Susulan kes kedai dobi melet*p. Ini perkembangan terbaru mangs4 yang sangat menyedihkan.

Tentu ramai masih ingatkan tentang kejadian letupan dobi yang berlaku di Jalan Johan Setia, Klang yang mengakibatkan seorang bapa, Badrul Nizam meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh.

Lebih menyedihkan, mangsa dan anak perempuannya, Nurani Ellesya, 14 tahun mengalami kecederaan parah sebaik menekan start pada mesin dobi layan diri itu. Kecederaan sebanyak 73.5 peratus mengakibatkan kecederaan parah sebelum arwah Badrul menghembuskan nafas terakhir.

Susulan kes kedai dobi melet*p. Ini perkembangan terbaru mangs4 yang sangat menyedihkan.

Terkini, melalui perkongsian dari sepupu kepada emak Nurani Elissya iaitu atas nama Bro Misai di fbnya, lelaki ini melaporkan perkembangan terkini mengenai Nurani Ellesya selepas sebulan bapanya, (4 November 2018) menemui Illahi.

Apa yang menyedihkan, pelajar yang mengalami lecur 30 peratus di bahagian muka itu belum sembuh dan memaksa emaknya, Haizira menjaganya sepenuh masa sehingga terpaksa berhenti kerja.

Susulan kes kedai dobi melet*p. Ini perkembangan terbaru mangs4 yang sangat menyedihkan.

Menurut Bro Misai, anak sulung arwah akan menduduki SPM seminggu lagi dan masih dalam kesedihan. Anis anak kedua dan kini terlantar di hospital kerana kecederaannya amat parah.

Dua lagi anak arwah (pasangan ini mempunyai empat orang anak) berusia 10 dan lapan tahun telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh Opahnya keraan Haizira terpaksa menguruskan Anis sepenuh masa di hospital dan terpaksa berpisah sementara dengan dua anaknya itu.

Kejadian ini telah meragut segala kebahagiaan mereka sekeluarga. Kini Haizira hilang tempat bergantung. Dahulu dia bekerja tetapi terpaksa berhenti untuk beri perhatian penuh pada Anis. Dan lebih memburukkan keadaan, mereka hilang punca pendapatan kerana tiada lagi pendapatan.

Susulan kes kedai dobi melet*p. Ini perkembangan terbaru mangs4 yang sangat menyedihkan.

Anis sendiri cedera hampir di seluruh badan dan terpaksa dirawat beberapa bulan lagi di hospital termasuk rawatan susulan yang menelan belanja yang banyak. Masa yang sama, kosnya belum diketahui lagi, kata Bro Misai.

Paling menyedihkan, hampir sebulan ayahnya meninggal, barulah Anis dimaklumkan berita menyedihkan ini. Keadaannya yang belum stabil membuatkan ahli keluarga tak sampai hati memberitahu keadaan ini kepada Anis kerana pelajar ini masih trauma.

Andai ada kesudian, sudilah membantu Puan Haizira, ringankan beban beliau menyara empat orang anaknya. Kalau tak dari segi kewangan, bantulah dengan doa.

Bagi yang nak membantu, boleh salurkan bantuan ke akaun Maybank atas nama Haizira bt Badarudin iaitu 514301609481 atau ke CIMB Bank iaitu akaun 7072040936.

Syer-syerlah posting ini agar usaha membantu insan ini berjaya.

Catatan Dari FB Bro Misai

Assalamualaikum..

Sapa ingat lg tntang kes dobi meletup?

Esok 4/11/2018 genap sebulan kejadian malang yg menimpa arwah badrul nizam & anaknya nurani ellesya…

Kecederaan yg agak parah,badrul nizam(suami Pn Haizira) telah mghembuskan nafas terakhirnya pd 14/10/2018 8.30pagi di hptal sg buloh..arwah meninggalkan seorang isteri & 4org anak..

Anak sulung arwah,akan menduduki SPM beberapa minggu je lg..
anis(mangsa) pula anak ke2 arwah & Pn Haizira..
2 lg ank mgsa berumur 10 & 8 tahun telah di hantar ke kg utk di jaga opahnya..
kerana Pn Haizira mguruskan anis sepenuh ms di hptal,terpaksa berpisah sementara dgn ank2nya..😭

Kejadian itu telah meragut segala kebahagian mereka sekeluarga..kini Pn Haizira hilang tempat bergantung..dulu,Pn Haizira bekerja…tp kini tidak lg bekerja,Pn Haizira sudah tiada lg pendapatan..😭

Anis cedera hampir keseluruhan badan..
Anis akan di rawat beberapa bulan di hospital..dan akan ada rawatan susulan yg menelan belanja yg banyak..kita belum tahu lg berapa kos rawatan anis..

Hampir sebulan arwah ayah(badrul) dijemput ilahi..anis bru di beritahu..keadaan anis yg blm stabil sepenuhnya,mbuatkan Ahli keluarga x smpai hati nk beritahu tntg pemergian arwah pd hari arwah dijemput sang pncipta..anis masih trauma..doakan anis ye.

Andai ada kesudian sahabat2 ciklizz,sudi kiranya sama2 kita mbantu Pn Haizira..meringankan beban beliau utk menyara 4org anak..
Tidak dr segi kewangan,bantulah dgn “Doa”..

Disini ciklizz sertakan num akaun Maybank terbaru Pn Haizira…

🌷Haizira bt Badarudin

🍀#MAYBANK : 514301609481

🍀#CIMB : 7072040936

🌼 Ciklizz dapat keizinan dr Pn Haizira utk posting ini..
Dan ciklizz izinkan sesiapa sj nk SHARE posting ciklizz ni..sesama la kita panjang2kan..terima kaseh byk2..

🔹ciklizz bantu bukan kerana dia sepupu,bukan kerana dia ada pertalian dgn ciklizz,tp kerana naluri hati seorang adek,seorang ibu..hari ini dia dlm kesusahan,hari esok kita xtau lg mcm mana nasib kita.. andai ada silap kata maafkan ciklizz🙏🏻🙏🏻.. ciklizz juga manusia,ciklizz x sempurna..

Terima kaseh semua..doakan kesembuhan anis..anis sgt kuat,cekal & tabah..😭😭
Juga buat kak zira moga diberi kekuatan luar&dalaman…ketabahan hati yg tiada terbatas dlm menempuh hari2 yg mendatang tanpa suami disisi..aamiin..

Bro Misai
#X- #opiiTumpah
#3beduL
#Santaibikers
#krollRunners

#VIRALKAN..