Didakwa berang anaknya didenda baca Yaasin selepas lewat ke sekolah, lelaki ini tampil beri penjelasan.

SEORANG bapa bengang kerana anaknya didenda guru dengan membaca surah Yaasin kerana terlewat datang ke sekolah sehingga anaknya itu terlepas satu subjek.

Mat Kamil Awang, pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mendakwa Al-Quran telah disalahgunakan oleh guru tersebut sebagai satu bentuk hukuman berbanding tujuan asalnya iaitu memberi petunjuk kepada semua orang.

“Inilah ajaran sesat yang diajar oleh guru-guru di sekolah. Makin lama makin ramai pelajar menolak Islam kerana tingkah laku guru yang menanam dalam minda pelajar bahawa Islam ini adalah hukuman,” katanya.

Posting Asal Di FB

Anak saya pelajar tingkatan 3, datang lewat sekolah hari ni dan kena hukuman baca Yasin dan missed satu subjek.

Apa pelajaran yang cikgu2 bangang di sekolah ni ajar?

Jawapannya adalah alQuran itu adalah HUKUMAN dan bukannya PETUNJUK. INI LAH AJARAN SESAT OLEH CIKGU2 SEKOLAH NI. Makin lama makin ramai anak2 menolak Islam adalah kerana cara cikgu2 yang tanam dalam minda pelajar bahawa Islam ini adalah hukuman.

Kes kedua, seorang bapa kepada 2 orang pelajar mengadu bahawa anak-anak nya (bertudung) di harrass oleh guru kerana IBU MEREKA TIDAK BERTUDUNG.

Kes ketiga, ada pelajar perempuan tidak solat zohor atas sebab datang haid. Maka cikgu respon “saya doakan awak datang haid berterusan supaya awak tak perlu solat seumur hidup”.

Pelajar2 tidak dibenarkan balik selagi tidak solat zohor, maka pukul 2:20pm baru boleh balik. Kononnya ini lah SEKOLAH TRANSFORMASI.

(Update: Disertakan jadual pelajar waktu masuk dan balik sekolah untuk setiap tingkatan)

#MOE
#KPM

Setelah puas ‘dibawang’ kerana berang anaknya didenda baca Yaasin selepas lewat ke sekolah, ini penjelasan lelaki tersebut.

Mat Kamil turut mendedahkan beberapa diskriminasi terhadap keluarga-keluarga pelajar yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.

“Ada satu kes, seorang bapa kepada dua orang pelajar mengadu bahawa anak-anaknya telah diperli oleh guru kerana ibu mereka tidak bertudung.

“Selain itu, ada pelajar perempuan yang tidak solat Zohor atas sebab datang haid. Maka cikgu respon ‘saya doakan awak datang haid berterusan supaya awak tak perlu solat seumur hidup’,” katanya.

Mat Kamil juga tidak berpuas hati apabila pelajar tidak dibenarkan pulang sebelum selesai mengerjakan solat Zohor setiap hari.

Isu Mat Kamil ini telah ditularkan di media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakannya yang mempersoalkan pihak sekolah

Komen Pengguna FB

Setelah puas ‘dibawang’ kerana berang anaknya didenda baca Yaasin selepas lewat ke sekolah, ini penjelasan lelaki tersebut.

– Hurmm.. Pelik tp benar. Kalo ak sebagai parents ok jer ank kena denda sb lambat. Dah form 3 pun. Dr p basuh toilet buang sampah keliling padang lg baik bc yassin.kalo hafal pun ok.. Cg Mohd Fadli Salleh III cer komen sat.

– Kalau menyanyi satu hr.. sampai x belajar pun tak kisah.. bila denda dgn membaca alquran dkatakan salah guna ajaran islam… baguih papak dia…

– Allahuakhbar.. Malu rasanye membaca komen yg sangat menyedihkn dari seorang pendidik juga.. Beragama islam pulak tu.

Setelah puas ‘dibawang’ kerana berang anaknya didenda baca Yaasin selepas lewat ke sekolah, ini penjelasan lelaki tersebut.

Ini Jawapan Tuan Punya Badan

Komen aku tak ada kena mengena dengan organisasi kerja aku. Ini adalah wall personal aku. Maka blog atau mana2 penulis yang kaitkan komen2 aku dgn organisasi kerja aku adalah blog dan penulis B4NGSAT.

Kedua-dua anak saya ada scoliosis dan anak yang tingkatan 5 kadang-kadang sakit tak dapat bangun pagi. Pada 31hb Januari 2019, kedua-dua anak saya datang lewat sedikit ke sekolah dan pada masa itu pelajar sedang berhimpun untuk himpunan pagi.

Selesai himpunan pagi, lebih dari 10 orang orang pelajar yang datang lewat tidak dibenarkan masuk ke kelas untuk memulakan pelajaran matapelajaran pada hari itu sebaliknya pelajar2 ini diarahkan ke surau untuk menjalani denda membaca surah Yasin.

Walaupun kedua-dua anak saya selesai membaca surah Yasin, mereka tidak dibenarkan ke kelas kerana masih ada pelajar lain yang belum selesai membaca. Maka anak2 saya terpaksa tunggu pelajar2 lain selesai. Apabila semua telah selesai, baru lah dibenarkan ke kelas.

Pada masa itu matapelajaran sains untuk anak saya yang akan mengambil PT3 tahun ini telah selesai. Maka anak saya telah dihalang untuk mengikuti kelas tersebut pada hari itu. Manakala anak saya di dalam tingkatan lima yang akan mengambil SPM pula dihalang dari mengikut matapelajaran Bahasa Inggeris akibat terpaksa menjalani hukuman membaca Surah Yasin.

Cikgu2 adalah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tetapi sebaliknya cikgu-cikgu sekolah ini telah cuai menjalankan amanah tersebut apabila pelajar dihalang mengikuti pelajaran dgn cara menghukum pelajar pada waktu matapelajaran diajar.

Hukum4n walhal boleh dijalankan waktu rehat atau antara pukul 1:45pm – 2:20pm dimana pelajar2 dilarang pulang selagi tidak solat Zohor.

Sumber: FB Mat Kamil Awang