sampai di destinasi yang betul. Pun begitu, setelah lama menunggu di dalam gelap masih tiada sesiapa yang menghadirkan diri ke kenderaannya.

Oleh kerana curiga dengan apa yang berlaku, lelaki tersebut membuka bahagian info pelanggan di aplikasi Uber. Namun tiada apa yang tertera di situ cuma nama panggilan bertulis ‘JOI’ yang telah diterimanya dan membawa dia ke tempat tersebut.

Lepas tu tiba-tiba aplikasi Uber aku jadi offline. Aku tunggu lagi lima minit mana tahu dia pun baru nak turun dari kvbur ke atau baru keluar rumah.” Tapi pelan-pelan aku rasa bau wangi macam ada sesuatu dalam kereta aku. Aku dah mula rasa lain dah ni.”

Tapi nak sedapkan hati aku, aku layan saja cakap seorang diri, ‘Aku dah sampai sini siapa nak bayar trip aku ke sini ni, haa?”

Namun apabila pemandu tersebut menekan butang start trip semula tiba-tiba saja aplikasi tersebut mengatakan dia sudah sampai ke destinasi yang ingin dituju pelanggan misteri tersebut. Peta pula sudah menunjukkan tanda drop off yang bermaksud pelanggan tersebut sudah sampai ke destinasinya.

Tapi yang jadi tanda tanya, dekat peta ini keluar alamatnya yang nak turun di ‘unknown’. Dan kalau kau fikir balik dan perhatikan peta, kau tengok jaraknya 0.01 km dari jarak tempat dia dengan destinasi unknown dia tu. Gila apa jarak macam tu kau nak naik Uber?”

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Seram : Pemandu Grab Terkejut Wang Dibayar Oleh Penumpang Bertukar Jadi Daun Kering

Disebabkan pemandu tersebut sudah merasa pelik, dia mengambil keputusan untuk keluar dari jalan tersebut dan singgah di stesen minyak yang lebih kurang 5 km jauhnya dari situ. Dia kemudian ke tandas seketika dengan harapan bau wangi yang semerbak di dalam keretanya itu akan hilang, namun ia masih tidak hilang-hilang juga.

Aku syak ada benda dari kvbur tu ikut aku. Lepas tu, aku dah malas nak layan dan buang masa sebab sumpah seram sejuk dah masa tu. Aku beranikan juga cakap semasa aku nak masuk kereta.”

Aku nak balik dah ni. Hang turun jangan ikut aku, aku nak balik.”

Dengan bacaan bismillah dan Ayatul Kursi, bau wangi tersebut hilang dalam jangka masa lima minit. Walaupun begitu, bagi pemandu Uber tersebut ia merupakan sebuah pengalaman yang buruk sepanjang dia menjadi pemandu Uber selama setahun ini.Tapi itu bukan melemahkan semangat aku untuk tetap menjadi pemandu Uber untuk cari rezeki. Dia pun makhluk macam kita, buat apa nak takutkan. Ingat Allah ada saja.”

“Cuma aku nak pesan dekat kau orang dan juga diri aku selepas ni, kalau tengah malam peta dah bawa masuk jalan gelap pedalaman pelik, baik kau u-turn je la. Takut ‘benda tu’ atau orang nak rompak ke apa,” tambahnya lagi. Ada betul cakap dia tu…

Sumber : lobak merah