Terkini. Pasukan Penyelamat Dikatakan Telah Menjumpai Pesawat Lion Air

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat Lion Air yang terh3mpas di perairan Tanjung Karawang, mengesan satu objek dipercayai bangkaii pesawat itu pada Rabu.

Laporan televisyen tempatan memetik Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto sebagai berkata pasukan SAR yang menggunakan teknologi sonar mengesan objek tersebut di satu koordinat di perairan berkenaan.

MEREKA PERLU SELAM UNTUK BUAT PENGESAHAN

Ketua Angkatan Tentera Indonesia yakin pasukan mencari dan menyelamat sudah menjumpai bangkai pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam laut bersama 189 penumpang dan anak kapal. Hadi Tjahjanto berkata, pihaknya yakin sudah menjumpai bangkai pesawat JT610.

Beliau yang turut serta dalam operasi pencarian itu berkata pasukan penyelam telah diarahkan ke lokasi berkenaan.

Terkini. Pasukan Penyelamat Dikatakan Telah Menjumpai Pesawat Lion Air

Pasukan penyelam kembali meneruskan operasi mencari di dalam laut.

Operasi pencarian 24 jam itu yang melibatkan anggota tentera, polis serta Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) menggunakan 35 kapal, tiga helikopter serta tiga pesawat selain pasukan penyelam.

Operasi pencarian turut menggunakan peralatan canggih seperti pemerum gema berbilang alur, sonar dan kenderaan kawalan jauh (ROV) bagi mengesan bangkaii pesawat.

Setakat jam 2 pagi Selasa waktu tempatan, sebanyak 24 beg berisi jenazah penumpang pesawat Lion Air JT 610 telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.

Kesemua mangsa daripada pesawat yang terhempas di perairan Tanjung Karawang itu dihantar ke Hospital Polis Republik Indonesia di Tanjung Priok.

Penerbangan JT610 yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terheempas tidak lama setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin.

Menurut Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), pihaknya percaya kebanyakan mangsa tidak timbul kerana terikat pada kerusi pesawat.

Pihaknya setakat ini mengesahkan telah menemui serpihan ekor pesawat malang itu. Operasi pencarian berlangsung tanpa henti dan turut dibantu penggunaan sonar.

Antara yang menaiki pesawat berkenaan adalah empat orang hakim serta pegawai Kementerian Kewangan.

Penerbangan JT 610 itu membawa 178 penumpang dewasa, satu kanak-kanak dan dua bayi.

Pesawat dikendalikan kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino bersama enam kru kabin, Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda dan Deny Maula.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi Isnin dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada 7.10 pagi hari sama waktu Indonesia Barat, dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempaas.

Satu Keluarga Terkorban Dalam Nahas Lion Air , Suami Ambil Cuti Untuk Hantar Isteri & Anak Pulang

Satu persatu kisah menyayat hati tentang keluarga mangsa nahas Lion Air yang terhempas baru-baru ini tersingkap. Terbaru perkongsian media di negara jiran Indonesia melaporkan satu keluarga turut terkorban dalam kejadian itu yang membabitkan 181 mangsa.

Rizal Gilang Perkasa Sanusi Putra, isterinya Wita Sriyani serta anaknya yang masih bayi Kyara Aurine Daniendra Giwitri, 15 bulan tersenarai dalam penumpang pesawat malang itu.

Gilang duduk di tempat duduk bernombor 22D sementara isterinya Wita pulang bersama anaknya Kyara di tempat duduk 22E.

Terkini. Pasukan Penyelamat Dikatakan Telah Menjumpai Pesawat Lion Air

Terkini. Pasukan Penyelamat Dikatakan Telah Menjumpai Pesawat Lion Air

Gilang merupakan seorang pegawai sebuah syarikat manakala isterinya Wita pula adalah seorang doktor gigi.

Tiga beranak ini terbang dari Jakarta selepas selesai bercuti. Gilang menyambung cuti untuk menghantar anak dan isteri pulang ke Pangkal Pinang.

Tapi ketentuan Ilahi ternyata itulah perjalanan terakhir mereka sekeluarga. Pemergian mereka ditangisi oleh keluarga dan juga mendapat simpati dari netizen di sana.

Sumber: Astro Awani