“Tak sabar tengok muka staff ” – Sajat ‘Payung’ Pekerja Mancungkan Hidung Di Thailand

Sajat. Siapa je tak kenal siapa Sajat, ada saja cerita panas yang keluar tentang ahli perniagaan ini hampir setiap minggu.

Kali ini, heboh di Internet apabila dia upload sekeping gambar dengan caption yang agak mengejutkan hingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen.

Di Bangkok untuk Miss Universe 2018

Sajat yang kini berada di Bangkok, Thailand sejak beberapa hari lalu dilihat sering memuatnaik gambar-gambar bersama pekerjanya.

Dia dipercayai berada di sana bagi menghadiri program Miss Universe 2018 yang diadakan di bandar itu.

Menariknya, gambar-gambar itu disertai dengan hashtag #genderequality atau dalam Bahasa Melayu, hak kesamarataan jantina. Gittchew!

Hadiah hidung baru untuk staff

Dalam gambar bersama pekerjanya, Sajat menyebut seramai 6 orang pekerjanya akan ada rupa baru menjelang tahun baru 2019.

Dan Isnin ini appointment mereka untuk mancungkan hidung. Hmm, menarik!

Untunglah siapa jadi pekerja Sajat, bos belanja rupa baru. Bak kata Sajat, nanti muka staff dia ala-ala Miss Universe. Ko hado?

“Hari tu kata tak main surgery bagai..”

Bukan main terkejut lagi semua orang baca posting Sajat tu. Tak pastilah sama ada ini cuma gimik marketing atau tak tapi dia sendiri cakap siap sponsor staff buat hidung tu.

Tapi itulah, haritu dia sendiri kata dia tak buat lah semua surgery apa semua ni. Eh ye ke?

Berbuih dah orang ramai nasihat elok-elok kat Sajat ni. Tapi kalau dah sampai macam ni, memang minta dikecam rasanya.

Pernah Sertai Ratu Cantik Trans di Thailand!

Apapun status pengasas kosmetik, Nur Sajat yang kini telah pun mengeluarkan produk bengkungnya sendiri, biarlah kita ketepikan dulu. Begitu juga dengan perancangannya untuk mengahwini Coach Yin.

Apa yang lebih menarik di sini ialah Nur Sajat Fariz pernah menyertai Pertandingan Ratu Cantik Miss International Queen Transs3xu4l ke-9 yang diadakan di Pattaya, Thailand pada 2013.

Menurut laporan www.pattaya.com, seramai 24 peserta daripada 17 buah negara telah menyertai pertandingan tersebut yang mana ia telah menobatkan model transgend3r dari Brazil, Marcelo Ohio sebagai ratunya.

Peserta dari Amerika, Shantell D’Marco meraih tempat kedua, manakala Nethnapada Kanrayanon yang juga Miss Tifanny Universe telah meraih tempat ketiga. Biarpun tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai tiga teratas itu, namun dia tetap dianugerahkan Best Talent Award.

Kan dah cantik-cantik rupa Allah swt ciptakan untuk semua orang, kenapa nak diubah ciptaan-Nya?

Sumber dari Lobak Merah