Terkini: Polis kepong lima lelaki cuba r0mpak kedai emas

Sebuah pasar raya di Kuchai lama (NSK) di sini dikepong pihak Polis apabila lima lelaki cuba merompak kedai barangan kemas di dalam pasaraya tersebut.

Pengunjung dan pekerja di sebuah pasar raya di Kuchai Lama, dekat sini, bertempiaran lari sebaik mendengar pintu cermin pecah dan puluhan tembkan dilepaskan dalam kejadian rompakan kedai emas dalam pusat beli-belah itu petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, empat daripada perompak berkenaan ditembk mat! di lokasi kejadian, manakala seorang lagi ditembak mati kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian ketika dikejar polis.

Seorang pekerja yang dikenali sebagai Hong berkata, dia cuba mendekati premis kedai emas berkenaan untuk merakam kejadian, namun secara tiba-tiba pintu cermin pecah sebelum dia tunduk dan masuk semula ke kedai tempatnya bekerja.

“Seorang rakan dari kedai lain datang ke tempat saya bekerja memaklumkan terdapat kejadian rompakan di kedai emas di hadapan kedainya.

“Ketika itu belum ada t3mbakan dilepaskan dan saya memberanikan diri mendekatinya untuk melihat kejadian sebelum pintu cermin pecah.

“Terdahulu saya sempat melihat tiga lelaki memakai topi keledar berada di dalam kedai emas dan sedang mengambil barang kemas, manakala seorang lagi berada di luar sambil memegang pist0l,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Hong berkata, dia mendengar lebih 20 das embakan dilepaskan, namun tidak pasti sama ada dari perompak atau pihak polis yang membuatkan dia kecut perut.

“Lutut saya terus menggigil kerana ketakutan. Beberapa rakan mendakwa terdapat penjenayah ditemb4k dan meningal dunia,” katanya.

Pelbagai video sedang viral di media sosial ketika ini menunjukkan perompak yang memakai helmet memasuki kedai emas berkenaan dipercayai untuk merompak

Terkini: Polis kepong lima lelaki cuba r0mpak kedai emas

Dalam kejadian kira-kira jam 4:45 petang tadi, lima suspek dilihat berlari masuk melalui satu daripada pintu utama pasar raya itu ke kedai emas yang terletak dalam pasaraya itu.

Terkini: Polis kepong lima lelaki cuba r0mpak kedai emas

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan lari untuk menyelamatkan diri apabila beberapa das bunyi t*mbakan kedengaran dari dalam bangunan pasaraya itu.

Keadaan menjadi panik dan kecoh apabila pekerja kedai berhampiran serta pengunjung menjerit ketakutan dan lari menyelamatkan diri.

Detik cemas berjaya itu berjaya dirakam CCTV dalam premis itu serta orang ramai yang menyaksikan rompakan ala Hollywood tadi.

Seorang lagi saksi yang mahu dikenali sebagai Lee berkata, dia ternampak lima lelaki memakai topi keledar dan memakai vest berwarna hijau menyerupai polis selain membawa kapak, parang dan pistol.

“Saya nampak mereka masuk ke dalam kedai dan mengambil barang kemas sebelum saya keluar dari premis tempat saya bekerja kerana takut diapa-apakan,” katanya.

Mengikut sumber, empat lelaki ditembak pihak Polis sementara seorang lagi berjaya diberkas. Pihak polis Kuala Lumpur akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata dalam kejadian pada 4.40 petang tadi, empat penjenayah ditemb@k di tempat kejadian.

“Seorang dit#mbak di dalam kenderaan ketika cuba melarikan diri setelah dikejar polis sejauh 1 kilometer dari tempat kejadian, manakala seorang lagi berjaya ditangkap.

“Seorang anggota polis cedera akibat terkena tembakan pada kaki namun dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di PPUM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadzil turut menyatakan sebanyak dua pucuk pistol dan beberapa bilah parang dirampas dan sejumlah besar barang kemas juga berjaya dirampas.
“Siasatan di tempat kejadian masih sedang dilakukan,” katanya.