“Tengah makan tiba-tiba warung melayang ditiup angin. Air naik sampai ke rumah secara mendadak” – Penduduk tunggu arahan pihak berkuasa

KUALA NERUS – Seramai 15 pelanggan yang enak menikmati makan tengah hari tergamam apabila struktur warung tiba-tiba diterbangkan angin kenc4ng di Kawasan Perindustrian Gong Badak di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, hampir keseluruhan struktur warung nasi campur diusahakan Embak Yusof, 74, itu diterbangkan angin tempias rbut tropika P4buk sejauh kira-kira 10 meter.

Embak berkata, sewaktu kejadian, angin kencang tiba-tiba bertiup kuat selama hampir 10 minit di kawasan sekitar sebelum menerbangkan struktur warungnya.

“Waktu itu saya yang dibantu dengan empat pekerja sedang melayani kira-kira 15 pelanggan. Kejadian berlaku dengan pantas membuat kami semua terpinga-pinga, mujur tiada siapa yang ced3ra.

“Ini merupakan pertama dipukul rbut sejak hampir 30 tahun saya berniaga warung makanan di sini,” katanya di sini hari ini.

Embak berkata, kerosakan hampir 90 peratus warungnya menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian lebih kurang RM15,000.

“Saya juga baru naik taraf warung dengan membina struktur tiang dan bumbung baharu dengan kos RM7,000 pada tiga bulan lalu,” katanya.

Seorang penduduk Kampung Pantai Pulau Kundur, Mek Jah Yaakub, 56, berkata, sebelum ini keadaan angin musim t3ngkujuh tidak begitu membimbangan namun sejak semalam angin kuat mengundang keresahan mereka sekeluarga.

Katanya, jam 5 pagi tadi ombak membadai benteng di belakang kediamannya sehingga menghampiri rumahnya.

“Jam 5 pagi tadi air naik sampai belakang rumah. Angin kuat ini berlaku sejak Rabu lalu dan bila hujan bermula semalam ia amat membimbangkan kami.”

Hanya rumah kami sahaja yang paling hampir dengan pantai dengan jarak 4 meter dari pantai. Tak banyak yang boleh kami lakukan selain berdoa agar semua ini cepat berlalu.

Keadaan paling teruk yang menyebabkan kami terpaksa berpindah ialah ketika banjir besar 2014. Ketika itu kami berpindah ke sekolah berdekatan kerana air pasang besar melebihi satu meter depan rumah, ” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Difahamkan, Mek Jah tinggal di rumah itu 10 beranak termasuk suaminya, Isa Hassan, 63, anak-anak dan seorang cucunya.Dia yang berasal di situ berkata sehingga kini masih tiada sebarang arahan diterima berkaitan perpindahan namun akan tetap mengikuti perkembangan semasa berkaitan ribut tropika berkenaan.

“Kami sudah biasa dengan angin kuat dan ombak musim tngkujuh yang kadangkala mem­bawa air serta pasir masuk ke dalam rumah.

“Ombak dan angin sangat kuat malam tadi. Kami semua berjaga kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz Mamat, 63, berkata, dia hanya dapat tidur selama dua jam sahaja disebabkan angin yang terlalu kuat kerana kediamannya terletak kira-kira 10 meter dari pantai.

Dia yang tinggal bersama isteri, Mariam Hassan, 60, serta enam anaknya berkata, mereka sekeluarga sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

“Sebelum ini penduduk di kampung ini bergotong-royong membina benteng guni yang berisi pasir di pesisir pantai seba­gai usaha berjaga-jaga.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah membina tembok batu untuk menghalang hakisan pantai dan ombak kuat di sini, namun usaha itu tidak dapat menyelesaikan masalah hakisan pantai dan kami masih sentiasa berada dalam keada­an berjaga-jaga bila menjelang musim tengkujuh,” ujarnya.

Apa yang boleh kita fahamkan tentang Rbut Tropika P@buk dan risiko yang berlaku?

Jika melihat fb rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, setiap hari mereka akan memaparkan amaran mengenai “kedatangan” ribut tropika ini yang mana kedudukannya berubah dari sehari ke sehari (lebih semakin menghampiri).

Ribut tropika Paabuk ini boleh mengakibatkan hujan lebat, angin kencang melebihi 50 km sejam dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 km di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang.

“Tengah makan tiba-tiba warung melayang ditiup angin. Air naik sampai ke rumah secara mendadak” - Penduduk tunggu arahan pihak berkuasa

“Tengah makan tiba-tiba warung melayang ditiup angin. Air naik sampai ke rumah secara mendadak” - Penduduk tunggu arahan pihak berkuasa

Mengikut catatan rasmi dari Jabatan Meteorologi Malaysia, kesan ketara yang akan terjadi ialah :-

– Berlakunya angin kencang.

– Kerosakan pada bangunan tidak kukuh

– Risiko pokok tumbang & bumbung terbang

– Laut bergelora

– Kenaikan aras laut

– Limpahan air laut di persisiran pantai

– Hujan lebat berterusan yang boleh membawa kejadian tanah runtuh dan banjir.

Jadi bagi orang di Pantai Timur sila jauhi pantai ya sehingga tarikh 5 hb ini kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada keselamatan diri. Mari kita sama-sama berdoa agar siklon tropika P?abuk ini menjauhi Malaysia

Ribut siklon tropika, Pabu?k, kini melanda Thailand dan Vietnam, dengan Malaysia sebahagian besarnya terselamat kecuali wilayah utara yang dijangka dilanda ‘ekor ribut’ itu.

Hujan lebat dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Penang dan Perak, dengan gujan lebat dijangka berterusan di Kelantan dan Terengganu sehingga 4 Januari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan info grafik yang menunjukkan siklon tropika &Pabuk dijangka melanda pada Khamis (3 Januari) dan sehingga Jumaat (4 Januari).

Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sumber dari Sinar Harian