Setelah Dua Bulan ‘Pemergian’ Adib, Rakan Setugas Bongkar Apa Sebenarnya Yang Berlaku Pada Malam Kejadian

Seorang anggota bomba memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam bahawa dia mendengar orang awam menjerit dan meluru ke arahnya sambil berkata, ‘jangan padam, puk0l bomba,’ pada ins1den rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.

Mohd Sharol Anuar Kamarudin, 27, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya berkata, dia turut melihat beberapa orang awam bersenjatakan batang besi panjang, objek seperti pedang samurai dan batu-bata.

Dia berkata, ia berlaku selepas dia turun dari jentera Fire Rescue Team (FRT) sebaik kenderaan itu tiba di lokasi bagi memadamkan kebakaran kereta dalam rusuhan berkenaan.

Saksi ketujuh inkues itu berkata, dia sebelum itu menaiki jentera FRT bersama penyelia, Badrul Hisyam Salim dan lima lagi rakannya ke lokasi, selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di situ pada 1.02 pagi.

Dia yang sudah bertugas selama tiga tahun sebagai anggota bomba berkata, FRT itu diikuti di belakang oleh van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dipandu Ahmad Shahril Othman, 36 dan dinaiki Muhammad Adib Mohd Kassim.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah pada hari keempat inkues kematian Muhammad Adib.

ZHAFRAN: Jadi, apabila tiba di lokasi. Bagaimana keadaan dan apa yang kamu nampak?

SHAROL: Sampai di lokasi, saya terus buka pintu dan terjun.

ZHAFRAN: Sebelum terjun. Kamu duduk di sebelah kiri (FRT). Boleh nampak, apa di luar?

SHAROL: Pada masa itu, ada kereta banyak ‘parking’.

ZHAFRAN: Apa kamu nampak sebelah kiri belakang kerusi penumpang?

SHAROL: Saya nampak banyak kereta ‘parking’. Ada empat atau lima orang.

ZHAFRAN: Kamu kata kamu terus terjun keluar. Selepas itu?

SHAROL: Saya nampak ada tiga orang meluru ke arah saya.

ZHAFRAN: Ada mereka buat apa- apa?

SHAROL: Saya nampak besi seperti batang besi (palang) jaring takraw. Ada besi panjang macam pedang samurai… panjang.

ZHAFRAN: Apa lagi yang kamu nampak?

SHAROL: Batu- bata lah.

ZHAFRAN: Selain itu, ada orang lain?

SHAROL: Belakang tiga orang, ada orang lain.

ZHAFRAN: Di belakang itu, ada berapa orang?

SHAROL: Tak pasti, tapi ramai. Lebih kurang 100 orang kot.

ZHAFRAN: Apa perasaan kamu?

SHAROL: Tergamam. Kita nak pergi padam api. Saya dengar dia cakap macam ugut.

ZHAFRAN: Ingat tak apa yang dia kata?

SHAROL: Yang saya dengar dia kata, ‘jangan padam, puk0l bomba’. Terus saya naik (FRT) balik.

Saksi itu berkata, selepas menaiki FRT, dia mendengar hentaman dari arah depan FRT sebelum cermin hadapan jentera itu pecah.

Katanya, pemandu FRT, Md Elliza Mohd Noor berkata, ini sudah melampau dan Badrul menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) dan menyatakan, ‘kami diserang’.

Selepas itu katanya, jentera FRT mengundur sambil ada bunyi hentaman di sebelah kiri dan kanan jentera berkenaan.

” Selepas itu, saya nampak van EMRS dikerumuni orang ramai. Selepas itu, saya tak nampak apa-apa dah,” katanya.

Menjawab satu soalan lain Zhafran, Mohd Sharol berkata, mereka hanya menyedari kehilangan Muhammad Adib, sebaik jentera FRT dan van EMRS, berjaya meninggalkan tempat kejadian.

Katanya, ada seorang anggota lain cuba menghubungi Muhammad Adib menerusi telefon bimbit tetapi panggilan tidak berjawab.

