Terkini : UFC Akhirnya Jatuhkan Hukuman Yang Mengejutkan Terhadap McGregor Dan Khabib

Nampaknya, kekalahan Conor McGregor di tangan Khabib Nurmagomedov Sabtu lalu terus menjadi bualan semua orang termasuk media dalam mahupun luar negara yang tidak putus-putus memberitakan tentang perlawanan dan kekecohan yang berlaku.

Adegan panas selepas perlawanan membabitkan Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor dalam pertarungan seni bela diri campuran, Ultimate Fighting Championship (UFC 229) membuatkan presidennya, Dana White berang.

White meluahkan kekesalan di atas tindakan Khabib melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah kem McGregor selepas memenangi pertarungan Lightweight di Las Vegas kelmarin.

White berkata, tindakan itu menyebabkan Khabib dan kemnya berdepan masalah besar, yang mana petinju kelahiran Dagestan itu mungkin didenda atau digantung selain berkemungkinan dilucutkan gelaran Lightweight yang disandangnya.

“Kita menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Olahraga Nevada dan menentukannya (hukuman) dari situ. Yang pasti, mereka (semua yang terlibat) kini dalam masalah besar.

“Tindakan itu sangat memalukan. Apa yang mereka lakukan tidak ubah seperti pergaduhan jalanan dan itu bukannya sukan,” katanya.

Terkini, pemberita melaporkan bahawa McGregor kini dikenakan hukuman gantung selama sebulan oleh UFC atas alasan kesihatan.

Manakala, berita gembira buat penyokong Khabib, Presiden UFC, Dana White memutuskan untuk tetap mengekalkan kejuaraan Khabib, laporan dari sportsjoe.ie.

Susulan itu, kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini menyatakan McGregor tidak dibenarkan membuat sebarang komunikasi sehingga 28 Okt.

Khabib yang dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan daripada perlawanan rasminya, bagaimanapun tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Hukuman Dari Bapa

Setelah berjaya menumpaskan Mcgregor kini Khabib bimbang untuk kembali ke rumahnya kerana bakal dibelasah oleh bapanya apabila pulang ke kampungnya di Sidli, Degestan itu nampaknya betul setelah bapanya membuat satu kenyataan mengenai aksi anaknya yang telah bergelar Juara Lightweight dunia.

“Saya tahu dia marah. Dia akan hempuk saya bila kami bertemu di kampung nanti,” katanya.

Abdulmanap yang merupakan bapa dan jurulatih kepada Khabib Nurmagomedov itu dilihat amat marah dan kecewa dengan tindakan anaknya apabila melompat keluar gelanggang dan menyerang kem McGregor.

Abdulmanap yang merupakan bekas pegawai tentera itu menyatakan bahawa tindakan Khabib itu boleh mencederakan orang dan tidak mengutamakan disiplin.

“Saya mesti tegas dalam hal ini. Saya beri dia amaran.

“Bagi saya, disiplin mesti diutamakan. Dia bebas melakukan apa sahaja di dalam Octagon (gelanggang).

“Tapi bukan diluar…kerana di sana ada wanita, kanak-kanak dan juga orang asing.

“Sepatutnya, bila berada diluar gelangang mesti aman,” katanya.

Sementara itu, Khabib turut memberitahu bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin telah menghubunginya untuk mengucapkan tahniah sebaik pertarungan UFC 229 berakhir.

“Ramai orang bercakap mengenai Conor bergambar dengan Putin dan media menggembar-gemburkan perkara itu.

“Tapi saya bangga, kerana sebentar tadi Putin menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah,” katanya.

Khabib mempertahankan tali pinggang Lightweight miliknya selepas memaksa McGregor mengaku kalah pada pusingan keempat dengan aksi submission.

Sebelum pertarungan di Las Vegas, petarung Rusia itu berikrar untuk membelasah McGregor selepas dihina berbulan-bulan termasuk serangan bas di Brooklyn.

Pada sidang media tiga hari sebelum pertarungan, Khabib berkata di hadapan penyokong Ireland: “Alhamdulillah, Tuhan beri saya segalanya. Pada 6 Oktober nanti, saya akan belasah dia. Kita tengok nanti…InsyaAllah.”