“Siapa ek beliau ini lalu tol tak payah bayar?” – Padah muatnaik status kurang cerdik, wanita cantik ini teruk dikecam netizen

Nombor plat kenderaan Malaysia merupakan plat nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran plat lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Baru-baru ini, jadi tular di laman Facebook setelah status yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna telah teruk dikecam orang ramai, akibat kebodohan pengguna itu sendiri.

Status yang telah dimuatnaik oleh Mona Syamimi Mohd Samsuddin yang mempersoalkan mengapa sebuah kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran Z8 dibenarkan melalui plaza tol tanpa perlu membuat sebarang bayaran.

“Siapa ek beliau ini lalu tol tak payah bayar?” – Padah muatnaik status kurang cerdik, wanita cantik ini teruk dikecam netizen

Bodoh tu simpan sikit

Status Mona itu kemudian telah menjadi tular setelah mendapat perhatian ramai netizen. Rata-rata mereka terkejut dengan tahap pengetahuan am Mona yang rendah kerana tidak mengetahui siapakah pemilik kepada kenderaan bernombor pendaftaran Z8 itu.

“Siapa ek beliau ini lalu tol tak payah bayar?” – Padah muatnaik status kurang cerdik, wanita cantik ini teruk dikecam netizen“Siapa ek beliau ini lalu tol tak payah bayar?” – Padah muatnaik status kurang cerdik, wanita cantik ini teruk dikecam netizen

Yang ni pulak apa?

Selain Mona, turut terdapat beberapa orang pengguna yang lain yang memang selama ini tidak mengetahui fungsi kenderaan bernombor pendaftaran Z ini.

“Siapa ek beliau ini lalu tol tak payah bayar?” – Padah muatnaik status kurang cerdik, wanita cantik ini teruk dikecam netizen

Sila hadam ye kawan-kawan

Bagi mereka yang tidak mengetahui, nombor pendaftaraan kenderaan yang bermula daripada huruf Z adalah untuk kegunaan pihak tentera dan tidak boleh digunakan oleh orang awam, termasuklah anggota polis.

Untuk makluman semua, kenderaan rasmi ATM memang tak payah bayar tol.

Saya bagitahu supaya tak timbul fitnah. Bukan kereta rasmi untuk pangkat Jeneral saja yang tak perlu bayar tol, segala jenis kenderaan bermula Z. Kalau kalian kenal kereta perisai ACV 300 nama Adnan tu pun sekali la, memang tol dikecualikan.

“Siapa ek beliau ini lalu tol tak payah bayar?” – Padah muatnaik status kurang cerdik, wanita cantik ini teruk dikecam netizen

Kang ada pula nampak saya naik kenderaan tentera bermula ZL, lepas tu viralkan sebab lalu tol tak bayar. Tak baik ya. Tanyalah elok-elok. Saya betulkan tanggapan tu.

ATM ni lah yang menjaga perairan, udara, sempadan negara. Kerana mereka inilah kita semua boleh tidur lena malam-malam. Hidup tenteram pun sebab ada mereka yang bertugas tak tentu masa. Kita tak nampak apa kerja mereka tapi tanpa mereka ni, huru hara kita.

Bersyukur lah Malaysia masih aman ya.

“Siapa ek beliau ini lalu tol tak payah bayar?” – Padah muatnaik status kurang cerdik, wanita cantik ini teruk dikecam netizen

Awalan huruf plat

“Siapa ek beliau ini lalu tol tak payah bayar?” – Padah muatnaik status kurang cerdik, wanita cantik ini teruk dikecam netizen

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

  • A = Perak
  • B = Selangor
  • C = Pahang
  • D = Kelantan (Nota : D hanya diperuntukkan setelah Kelantan dan Terengganu berpisah daripada berkongsi plat T – Timur).
  • E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
  • EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
  • ES: Sandakan
  • ET: Tawau
  • ED: Lahad Datu
  • EU: Keningau
  • EK: Kudat
  • EL: Labuan
  • F = Putrajaya (mulai Jun 2016)[1]
  • G = Gagasan 1Malaysia
  • H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
  • HA : Perak
  • HB : Selangor
  • HC : Pahang
  • HD : Kelantan
  • HJ : Johor
  • HK : Kedah
  • HL : Labuan
  • HM : Melaka
  • HN : Negeri Sembilan
  • HP : Pulau Pinang
  • HQ : Sarawak
  • HS : Sabah
  • HT : Terengganu
  • HW : Kuala Lumpur
  • J = Johor
  • K = Kedah
  • KV = Langkawi
  • L = Labuan
  • M = Melaka
  • N = Negeri Sembilan
  • P = Pulau Pinang
  • Q = Sarawak
  • QA dan QK: Kuching
  • QB: Sri Aman dan Betong
  • QC: Samarahan
  • QL: Limbang dan Lawas
  • QM: Miri
  • QP: Kapit
  • QR: Sarikei
  • QS: Sibu dan Mukah
  • QT: Bintulu
  • R = Perlis
  • S = Sabah (ditukar daripada E)
  • SA: Kota Kinabalu
  • SB: Beaufort
  • SD: Lahad Datu
  • SK: Kudat
  • SS: Sandakan
  • ST: Tawau
  • SU: Keningau
  • T = Terengganu (Nota: Sebelumnya berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur))
  • V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)[1]
  • W = Kuala Lumpur (siri pertama)
  • Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
  • ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
  • ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  • ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  • ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
  • JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

Nombor Plat Khas

  • Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
  • PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
  • Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
  • Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
  • Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
  • Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
  • Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
  • PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
  • NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
  • LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
  • Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
  • Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
  • BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
  • G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
  • 1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
  • Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
  • TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu
  • GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
  • Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
  • VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
  • GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
  • SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
  • PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
  • RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9

Sumber : Ohmymedia via Coretan Hati