” Call sekali lagi ada orang angkat. Dia kata Adib dihantar ke hospital, (keadaan dia) 50-50),” katanya.

Saksi tidak sedar Adib hilang dalam kejadian

Mahkamah Koroner Shah Alam diberitahu ‘kehilangan’ anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kasim hanya disedari selepas van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan jentera Fire Rescue Tender (FRT) tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

“Saya tak perasan di mana  Adib, saya hanya dengar bunyi riuh-rendah, van EMRS digoyang, diketuk sekumpulan orang awam,” kata seorang saksi pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba itu.

Setelah Dua Bulan ‘Pemergian’ Adib, Rakan Setugas Bongkar Apa Sebenarnya Yang Berlaku Pada Malam Kejadian

Pemandu van EMRS, Ahmad Shahrill Othman memberitahu bahawa dia tidak tahu di mana Muhammad Adib ketika van yang dipandunya berpusing sebelah kiri akibat dil4nggar dari belakang oleh jentera FRT yang ketika itu berundur akibat diserbu sekumpulan 50 orang awam.

Saksi ketiga itu berkata beliau juga tidak nampak sebarang senj4ta yang digunakan peru5uh dalam insiden itu.

Terdahulu, mahkamah juga memberikan sebuah jentera FRT mainan dan kenderaan EMRS mainan kepada saksi itu bagi menjelaskan insiden berkenaan.

“Sepanjang insiden itu iaitu dari FRT mengundur dan menghimpit van EMRS sehingga berpusing saya langsung tidak nampak kelibat Adib dan tidak mendengar suara Adib. Hanya kedengaran suara riuh rendah saja.

Kemudian saya terus menekan minyak menuju ke arah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk meminta bantuan. Saya parkir van di perkarangan IPD berkenaan dan terkejut apabila melihat anggota pemadaman bernama Hazim muncul dari bahagian belakang van,” katanya pada pendengaran hari kedua inkues itu.

Katanya beliau kemudian bertanya kepada Hazim “Adib mana? Adib mana?,” dan Hazim menjawab “tak tahu.”

“Seminit selepas kami sampai, jentera FRT pun sampai di IPD berkenaan. Saya tak tahu saya sampai dalam berapa minit sebab keadaan gelap, panik dan rasa macam nak m4ti. Sejurus sampai di IPD, saya baru perasaan tayar belakang sebelah kiri van yang saya pandu meletup dan cermin sisi bahagian belakang pecah..side miror pun hilang, dicabut. Terdapat beberapa topi keledar di dalam van berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah yang juga pegawai pengendali inkues itu.

Ahmad Shahrill berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana beliau boleh memandu van EMRS berkenaan dalam keadaan tayar belakang pecah.

Setelah Dua Bulan ‘Pemergian’ Adib, Rakan Setugas Bongkar Apa Sebenarnya Yang Berlaku Pada Malam Kejadian

“Selepas jentera FRT sampai di IPD, kami membuat panggilan baris (roll-call) bagi menyemak anggota, masa itulah kami sedar Adib tiada. Saya bayangkan Adib dalam jentera FRT,” katanya.

Hamdan: Apa tindakan pihak kamu selepas tiba di IPD?

Ahmad Shahrill: Kami tidak sempat membuat laporan polis kerana masa itu sistem down beberapa minit.. pihak polis masuk ke tempat rusohan bagi mencari arw4h. Pihak kami pula cuba menghubungi arw4h dan panggilan itu dijawab orang awam dan memberitahu Adib dibawa ke Hospital SJMC.

“Kami pergi ke hospital SJMC untuk melawat namun kami tak dapat tengok sebab dia dirawat di bahagian kecem4san… Selepas itu, penyelia kami Encik Badrul membuat laporan di balai polis USJ17 selepas saya menjelaskan insiden berkenaan,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota EMRS BBP Subang Jaya, par4h dalam ru5uhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Insitut Jantung Negara (IJN).

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung pagi esok.

Sumber dari MalaysiaKini